Posts Tagged 2016

KUASA BELIA, JENAYAH DAN RASUAH

Oleh : Mohamad Tarmize bin Abdul Manaf

KUASA BELIA

Beri aku 10 pemuda nescaya akan ku goncangkan dunia.”

 

Petikan di atas merupakan antara ucapan popular pemimpin tersohor Indonesia, Ir. Soekarno. Pengasas dan Presiden pertama Republik Indonesia itu memang terkenal dengan pidatonya yang berkobar-kobar, mampu menaikkan semangat nasionalisme kepada negara. Melalui ucapan tersebut, amat jelas bahawa Soekarno memandang tinggi kuasa golongan belia.

youth 2

Siapakah golongan belia? Terdapat beberapa definisi belia yang berbeza di seluruh dunia.

Di Malaysia, Dasar Belia Negara mendefinisikan belia sebagai golongan muda sama ada lelaki atau wanita, berumur daripada 15 hingga 40 tahun. Belia sinonim dengan golongan yang sering melontarkan idea-idea baharu, mempunyai pemikiran yang idealis, mahir dengan teknologi semasa, bertenaga dan agresif dalam memperjuangkan sesuatu perkara atau isu. Golongan ini menjadi penggerak utama dalam politik, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.

Belia mampu mencorakkan pembangunan sesebuah negara. Namun, sekiranya tidak dipimpin dengan baik, ditambah pula dengan kerapuhan sifat integriti, golongan ini juga mampu mengancam dan menyebabkan keadaan huru-hara kepada negara.

JENAYAH BELIA YANG MENGGEMPARKAN

Ahli perniagaan terkenal Amerika Syarikat, Warren Buffett pernah berkongsi rahsia kejayaan beliau. Salah satunya adalah melalui pengambilan pekerja yang betul. Buffett dipetik berkata, “Saya akan memilih pekerja yang memiliki tiga kriteria. Pertama, adalah integriti diri; kedua, kebijaksanaan; dan ketiga, bertenaga. Bagaimanapun, sekiranya seseorang itu tidak mempunyai kriteria pertama (integriti), dua lagi kriteria (kebijaksanaan dan tenaga) akan menghancurkan kamu.

dacing

Berikut adalah dua kisah anak muda yang mempunyai kebijaksanaan dan tenaga yang hebat, tetapi tiada integriti. Akibatnya, bukan sahaja memberi kesan buruk kepada diri mereka, malah mampu meruntuhkan sesebuah organisasi besar. Ikuti dua kisah belia yang pernah menggemparkan dunia.

Kisah 1: Nick Leeson dan bank tertua Britain

Gara-gara tindakan seorang anak muda berumur 28 tahun, bank tertua Britain bankrap sekitar tahun 1995. Bank Barings yang ditubuhkan pada tahun 1762 pernah membiayai Perang Napoleon (18 Mei 1803 hingga 20 November 1815) dan pembelian daerah Louisiana oleh Amerika Syarikat daripada kerajaan Perancis pada tahun 1803. Lebih membanggakan, Ratu Elizabeth juga memilih bank itu untuk membuka akaun peribadinya.

Pemuda yang bertanggungjawab meruntuhkan bank berusia 233 tahun itu adalah Nick Leeson. Beliau dilahirkan pada 25 Februari 1967 di Watford, England. Di awal 1980-an, Leeson memulakan kerja sebagai kerani di beberapa buah bank sebelum mendapat tempat di Bank Barings. Kerjayanya mula berkembang setelah dinaikkan pangkat dan betugas di pejabat yang menguruskan urus niaga pasaran.

Pada 1992, Leeson dilantik sebagai pengurus besar Barings Securities di Singapura, berurusan dengan pasaran hadapan Singapore International Monetary Exchange (SIMEX). Leeson bertanggungjawab dalam semua perkara berkaitan urus niaga pasaran (trading) dan ‘back office’. Istilah ‘back office’ merujuk kepada tugas pentadbiran pejabat, pemprosesan dokumen urus niaga pasaran dan perakaunan.

Penguasaan beliau ke atas aktiviti urus niaga pasaran dan ‘back office’ tanpa penyeliaan membuka ruang kepada penyelewengan, manipulasi dokumen serta salah guna.

Pada tahun pertama, Leeson menunjukkan kecemerlangannya apabila berjaya membawa keuntungan £10 juta kepada Bank Barings. Keuntungan itu diperolehi melalui aktiviti spekulasi nilai pasaran yang tidak sah (unauthorised speculative trades).

Leeson mendakwa bahawa semua pelaburan yang dibuatnya adalah atas kehendak pelanggan. Oleh sebab itu, Bank Barings tidak perlu khuatir terhadap kemungkinan berlakunya kerugian kepada bank.

Dengan prestasi yang ditunjukkan itu, Leeson memiliki segala kemewahan, menerima gaji £50,000 sebulan dan bonus £150,000 pada tahun 1993. Beliau dan isteri, Lisa bercuti di tempat eksklusif dan selalu mengadakan parti di kediaman mewah mereka.

Apa yang pihak pengurusan Bank Barings tidak tahu adalah kewujudan satu akaun rahsia di atas nama ‘88888’, yang digunakan untuk menyembunyikan segala kerugian yang dilakukan oleh Leeson.

Pada awalnya, akaun yang dikenali sebagai ‘error accounts’ itu bertujuan membetulkan sebarang kesilapan yang dilakukan oleh kakitangannya (traders), untuk menyembunyikan kerugian yang tidak melebih £20,000.

