Posts Tagged bala

JAHATNYA MEDIA PEMBANGKANG MERACUNI PEMIKIRAN RAKYAT

Oleh : Tv.Selangor

Americk: SPRM Acuh Tak Acuh

Americk Sidhu, peguam kepada bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam menyifatkan sikap acuh tak acuh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam merakam kenyataan beliau, sebagai mengecewakan.

“Pada pendapat saya, sikap itu(SPRM) amat kecewalah, dia ada satu peluang untuk menyiasat keseluruhan laporan dibuat Encik Shamsul, ini peluang yang ambil berapa lama untuk diuruskan kita semua, rasa kecewalah,” katanya.

Americk berada di Malaysia untuk menyerahkan afidavit Balasubramaniam kepada SPRM bersama seorang lagi peguam Manjit Singh Dillan.

SPRM sebelum ini membatal pemergian ke London untuk mengambil keterangan Bala berhubung skandal pembelian Kapal Selam Scorpene  yang turut dikaitkan dengan pembunuhan warga Mongolia, Altanthuya Shaaribu.

Kata Americk, cara pengendalian siasatan SPRM berbeza dengan Perancis yang lebih menyeluruh termasuk memperoleh kerjasama Balasubramaniam.

“Kedua-dua sikap ini berbeza, Perancis mengambil serius siasatan perkara ini, rasuah dalam pembelian kapal selam ini, itu adalah isu lain tapi ada kaitan dengan isu yang melibatkan Bala, saya rasa peluang untuk SPRM menyiasat berapa dalam perkara ini telah dibuang kerana terima nasihat peguam negara bahawa apa-apa siasatan yang didapati dari Bala tak boleh dibawa ke mahkamah, ini bagi saya tidak ada asas,” katanya.

Dalam temu ramah khas bersama TV Selangor, Americk menegaskan anak guammnya sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mencari kebenaran.

Bagaimanapun, Bala terpaksa meninggalkan Malaysia  kerana ada pihak termasuk individu berprofil tinggi yang mahu beliau mendiamkan perkara ini.

“Adalah senang untuk Bala duduk di Chennai? Atau beritahu kepada media mana lebih senang? Duduk tunggu 5 juta? Atau buat rakaman audio visual semua. Kenapa Bala beritahu dan hendak bekerjasama kepada semua? Kerana Bala, yang saya tahu sekaranglah adalah orang yang rasa apa yang benar perlu dikejar, yang tak betul dapatkan di  dunia lain akibat,” katanya.

Americk juga mendakwa proses perundangan Malaysia pelik dengan mengambil contoh  kes Altantuya yang menyaksikan kegagalan mahkamah dan pendakwaraya membentang motif pembunuhan walaupun dua tertuduh dijatuhi hukuman mati.

“Semua saksi yang terlibat terpaksa dipanggil, yang penting sekali ialah motif, kita mesti mengekalkan motif kepada dua orang ini hendak membuat pembunuhan ini, tapi di mahkamah Shah Alam, tidak ada motif dikemukakan ke mahkamah,” katanya.

Americk menegaskan anak guamnya  sedaya upaya membantu siasatan SPRM dan berharap suruhanjaya ini benar-benar menjalankan tanggungjawabnya.

“Kita telah buat apa yang kita boleh buat untuk bantu SPRM dalam siasatannya. Saya berharap SPRM akan menjalankan tugas dia saja, itu cukup, tugas yang betul-betul,” katanya.

Hal sebenarnya Sebenarnya :

JAHATNYA MEDIA PEMBANGKANG

MERACUNI PEMIKIRAN RAKYAT

Dasar Kerajaan membenarkan kewujudan media alternatif termasuk akhbar-akhbar picisan yang berlatar belakang kepartian amatlah dihargai. Ini termasuk juga tindakan Kerajaan yang tidak menyekat kebebasan bersuara serta kebebasan mendapat maklumat menerusi laman-laman web dan blog. parti politik serta individu-individu tertentu, menjelaskan bahawa Kerajaan sebenarnya mengamalkan prinsip kebebasan media di negara ini.

