Posts Tagged pencegahan rasuah

SJK (T) Ladang Rinching Perintis Program Wira Anti-Rasuah Sekolah Tamil Negeri Selangor

SEMENYIH, 30 September 2015 – SJK (T) Ladang Rinching telah terpilih sebagai sekolah Tamil pertama di Negeri Selangor bagi pelancaran program WAR ini.

WIRA ANTI RASUAH TAMIL

Wira Anti Rasuah merupakan satu program khas bagi golongan pelajar sekolah yang dirangka khusus untuk memberi kesedaran awal mengenai pencegahan rasuah dan kepentingan integriti di kalangan generasi muda.

Guru Besar SJK(T) Ladang Rinching, Semenyih Thanaseelan a/l N. Seethapathy mengalu-alukan pemilihan sekolah berkenaan sebagai perintis awal program WAR.

Katanya, memandangkan rasuah merupakan faktor pemangkin kepada jenayah, pendedahan awal pencegahan rasuah kepada murid sekolah rendah amat penting dan berguna.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata program WAR yang diadakan kali ini merupakan yang pertama di Negeri Selangor dan yang kedua di Malaysia selepas di Pulau Pinang 25 Sept lalu.

Menurutnya usaha pencegahan rasuah melalui pendidikan ini perlu dilakukan di peringkat awal lagi.

Katanya berdasarkan kajian yang lalu didapati perlunya program kesedaran di peringkat awal pembelajaran supaya apabila tiba di peringkat Universiti lebih faham.

Bagi program WAR di peringkat sekolah rendah, murid-murid akan ditekankan kepada nilai-nilai murni .

“Kita tidak mahu apabila besar remaja terbabit dengan jenayah rasuah kerana ia merupakan satu fenomena yang membabitkan sosial masyarakat.

“Jika kita soroti sejarah, kebanyakkan kerajaan terdahulu jatuh akibat rasuah, oleh itu perlukan kesedaran dan pendidikan nilai-nilai murni disemai di kalangan murid sekolah hari ini,” katanya.

Menurutnya, usaha pendedahan awal kepada murid sekolah ini diharap dapat membentuk para pelajar dalam membudayakan nilai-nilai murni dan integriti selain meningkatkan kefahaman mereka terhadap rasuah dan fungsi SPRM.

“Kita berharap melalui program sebegini dapat membantu kita menyebarluaskan maklumat mengenai pencegahan rasuah.

“Ini kerana berdasarkan statistik, sejak tahun 2010, SPRM menerima sebanyak 51 maklumat berkaitan rasuah yang berlaku di sekolah dan daripada jumlah tersebut, lima maklumat membabitkan sekolah Tamil.

Seramai 170 murid dan tenaga pengajar daripada sekolah ini terlibat pada program satu hari ini yang turut dihadiri oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah dan Pegawai Kanan SPRM.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , ,

No Comments

GLOBAL IKTIRAF, ILTIZAM ‘ KUBUR RASUAH ‘

4 September 2013

Bertolak daripada pandangan saya minggu lalu, tulisan kali juga memfokus keperluan kita menjauhi rasuah. Rasuah perlu diperangi. Perang ini memerlukan pendekatan dan strategi holistik.

 

Sehari sebelum kita menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya ada menyebut empat perkara penting, yang berkait satu sama lain, yang harus kita renung bersama. Salah satu perkara itu membawa maksud dan hasrat yang sama, yang pernah dilontarkan oleh Tunku Abdul Rahman.

Kerajaan sekali lagi mengulangi komitmen untuk memerangi rasuah. Pada majlis penutupan Program Etika Melatih Jurulatih Majlis Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di ibu negara Jumaat lalu, Najib antara lain berkata, “saya mahu menjadikan rasuah sebagai sejarah di Malaysia, dan tidak berlaku lagi pada masa depan.”

“Dan ini bermakna mengubah budaya organisasi dan perniagaan,” tambah beliau.007 in suit 2Small

Dalam ucapannya, Najib juga berkongsi pengiktirafan Pejabat Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) terhadap penegasan SPRM dalam membanteras rasuah. Pengiktirafan itu jelas menunjukkan pihak masyarakat antarabangsa mengiktiraf ketelusan dan kebebasan SPRM.

