Posts Tagged ADUN

SPRM … Antara kejayaan dan kekangan

Ihsan : http://www.mpkotabelud.blogspot.com/

Salam,

 

Hari ini saya bersama ahli-ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah mengadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Istana Negara untuk menerima surat cara perlantikan dari Baginda Tuanku. Jawatankuasa ini terdiri daripada ahli-ahli parlimen dari BN dan PR. Ini adalah penggal kedua untuk saya. Rakan-rakan lain di dalam jawatankuasa tersebut ialah YB Dato Seri Radzi Ahmad (BN-Kangar), YB Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), YB Datuk Ismail Mutallib (BN-Maran), YB Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian), YB Datuk Doris Sophia Brodi (BN Senator/ Timbalan Yang DiPertua Dewan Negara) dan YB Yusmadi Yusoff (PKR- Balik Pulau).

 
Sepanjang penggal pertama, saya mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan mengenai perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan fenomena rasuah di negara kita.
Ada banyak isu-isu yang kami bincang dalam jawatankuasa ini. Ada yang diterima oleh kerajaan dan ada yang masih belum terlaksana kerana kekangan-kekangan yang tidak dapat dielakkan.
Antara yang diterima ialah penambahan bajet tahunan SPRM, penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan sendiri, penambahan staff, menyukarkan pelucutan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM secara sewenang-wenangnya oleh kerajaan supaya beliau tidak perlu gentar dengan kedudukannya, penubuhan akademi SPRM dan lain-lain lagi.
Cadangan lain yang masih dalam perhatian kerajaan ialah memberi kuasa pendakwaan kepada SPRM tanpa perlu melalui Peguam Negara dan cadangan meletakkan SPRM di bawah seliaan Parlimen secara langsung dan bukannya Jabatan Perdana Menteri.
Untuk makluman, menurunkan kuasa mendakwa kepada SPRM tanpa melalui Peguam Negara memerlukan pindaan perlembagaan dan untuk diluluskan di parlimen sekurang-kurangnya dua pertiga undi ahli-ahli parlimen mesti menyokong usul tersebut.

Saya sebenarnya agak risau dengan cadangan ini kerana walaupun nampak ianya baik kerana tidak perlu kebenaran Peguam Negara, namun ianya melanggar prinsip pengasingan fungsi menyiasat dan menuduh seperti dalam sistem kehakiman kita di mana polis menyiasat, Peguam Negara menuduh dan hakim mengadili.

Bayangkan kalau sesebuah agensi itu mempunyai kuasa untuk menyiasat dan menuduh. Kemungkinan salah guna kuasa boleh berlaku kerana ketiadaan “check and balance”. Kemungkinan penganiyaan berlaku adalah tinggi terutamanya jika SPRM diketuai oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai agendanya tersendiri.
Untuk meletakkan SPRM di bawah seliaan Parlimen, saya juga kurang yakin bahawa itulah jalan yang terbaik untuk memperkasakan SPRM. Alasan saya senang.Di Malaysia ini semua wakil rakyat samada dari kerajaan atau pembangkang, baik di Parlimen mahupun Dewan-Dewan Undangan Negeri, akan mengundi mengikut arahan parti masing-masing.
Maknanya, jika SPRM diletakkan dalam Parlimen sekarang, sudah tentu pengundian akan memihak kepada BN kerana BN mempunyai majoriti. Dan saya pasti jika PR menang pilihanraya ke-13 nanti, ahli-ahli parlimen mereka juga akan mengundi mengikut arahan parti mereka. Oleh sebab itu, tidak ada jaminan SPRM akan bebas jika diletakkan di bawah seliaan parlimen. Oleh sebab itu, pandangan mereka yang mengatakan SPRM akan lebih telus dan bebas dari pengaruh mana-mana pihak jika diletakkan dibawah seliaan parlimen mungkin tidak tercapai.

Walaupun sebenarnya ramai ahli-ahli politik dan individu-individu telah ditangkap, didakwa dan dihukum, tanggapan “ikan bilis ditangkap, ikan jerung terlepas” masih menjadi cabaran hebat kepada SPRM. Tidak ramai yang memahami bahawa SPRM tidak boleh bertindak tanpa bukti yang kukuh sebelum membuat pendakwaan. Hanya mengesyaki seseorang terlibat di dalam rasuah (samada realiti atau tidak) tidak dapat membantu SPRM mendapatkan penghukuman oleh mahkamah. SPRM  memerlukan bukti yang tidak dapat disangkal oleh peguam bela untuk mendapatkan keputusan bersalah dari mahkamah. Jika SPRM gagal mendapatkan penghukuman bersalah mahkamah, SPRM juga akan dipersalahkan kerana akan ada tuduhan liar yang mengatakan SPRM sengaja melepaskan batuk di tangga dalam usaha membanteras rasuah di dalam negara kita.