Corak pelaporan antara media arus perdana dan media alternatif ternyata bertentangan sama sekali. Tiada unsur-unsur hasutan, benci, caci mencaci dipamerkan dalam media-media arus perdana ini. Manakala media alternatif pula, merupakan saluran kepada pembaca-pembaca yang berminat dengan isu-isu sensasi khasnya kepada berita-berita yang secara terang-terangan menghentam dan memburuk-burukkan dasar dan tindakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan.

Langkah kerajaan mengharamkan salah satu akhbar alternatif baru-baru ini amatlah wajar. Ini kerana kebanyakan berita yang dipaparkan adalah pembohongan dan ditulis berasaskan perasaan benci serta niat jahat.

Bagi media alternatif ini, skop yang ditulis atau dipaparkan lebih menjurus kepada elemen negatif bertujuan memburuk-burukkan agensi atau kerajaan yang memerintah. Fitnah menjadi mainan mereka. Contoh terbaik yang boleh dilihat adalah seperti berikut:

Lihat laporan akhbar The Sun bertarikh 23 Julai 2010 berikut:

Kenyataan Peguam PI Bala (Americk Singh Sidhu):

We had pleasant meeting. We gave all documents. They acknowledge receipt. They seemed quite keen to ensure investigation is completed as soon as possible,” he told reporters after the meeting..

Laporan New Straits Times bertarikh 23 Julai 2010:

Kenyataan Peguam PI Bala (Americk Singh Sidhu):

We had a very pleasant meeting inside.. We gave them all the documents and they acknowledged receipt. It seemed that they were quite keen to ensure that the investigations could be completed as soon as possible..

Laporan TV Selangor bertarikh 22 Julai 2010 (Baca dan nilai sendiri bagaimana busuknya media alternatif dalam meracuni pemikiran rakyat)

Americk: SPRM Acuh Tak Acuh

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , , ,

No Comments

Kes P.I Bala dipolitikkan

SEJAK awal lagi saya tertanya-tanya apakah istimewanya P.I Bala sehingga SPRM terpaksa tunduk mengikut telunjuk dan rentak mainan politik peguamnya. Saya menyokong pandangan dan nasihat Jabatan Peguam Negara agar SPRM tidak meneruskan niat bertemu dengan P.I Bala di London.

Hanya membazirkan wang, masa dan tenaga menemui seorang saksi yang boleh diibaratkan sebagai lalang, sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. Sekiranya beliau benar-benar jujur dan ikhlas untuk menegakkan kebenaran serta keadilan, beliau pasti sanggup tampil menemui SPRM tanpa syarat.

Kes ini amat unik kerana seharusnya apa jua tindakan dalam melaksanakan siasatan wajar diklasifikasikan sebagai rahsia demi keselamatan saksi. Namun, kedua-dua pihak saling berbalas kenyataan dalam media. Sehinggakan ada surat rahsia dipaparkan dalam laman web untuk tatapan umum.

Kesemuanya ibarat plot dalam sebuah drama yang penuh dengan tanda tanya. Hanya peguam P.I Bala yang tahu tentang motif dan tujuan sebenar di sebalik kenyataan dan tindakan mereka. Kesemua tindakan melarikan, menyorok, provokasi dan kenyataan dalam media menjelaskan bahawa ia dirancang dengan amat teliti untuk tujuan politik pihak tertentu. SPRM digunakan sepenuhnya sebagai punching bag bagi menghentam dan memburukkan pihak lain. Ia tidak adil kerana agensi ini hanya menjalankan tugas. Seringkali dilihat SPRM terperangkap dengan mainan politik ini.