Penegasan Najib itu juga selari dengan usaha-usaha kerajaan selama ini termasuk mewujudkan tadbir urus serta portfolio integriti dalam Kabinet yang bertindak menyelia hal-hal berkaitan integriti dan ketelusan selain memerangi rasuah dalam bidang korporat. Kerajaan juga telah mewujudkan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan bagi memantapkan pengurusan di sektor kerajaan dan baru-baru ini memutuskan untuk mewajibkan penubuhan Unit Integriti di setiap agensi kerajaan, yang bertanggungjawab melaksanakan enam fungsi teras iaitu tadbir urus, pengukuhan integriti, pengesanan dan pengesahan, pengurusan aduan, pematuhan dan tatatertib.

“Dengan taraf agensi antirasuah (SPRM) yang diangkat kepada status sebuah suruhanjaya bebas, dengan mekanisme kawal selia sendiri, adalah satu contoh terbaik. Walaupun kita belajar daripada amalan terbaik di peringkat antarabangsa, SPRM telah ………………

Sila baca lanjut Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130904/re_06/Global-iktiraf-iltizam-kubur-rasuah#ixzz2dsO3cGh1

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , ,

No Comments

Rasuah dan Sandiwara Pembangkang-

ehsan : http://zahrainmp.blogspot.com/2012/01/rasuah-dan-sandiwara-pembangkang.html

Wednesday, January 4, 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya mereka yang mengikuti perkembangan semasa.

Sejak kebelakangan ini laungan suara sumbang anti-kerajaan semakin lantang didalam negara kita ini.

Walaupun suara-suara sumbang ini bukan lah baru tetapi isu dan cara sesuatu isu itu digembar-gemburkan ternampak pelik, lucu dan amat terdesak.

Usaha pihak tertentu untuk memperbodoh serta mengapi-apikan sentimen rakyat semakin kerap dan ketara mutakhir ini.

Mereka yang terdesak sanggup melakukan apa saja demi kelangsungan agenda mereka.

Agenda golongan ini, termasuk yang terdesak untuk membelakangkan undang-undang demi nafsu politik, adalah amat nyata.

Saya khuathir jika putar-belit golongan ini tidak di dedahkan, rakyat mungkin terpedaya.

Salah satu isu yang sering di perbesarkan tanpa henti ialah isu rasuah. Rasuah memang wujud dalam negara kita, malah tidak ada satu pun negara dalam dunia ini yang bebas rasuah secara mutlak.

Seperti gejala penyalahgunaan dadah, pelacuran, sumbang mahram, liwat serta jenayah jijik yang lain, rasuah masih menjadi salah satu musuh utama negara.

Laporan Transparency International baru-baru ini, walaupun tidak 100% sempurna laporan tersebut, jelas menunjukan bahawa tidak ada satu pun negara dalam dunia ini yang bebas dari gejala rasuah.

Perang menentang rasuah adalah sesuatu yang berterusan dan kini usaha ini telah di-lipat gandakan menerusi pelan Transformasi Kerajaan yang diperkenalkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kita sedar gejala rasuah tidak dapat dihapuskan dalam sekelip mata. Negara yang mengamalkan hukuman mati untuk pesalah rasuah seperti Republik Rakyat China sekalipun masih berhadapan dengan gejala jijik ini.

Apa yang pelik dalam negara kita ialah kewujudan segelintir ahli politik pembangkang yang begitu licik mengaburi mata rakyat konon-nya mereka lah pejuang menentang rasuah.

Kita wajib menyokong mereka yang menentang rasuah, malah seluruh rakyat harus berdiri teguh dibelakang kerajaan yang tegas memerangi rasuah, tetapi yang harus kita tentang juga adalah golongan ahli politik hipokrit.

Golongan yang tidak mengenal erti malu ini ini sebenarnya cuba mengaburi mata rakyat dengan sandiwara dan tipu muslihat mereka untuk memperdayakan rakyat, terutamanya golongan muda.

