Posts Tagged corporate integrity pledge

SSM Tandatangani CIP, Bukti Komitmen Berterusan.

Sumber : www.sprm.gov.my/cip-ssm2015.html

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menjadi agensi keempat di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang memeterai Ikrar Integriti Korporat (CIP) sebagai salah satu komitmen berterusan kearah tadbir urus yang berintegriti dan telus.

Menterinya, Dato’ Sri Hasan Malek berkata selain dianggap sebagai bukti komitnen, ikrar ini sejajar dengan inisiatif berterusan SSM dalam konteks memperkasakan integriti di agensi tersebut.

SSM Tandatangani CIP, Bukti Komitmen Berterusan.

SSM Tandatangani CIP, Bukti Komitmen Berterusan.

blog3 blog2 blog1(Galeri Gambar Penuh : http://bit.ly/1Af6hrd )
Rakaman Sidang Media : http://youtu.be/FdX2t_F9QQw )

Katanya, ini kerana soal  integriti serta amalan perniagaan beretika bukanlah suatu perkara baru pada agensi berkenaan memandang telah melaksanakan beberapa inisiatif kearah persekitaran perniagaan berintegriti.

“Terdahulu, kita telah terbitkan dua buah buku dalam konteks amalan baik menjalankan perniagaan sebagai panduan kepada peniaga menjalankan perniagaan secara baik.

“Ini sahaja sudah memperlihatkan keseriusan SSM dalam memberi komitmen kepada kepentingan integriti dalam perniagaan,”katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Pada majlis yang diadaka  di Dewan Tun Razak, Menara Berkembar Bank Rakyat itu, Hasan hadir bagi menyaksikan majlis menandatangani integriti diantara Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Zahrah Abd Wahab Fenner dengan SPRM yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Mustafar Ali.

Menyentuh kepada beberapa insiden membabitkan integriti pegawai di bawah kementerian berkenaan, Hasan menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi sekiranya mereka yang terbabit dikenakan tindakan.

“Saya harapkan mereka tidak terlibat dalam apa yang disebut dan jika benar  mereka terlibat saya tidak akan bersubahat.

“Jika didapati bersalah, beri hukuman yang setimpal kerana perbuatan sebegini (tidak berintegriti) membahayakan negara,” katanya.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , ,

No Comments

Kementerian Sumber Manusia Meterai CIP, Ikrar Komitmen Perangi Rasuah

PUTRAJAYA, 17 Jun –  Kementerian Sumber Manusia (KSM) menjadi kementerian ketiga  menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai komitmen kementerian berkenaan menghapuskan rasuah.

Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) Kementerian Sumber Manusia, Disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed

Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) Kementerian Sumber Manusia, Disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed

Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) Kementerian Sumber Manusia, Disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed

Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) Kementerian Sumber Manusia, Disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed

Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) Kementerian Sumber Manusia, Disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed

Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) Kementerian Sumber Manusia, Disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed

Pada majlis yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pagi tadi, Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Richard Riot berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam usaha membasmi rasuah terutama di kalangan penjawat awam yang berkhidmat di kementeriannya.

Katanya, CIP merupakan “aku janji” organisasi untuk memberi komitmen memerangi jenayah rasuah dan sebarang bentuk penyelewengan atau salah guna kuasa. .

“Dengan menandatangani ikrar ini, semua warga KSM membuat pengakuan tidak akan terbabit dalam jenayah rasuah dan sebarang bentuk penyelewengan atau salah guna kuasa.

“Peperangan terhadap gejala rasuah merupakan suatu yang sukar, dan KSM akan memberi komitmen sepenuhnya terhadap pembudayaan integriti dan menolak sebarang perbuatan jenayah rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa,”kata beliau ketika berucap pada majlis menandatangani CIP.

Richard berkata beliau berbangga dengan usaha SPRM yang mengambil pendekatan holistik dengan memperkenalkan CIP sebagai salah satu mekanisme meperkukuhkan tadbir urus dalam sektor awam dan korporat.

Beliau pada masa sama turut  menyeru agar semua kontraktor atau pemmbekal yang berurusan dengan KSM menjalankan urus niaga secara berintegriti dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan bebas amalan tidak sihat.

Katanya dengan ikrar ini, semua warga KSM membuat pengakuan tidak akan terbabit dalam jenayah rasuah, malah bekerjasama mewujudkan persekitaran perkhidmatan dan perniagaan yang bebas rasuah.

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Bagi pihak SPRM, CIP ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali manakala KSM diwakili oleh Ketua Setiausahanya, Dato’ Saripuddin Kasim.

Ketika bercakap kepada pemberita kemudian, Mustafar memaklumkan KSM merupakan kementerian ketiga yang menandatangani CIP bersama SPRM.

Menurutnya, SPRM sentiasa mengalu-alukan pihak-pihak yang berhasrat menandatangani CIP.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , , ,

No Comments

Ikrar Integriti Bukti PKNNS Komited Sokong Usaha Cegah Rasuah.

SEREMBAN –  Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan ( PKNNS)  hari ini menandatangi Ikrar Integriti Korporat bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membuktikan agensi itu komited dalam menyokong usaha kerajaan membasmi rasuah.

 

Menteri Besarnya, Dato’ Seri Utama Mohamad Hassan berkata usaha menandatangani ikrar itu dianggap sebagai satu langkah yang tepat memandangkan PKNNS adalah sebuah agensi yang menjalankan perniagaan.

Katanya ikrar integriti tersebut perlu ada bagi mengelak kakitangan agensi dan anak syarikat terjebak dengan rasuah.

“PKNNS adalah yang  pertama di Negeri Sembilan   mengambil inisiatif ini dalam usaha memperkukuhkan agensi dan anak-anak syarikat untuk memastikan usaha membenteras rasuah dikalangan agensi kerajaan disini dapat dilaksanakan.

“Ini adalah satu perkara yang boleh disebarluas dan patut diikuti oleh agensi kerajaan lain yang menjalankan perniagaan dan dijadikan sebagai satu budaya dalam urusan perniagaan yg dijalankan,” katanya.

Pada majlis tersebut Mohamad turut menjadi saksi bagi Ikrar Integriti Korporat yang ditandatangi antara Ketua Pegawai Eksekutif PKNNS, Dato’ Mohd Yusof Yunus dengan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Dato’ Sutinah Sutan di Royale Bintang, Seremban.

Mohamad pada masa sama turut menyatakan bahawa pihaknya akan mendapatkan khidmat nasihat SPRM dari masa ke semasa.

“Kita akan buat langkah susulan dari segi khidmat nasihat kawalan dalaman daripada SPRM dan jika perlu kita akan ambil kakitangan untuk pastikan kawalan dalaman yang kukuh dan lengkap,” katanya ketika sidang media disini semalam.

TAMAT.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , ,

No Comments