Langkah SPRM menawarkan P.I Bala agar mengemukakan afidavit atau akuan bersumpah sebagai ganti kepada rakaman pernyataannya dianggap wajar. Selama ini pun, terlalu banyak syarat yang dikenakan oleh P.I Bala. Sebagai contoh beliau mahu ketika rakaman percakapan, barisan peguamnya dibenarkan hadir sama. Rakaman juga dibuat dalam bentuk video dan beliau yang menentukan tempat dan sebagainya. Bukankah dengan tawaran menyediakan afidavit jawapan yang diberikan kepada P.I Bala ini memenuhi tuntutan beliau selama ini. Oleh itu tidak sepatutnya peguamnya menolak tawaran SPRM ini.

Sebagai rakyat biasa saya terkejut juga apabila SPRM terperangkap menerima pujukan peguam P.I Bala untuk bertemu di London. Sekiranya SPRM menerima tawaran tersebut dan pergi ke London, mereka akan berhadapan dengan pelbagai masalah perundangan. Antaranya adalah:

Kes rakaman percakapan saksi Malaysia di luar negara seperti P.I Bala ini akan menjadi precedent case untuk kes lain di masa hadapan. Bayangkan selepas ini semua saksi yang ingin dirakamkan percakapannya akan mengenakan syarat untuk dirakam percakapannya di luar negara.

Kebolehterimaan pernyataan saksi boleh dipertikaikan dan tidak diterima oleh mahkamah sekiranya perbicaraan berlangsung kerana proses rakaman percakapan saksi di luar negara perlu menggunakan perundangan dan prosedur yang berbeza iaitu menerusi Akta Bantuan Bersama Mencegah Jenayah 2000 (Mutual Legal Assistance in Criminal Matters). Kalau kita boleh mengimbau apa yang berlaku dalam kes Perwaja, di mana keterangan saksi-saksi di luar negara tidak diterima di mahkamah kerana dianggap tidak sah walaupun ia mengikut MACMA.

Kuasa pegawai SPRM terlucut sebaik sahaja mereka melangkaui sempadan negara ini. Jadi apakah kuasa mereka ketika berada di London untuk memberi amaran kepada saksi dan merakam percakapan saksi.

Ketika berada di London maka undang-undang tempatan (Britain) akan digunakan sepenuhnya. Ini merupakan kelebihan kepada pihak P.I Bala di mana beliau sudah tentunya akan membawa peguam tempatan bagi mengiakan apa jua permintaannya.

Undang-undang di London amat berbeza dengan Akta SPRM dan Kanun Tatacara Jenayah di mana peguam dibenarkan masuk semasa proses rakaman percakapan diambil dan rakaman video juga boleh diambil. Sekali lagi pegawai SPRM akan terperangkap dengan perancangan teliti mereka.

Pemergian pegawai SPRM ke London menggunakan visa-on-arrival adalah hanya sebagai pelawat atau pelancong yang tidak dibenarkan menjalankan apa-apa pekerjaan. Pegawai ini mungkin berhadapan dengan tindakan imigresen kerana menjalankan ‘pekerjaan’ di London.

Saya melihat tindakan SPRM memberikan peluang kepada P.I Bala untuk mengemukakan kenyataan melalui perakuan bersumpah atau afidavit suatu yang sah dan dibenarkan undang-undang.

Berdasarkan afidavit yang dikemukakan ia boleh dijadikan asas untuk SPRM menilai dan memberi petunjuk serta panduan kepada SPRM untuk menentukan hala tuju siasatan. Sekiranya maklumat tambahan diperlukan maka ia boleh diaturkan pertemuan seterusnya. Apa yang penting di tahap ini ialah maklum balas atau keterangan sebenar P.I Bala. Adakah ia benar-benar wujud dengan disokong oleh fakta dan dokumen yang relevan atau hanya rekaan yang membuahkan publisiti negatif kepada SPRM.

Seperkara yang penting, P.I Bala juga harus ikhlas dan jujur untuk memberikan pernyataannya bukan setakat perakuan bersumpah malahan sanggup tampil memberi keterangan dan soal balas dalam mahkamah sekiranya kes ini dibawa ke muka pengadilan.

KHOO CHAI LEE

Kuala Lumpur

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , ,

1 Comment

PENDEDAHAN BERAPI! PI BALA NAK CUBA JADI SUPERSTAR RAJNIKANTH!