Perbuatan segelintir ahli politik pembangkang ini adalah sama jika tidak lebih jijik daripada rasuah itu sendiri kerana apa yang mereka lakukan ialah cuba menutup pekung mereka dengan menuduh orang lain.

Kita akui bahawa gejala rasuah memang wujud tetapi apakah tahap rasuah kita begitu teruk sehingga segala-galanya lumpuh seperti yang sering dibayangkan oleh puak pembangkang di Malaysia ini?

Rakyat harus berfikir sejenak dan bertanya “Apakah puak pembangkang yang saban hari berteriak tentang rasuah ini benar-benar ingin menghapuskan rasuah atau mereka semata-mata ingin mencari modal politik untuk memburukkkan kerajaan?

Jika benar DAP anti-rasuah kenapa pemimpin mereka yang terlibat secara langsung/tidak langsung dalam gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa masih digelar pemimpin DAP?

Jika benar DAP anti-rasuah, kenapa luahan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang tentang kewujudan rasuah dalam DAP tidak di-siasat sehingga kini?

Jika DAP anti-rasuah, kenapa pemimpin mereka yang, secara tidak langsung, menyebabkan kematian saudara Teoh Beng Hock masih bergelar pemimpin DAP?

Ya, kita akui Teoh Beng Hock didapati membunuh diri tetapi mengapa dan kenapa Teoh Beng Hock di-siasat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada ketika itu?

Bukan kah beliau disiasat berhubung siasatan rasuah/salah guna kuasa pemimpin DAP Selangor?

Bila suami seorang pemimpin wanita didapati bermasalah dengan pinjaman kerajaan, pemimpin tersebut diminta meletak kan jawatan tetapi kenapa pemimpin DAP yang jelas memberi kontrak kepada syarikat isteri nya sendiri tidak didesak sedemikian rupa?

Apakah pimpinan PKR di-Selangor dan Menteri Besar yang gemar berkereta besar di negeri jajahan Pas di utara tanahair bebas rasuah?

Apa kesudahan kes kecurian pasir dan rumah urut serta pelacuran yang berleluasa di negeri Selangor?

Saya berharap seluruh rakyat Malaysia akan berdiri teguh dibelakang SPRM dan pelan transformasi kerajaan untuk menghapuskan gejala rasuah dikalangan anggota masyarakat kita.

Saya juga ingin menyeru agar ahli politik yang muflis modal politik tidak melacurkan diri dengan menonjolkan diri sebagai pejuang anti-rasuah.

Jika benar ada dikalangan ahli politik pembangkang yang benar-benar anti-rasuah, maka mereka ini harus keluar mendesak diadakan satu siasatan ke atas perlakuan rasuah serta salahguna kuasa di kalangan ahli politik pembangkang.

Jika benar ada diantara ahli politik pembangkang dalam negara ini benar-benar ikhlas, maka mereka ini harus tampil menyokong SPRM dan bukan-nya menanti ditepi untuk mempolitik-kan setiap isu, seperti anjing menanti tulang.

Saya terkilan sehingga ke hari ini kenapa tidak ada satu pun pemimpin pembangkang yang menghargai kejayaan SPRM dalam membenteras gejala rasuah.

Apakah SPRM tidak layak di-hargai apabila mereka membongkar kes-kes besar seperti sindiket di Jabatan Kastam dan baru-baru ini di Iskandar Investment Berhad di Johor?

Kejayaan – kejayaan SPRM tersebut telah menyelamatkan berbillion ringgit duit rakyat.

Rakyat harus sedar bahawa suara-suara pemimpin serta ahli politik pembangkang yang konon nya anti-rasuah adalah tidak lebih dari sandiwara politik.

Jika bukan sandiwara, masakan mereka ini dapat tidur sebantal dengan seorang bekas Menteri Kewangan yang sungguh jijik perilakunya, di dalam dan di luar kamar tidur.

Terima Kasih,

Zahrain Mohd Hashim

Ahli Parlimen Bayan Baru

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , ,

1 Comment