Sebagai rujukan, badan pencegah rasuah yang paling terkenal di dunia seperti ICAC Hong Kong juga memerlukan sekitar 10 tahun sebelum berjaya membuktikan kejayaan dan keberkesanan operasi mereka. Saya rasa kita tidak perlu ambil masa sampai begitu lama untuk menjadikan SPRM sebagai sebuah agensi anti rasuah yang berkesan. Rakyat hanya perlu memberi sokongan moral kepada SPRM sekarang.

Pada penghujung penulisan artikel ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih terhadap DYMM SPB YDP Agong kerana telah berkenan melantik saya sebagai salah seorang dari ahli Jawatankuasa Khas ini.

Sememangnya, perjuangan kita membanteras rasuah mesti dan wajib diteruskan. Insyaallah.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , ,

No Comments

ADUN PAKATAN RAKYAT KEBAL ATAU BEBAL

Sungguh mendukacitakan bilamana adanya siasatan kes terhadap ADUN atau ahli Pakatan Rakyat khasnya daripada Negeri Selangor maka akan berlakulah tuduh menuduh, kekecohan dan pelbagai spekulasi jahat yang dimainkan oleh ahli-ahli politik ini.

Bermula dari siasatan kes penyelewengan peruntukan ADUN yang mencalitkan peristiwa hitam, kes kecurian pasir di Selangor sehinggalah kes di mana dua ADUN PR dipanggil semalam untuk memberi keterangan di Mahkamah, semuanya berlaku dalam suasana kecoh dan di manipulasi sepenuhnya oleh  golongan ini bagi tujuan mengalih perhatian masyarakat terhadap perbuatan rasuah dilakukan.

Kalau boleh diimbau kembali kes tuntutan palsu beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Kerajaan Negeri Selangor sebelum kematian Teoh Beng Hock di mana beberapa ahli parti politik pembangkang membuat kecoh dan bising bilamana SPRM mengambil tindakan siasatan terhadap ahli-ahli mereka. Pelbagai kenyataan media dikeluarkan dengan niat untuk memutar belitkan fakta dan menegak keadilan kononnya.

Modal yang sama diheboh-hebohkan iaitu SPRM bertindak atas arahan Kerajaan Barisan Nasional dan ingin menjatuhkan Kerajaan Selangor. Dalam siasatan kes pasir juga, modal yang sama digunakan iaitu tindakan SPRM tidak adil dan atas arahan pihak tertentu. Cubalah jangan terlalu melatah dan cuba mengalih pandangan orang ramai terhadap isu sebenarnya iaitu rasuah. Biarlah SPRM menjalankan tugasnya. Janganlah diletakkan apa-apa tekanan dan cubaan mengalih pandangan masyarakat.

Saya berpendapat bahawa kes curi pasir ini tiada kaitan dengan cubaan memerangkap sesiapa pun. Seramai 34 orang telah ditangkap di seluruh negara dan ia bukan hanya Selangor tetapi termasuk lain-lain negeri seperti yang dilaporkan di akhbar termasuk Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang dan Johor. Adakah dengan tangkapan di empat negeri lain, SPRM cuba jatuhkan Kerajaan negeri-negeri terbabit juga?

Adalah lebih baik kita membiarkan SPRM menjalankan tugasnya hingga selesai kita nantikan apa cerita sebenar dalam perbicaraan kelak. Janganlah kita membuat apa-apa komen hanya kerana takut bayang-bayang sendiri dan membuat dosa lain termasuk menipu dan memutar belitkan cerita.

SPRM sering dijadikan mangsa cacian dan kecaman kumpulan ini. SPRM dituduh sebagai alat parti pemerintah dan setiap kes yang melibatkan ahli-ahli Pakatan Rakyat maka ia adalah konspirasi jahat Kerajaan BN.

Adakah ADUN mahupun ahli-ahli politik Pakatan Rakyat ini sebenarnya kebal dari segi undang-undang sehingga tidak boleh langsung disiasat dan disentuh oleh pihak berkuasa?

Selama ini merekalah antara kumpulan yang melaung-laungkan slogan anti-rasuah. Namun apabila ada sahaja antara mereka yang disiasat, maka ia adalah konspirasi dan pakatan jahat untuk menjatuhkan Kerajaan Selangor.

Sedarlah wahai pengikut-pengikut setia PR bahawa anda semua sedang diperbodoh dan diperkuda oleh segelintir pemimpin-pemimpin politik yang bertopengkan agama yang kononnya memperjuangkan prinsip keadilan, sedangkan hakikatnya mereka adalah kumpulan manusia yang begitu lapar mengejar kuasa dan mengaut rasuah tanpa mengira punca.

Sungguh dikesalkan kerana apabila sahaja dipanggil untuk memberikan keterangan maka media digunakan sebagai saluran untuk menaburkan fitnah. Tindakan ini jika diteliti jelas menggambarkan bahawa mereka sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri.