Oleh : parpukari.blogspot.com

mn mn
Penulis macam nak kena sembelit bila peguam bekas penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam menyifatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ‘terlepas peluang keemasan’ bila pegawainya membatalkan rancangan untuk merekodkan keterangan anak guamnya di London.

Malah Americk Sindhu juga dengan angkuhnya berkata, jika SPRM hendak menemubual anak guamnya, mereka perlu terlebih dahulu mematuhi sepenuhnya syarat yang ditetapkan pihaknya.

Kepala hotak dia! Siapa Bala sampai SPRM terpaksa pula nak kejar dia sampai London? Siapa Bala sampai SPRM boleh dianggap terlepas ‘peluang keemasan’ bila membatalkan rancangan itu?

Nampaknya Bala dah perasan dia tu Rajnikanth, aktor superstar filem Tamil. Rasanya Rajinikanth pun tak berlagak sampai macam tu sekali.

Penulis nak tanya Bala dan peguamnya, kalau betul mereka merasakan berada di pihak yang benar, tak perlu takut atau gentar untuk disoal oleh SPRM.

Tapi dalam pengakuan bersumpah (SD), Bala bukan main lagi eksyen mengaku yang dia penyiasat persendirian. Penyiasat persendirian apa kejadah kalau baru dengar nama SPRM je dia dah lari ke sana-sini.

Pada yang belum tahu, Bala merupakan penyiasat yang diupah oleh penganalisis politik, Abdul Razak Baginda selepas Altantunya didakwa mengganggu dia untuk tuntutan bayaran komisen selepas pembelian kapal selam.

Abdul Razak didakwa bersuhabat dalam pembunuhan wanita itu tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 31 Okt, 2008, selepas hakim mendapati tiada kes prima facie terhadapnya.

Selepas kematian Altantunya, Bala membuat perakuan sumpah berhubung pembunuhan itu tetapi menarik balik perakuan itu sehari selepas itu menerusi perakuan sumpah keduannya.

Dalam pada itu, penulis setuju sangat bila SPRM tak jadi hantar pegawainya pergi London untuk menemubual Bala.

SPRM tak perlu gentar atau kecut dengan penyiasat ala pondan macam Bala ni.

Kalau jadi pergi hari itu, Bala mungkin akan tuduh SPRM pula yang gentar dengan dia sampai sanggup datang dari Kuala Lumpur untuk menemuinya di London.

Puak-puak ni belitnya lagi teruk daripada ular sawa lagi. Jadi memang sangat wajarlah kalau SPRM tak pergi sebaliknya hanya hantar soalan melalui kurier.

Biar Bala tahu yang dia hanya layak disoal melalui surat saja dan tak lebih dari itu.

Sementara itu, penulis mengalu-alukan sangatlah hasrat Bala untuk kembali ke India dan bertafakur di pergunungan Himalaya. Mintalah ampun banyak-banyak kat sana.

Dah cukuplah dia tipu orang sana sini, dah cukuplah dia fitnah orang sana-sini

Kalau rasa nak lebih afdhal, pergilah panjat Gunung Everest tu sekali, untung-untung balik Malaysia boleh dapat Datuk!

Aku personally malas nak layan si Paria yang takde telor bernama Bala ni, sudah terang lagi bersuloh paria ni kaki belit, tapi ada jugak manusia yang percaya kat dia ni! Pelik betul aku la dengan pe’el manusia ni.

SD yang dibuat oleh Paria ni lebih dipercayai dari Sumpah seorang Islam dalam masjid? Akai ada ka? Kita mesti berani kalau kita benar, ini nampak sangat mau bikin wayang!

Pigidah Parian! Kau cakap apa? Razak Baginda tak bersalah?

“Setahu lagi, Razak merupakan kambing hitam. Dia tiada sebarang kaitan dengan pembunuhan itu,” kata Balasubramaniam (gambar) di sini hari ini.
Balasubramaniam yang tinggal di India sejak mengeluarkan dua akaun bersumpah berhubung pembunuhan itu berkata tiada sebab bagi Abdul Razak mendapatkan khidmatnya pada 19 Okt 2006 sehingga 26 Okt 2006 jika mengetahui bahawa Altantuya akan dibunuh pada malam itu.
“Ya, dia membiayai dia (Altantuya) dan dia mempunyai hubungan dengan dia, tetapi setahu saya, dia tidak bersalah. Sebenarnya perakuan saya telah menyelamatkan dia,” kata beliau.
Balasubramaniam mengeluarkan dua akaun bersumpah awal Julai 2008.

Dah si Paria ni kata Razak Baginda jadi kambing hitma la pulak! Apa punya ULAR la macha ni! korang masih percaya ke kata-kata si Paria ni? Aku tak sangka ada gak orang yang terpelajar tapi boleh diperbodohkan oleh seorang PARIA yang low class!

Donia, donia…..

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , ,

No Comments

KENYATAAN MEDIA JABATAN PEGUAM NEGARA-KES P.BALASUBRAMANIAM

Mengambil kira beberapa persoalan dan komplikasi perundangan mengenai cadangan mengambil pernyataan P. Balasubramaniam di London dan berdasarkan kepada peruntukan undang-undang Malaysia, Jabatan Peguam Negara berpendapat adalah wajar pihak SPRM hanya mengemukakan soalan-soalan bertulis. P.Balasubramaniam boleh mengemukakan akuan bersumpah atau berikrar untuk membantu siasatan SPRM berdasarkan peruntukan undang-undang seperti berikut:


Seksyen 30(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan “ Seseorang pegawai Suruhanjaya yang menyiasat sesuatu kesalahan dengan notis bertulis mengarahkan mana-mana orang supaya memberikan pernyataan bertulis yang dibuat dengan bersumpah atau berikrar yang menyatakan dalamnya segala maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu, iaitu maklumat yang, pada pendapat pegawai itu, akan dapat membantu dalam penyiasatan kesalahan itu, dalam tempoh yang dinyatakan oleh pegawai itu”
Sesuatu pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar yang dibuat menurut perenggan seksyen 30(1)(c ), atau apa-apa buku, dokumen, rekod, akaun atau data komputer atau barang yang dikemukakan hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 tidak kira sama ada prosiding itu adalah terhadap orang yang diperiksa, atau yang mengemukakan buku, dokumen, rekod, akaun atau data komputer, atau barang, atau yang membuat pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar itu, atau terhadap mana-mana orang lain.
Malahan seksyen 111 dan 112 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) memperuntukkan kuasa untuk memanggil saksi dan juga merakam pernyataan saksi yang perlu dipatuhi oleh pihak yang merakam dan pihak yang dirakam pernyataan. Justeru itu, SPRM diingatkan untuk mengambil setiap tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang Malaysia.

Pihak-pihak yang berkaitan juga diingatkan bahawa:
Seseorang yang telah diberikan suatu notis bertulis di bawah seksyen 30(1)(c ) berkenaan hendaklah, dalam pernyataannya, memberikan dan mendedahkan dengan sebenarnya segala maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu yang diketahuinya atau yang tersedia untuknya, dan tidak boleh enggan memberikan atau mendedahkan maklumat itu atas alasan bahawa maklumat itu dapat menunjukkan bahawa dia atau isteri atau suaminya bersalah
Jika mana-mana orang mendedahkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa buku, dokumen, rekod, akaun atau data komputer atau barang oleh orang itu atau mana-mana orang lain yang bagi pihaknya atau atas arahannya atau sebagai ejen atau pekerjanya, orang itu oleh sebab pendedahannya atau pengemukaan itu, dikenakan apa-apa pendakwaan kecuali pendakwaan di bawah seksyen 27.

(DATO’ ABDUL RAZAK BIN MUSA)
Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
TARIKH : 30 JUN 2010

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , ,

2 Comments