Selama ini sekiranya ada di antara Menteri atau ahli-ahli politik daripada Kerajaan BN yang diminta datang ke pejabat SPRM tidak timbul pula kekecohan atau fitnah yang mengatakan bahawa tindakan SPRM adalah konspirasi PR untuk jatuhkan Kerajaan BN. Mengapa begitu, tepuk dada tanyalah selera.

Anti Pakatan Rasuah

Very disappointing when there is an investigation of the case against the Pakatan Rakyat Assemblyman or its member in particular from the Selangor State, rumours and speculations that MACC is being use to topple the Selangor’s government starts spread.
This group often makes MACC victims of malicious talk and critique. MACC was always accused, as a tool for the ruling party (Barisan Nasional) to topple the Pakatan Rakyat Government and all cases involving members of the Pakatan Rakyat is an evil conspiracy of BN’s Government.
Is the Assemblyman or members of Pakatan Rakyat are actually above the law and could not be investigated by the authorities?
Starting from the investigations of the Assemblyman annual budget fraud, black sand theft cases until the case in which the two PR Assembly were called to give their statements in MACC Headquarters recently, it all happened in a commotion and completely manipulated by this group for the purpose of trying to divert public attention to the acts of corruption committed.
If you can look back again a few cases of false claims of the State Legislative Assembly prior to the death of Teoh Beng Hock in which some members of opposition political parties to make commotion and noise when the EC to take action to investigate their members. Various media statement issued with the intent to distort the facts and vertical belitkan allegedly justice.

The same capital-hebohkan diheboh the EC to act on the direction of the Barisan Nasional and want to overthrow the Government of Selangor. In the investigations of sand as well, the use of capital that is not fair and EC action on the instructions given. Try not to melatah and try to shift public opinion on the issue of actual corruption. Let MACC perform its duties. Do not put any pressure and attempts to move the view of society.

I think that this sand theft case has nothing to do with trying to trap anyone. A total of 34 people were arrested across the country and it is not only Singapore but also to other states as reported in newspapers, including Perak, Kuala Lumpur Federal Territory, Pahang and Johor. Is the arrest of four other states, the EC tried to put the Government of the States concerned as well?

It is better we keep carrying out his duties until the completion of the MACC, we anticipated that the real story on the trial later. Let us not make any comment because of fear of the shadows of their own and make other sins, including cheating and play belitkan story.

Yea, O faithful followers of PR that you all are diperbodoh and diperkuda by some political leaders who were supposed to fight religious bertopengkan principles of justice, when in fact they are very hungry group of people who pursue power and reap corruption, regardless of source.

Really regretted that the only witness called to testify he used the media as a means to sprinkle the trial. This action clearly illustrates that if examined they are afraid of their own shadows.

So far, if any of the Minister or the politicians of the BN Government is asked to come to the office of the EC does not arise is chaos or turmoil that says that the EC action is to drop the conspiracy PR BN Government. Why then, ask the chest pat appetite.

Anti-Corruption Pact

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , ,

1 Comment

Penyokong parti Politik iringi ADUN tampil beri keterangan.

PUTRAJAYA- Lebih 80 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkumpul di perkarangan Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak jam 3.00 petangta di bagi menyatakan sokongan terhadap dua ADUN parti berkenaan yang dipanggil untuk memberi membantu siasatan Suruhanjaya ini.

ADUN Batu Caves, Amirudin Shari dan ADUN Sri Muda, Shuhami Shafie, adalah dua ADUN PKR Selangor yang dipanggil bagi membantu siasatan SPRM.

Keduanya tiba kira-kira jam  3 petang dengan di iringi penyokong parti berkenaan. Terdapat sedikit kekecohan berlaku apabila pihak keselamatan melarang penyokong parti berkenaan untuk ikut masuk ke dalam bangunan tersebut. Insiden tersebut bagaimanapun dapat diselesaikan secara aman apabila pihak penyokong memberi kerjasama.

Terdahulu, SPRM dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 30 Jun memaklumkan bahawa proses memanggil kedua-dua ADUN  dari Selangor itu adalah merupakan prosedur biasa bagi membantu siasatan.

Katanya, malahan dalam kes ini, pegawai SPRM telah berbincang terlebih dahulu dengan kedua-dua ADUN terbabit untuk menghadirkan diri di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya bagi membantu siasatan dan atas permintaan dan persetujuan kedua-dua mereka tarikh kehadiran ditetapkan pada 1 Julai 2010 jam 3.00 petang mengikut kelapangan kedua-dua mereka.

SPRM kemudian telah mengeluarkan satu perintah kehadiran di bawah Seksyen 30(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang diterima oleh kedua-dua ADUN berkenaan.

Kedua ADUN berkenaan dilihat keluar dari perkarangan bangunan ibupejabat Suruhanjaya itu antara jam 7 hingga 7.30 setelah selesai diambil keterangan.

Para penyokong parti politik ini beredar sambil melaungkan “REFORMASI”.

Gambar-gambar sekitar kejadian di atas :

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , ,

1 Comment