Selepas itu, akaun ‘88888’ digunakan oleh Leeson sendiri untuk menyembunyikan kerugian beliau. Apabila kerugian bertambah, Leeson memohon untuk pertambahan dana daripada ibu pejabat Bank Barings. Dengan dana tersebut, Leeson melakukan lebih banyak urus niaga, dengan harapan keuntungan dapat menutup kerugian sedia ada. Dalam tempoh tiga bulan, Leeson membeli lebih 20,000 kontrak hadapan bernilai $180,000 setiap satu.

Malah, Leeson sanggup memanipulasi dokumen urus niaga untuk memperlihatkan keuntungan palsu sebanyak £28.55 juta. Keadaan itu berjaya mengekalkan reputasi beliau dan melayakkan beliau menerima faedah gaji dan bonus yang lumayan.

Hakikatnya, nasib Leeson semakin buruk. Urus niaga beliau mengalami kerugian demi kerugian. Akhirnya, pada 23 Februari 1995, beliau melarikan diri selepas meninggalkan satu nota ringkas tertulis “I’m sorry“. Jumlah keseluruhan kerugian yang berpunca daripada urus niaga Leeson mencecah £827 juta (US$1.4 bilion). Akibatnya, Bank Barings diisytiharkan bankrap pada 26 Februari 1995.

Leeson ditahan di Frankfurt, Germany dan diektradisi ke Singapura pada 20 November 1995 untuk dibicarakan. Pada Disember 1995, Leeson dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun enam bulan.

Semasa di Penjara Changi-Singapura, Leeson disahkan mengalami kanser usus besar. Tambah menyedihkan, beliau bercerai dengan Lisa. Pada 1999, Leeson dibebaskan daripada penjara. Tanpa rumah dan pekerjaan.

Kisah 2: Aman Shah, si pencuri 1 sen

Aman Shah berumur 24 tahun, bekerja sebagai eksekutif di Bank Hock Hua, Kuala Lumpur, dan mempunyai gaji RM1,800 sebulan. Aman digambarkan oleh rakan-rakannya sebagai seorang peramah, suka berjenaka dan banyak membantu mereka yang dalam kesusahan.

Daripada eksekutif biasa, nasib Aman berubah apabila beliau dihantar mengikuti satu kursus komputer, di mana beliau mempelajari kemahiran yang membantu beliau menjadi kaya dalam sekelip mata.

Ilmu dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat digunakan sepenuhnya apabila beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan SPEED, yang bertanggungjawab kepada sistem pemindahan elektronik untuk dana dan sekuriti. Bagaimanapun, untuk tujuan yang salah. Setiap hari, Aman memindahkan 1 sen daripada akaun pelanggan-pelanggan Bank Hock Hua ke akaun proxinya di bank lain.

Bagaimana beliau melakukannya? Aman mengemukakan arahan palsu kepada Bank Negara Malaysia untuk memindahkan wang pelanggan di Bank Hock Hua ke akaun syarikat Bistro di Bank Bumiputra Malaysia Berhad. Melalui kegiatan tersebut, dalam tempoh yang singkat, Aman berjaya mengumpul wang mencecah RM4 juta.

 

Sejak zaman sekolah lagi, Aman begitu obses dengan kereta mewah. Dengan wang yang ada, Aman membeli enam buah kereta mewah, iaitu Lamborghini Countach yang bernilai RM1.3 juta, Mercedes Benz 300SL (RM502,000),  Mercedes Benz 300E (RM192,000), Porsche Carerra 928 S4 (RM638,000) dan BMW 329i (RM68,000). Semuanya dibeli secara tunai.

Tidak cukup dengan kemampuan membeli, Aman dilihat suka menunjuk-nunjuk. Sekitar bulan Jun 1990, Aman menempatkan tiga buah kereta mewahnya di pameran kereta eksotik di Plaza Bukit Bintang. Beliau juga sering dilihat bersiar-siar dengan dengan kereta mewahya di waktu petang.

Lebih mengagumkan apabila beliau muncul di rancangan Sekapur Sirih TV3 yang disiarkan pada 3 Jun 1990. Dengan bangganya, Aman yang ketika itu sudah berhenti daripada Bank Hock Hua, bercerita mengenai keistimewaan setiap kereta mewahnya.

Bekas pengurus kepada Aman di Bank Hock Hua yang kebetulan menonton rancangan itu, berasa syak terhadap kekayaan Aman. Beliau terus meminta setiap transaksi yang melibatkan Aman disemak dan diaudit semula. Dengan bukti penyelewengan yang ditemui, bekas pengurusnya membuat aduan polis pada 8 Jun 1990. Seterusnya, Aman ditangkap di kondominium mewahnya di Bangsar.

Pada 25 Jun 1990, Aman dituduh di mahkamah atas empat tuduhan menipu kira-kira RM4 juta. Aman didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Belia dan rasuah

Tiada siapa yang mengimpikan untuk terjebak dengan jenayah seperti menipu, merogol, merompak atau membunuh. Malah, tiada manusia yang berhasrat untuk menyara kehidupan mereka dengan aktiviti jenayah.

Walaupun begitu, sesiapa sahaja berisiko untuk terjebak dengan jenayah rasuah. Jenayah ini tidak mengenal warna kulit, ideologi politik, anutan agama dan kedudukan. Selagi ada peluang dan sifat tamak, tidak mustahil untuk berlaku perbuatan rasuah.

Golongan belia mempunyai risiko yang tinggi untuk terlibat dengan jenayah keji ini. Kajian Persepsi Rasuah oleh UKM pada tahun 2002 menunjukkan 30.5% responden daripada golongan pelajar mengatakan mereka akan melakukan rasuah sekiranya mempunyai kuasa dan peluang untuk berbuat demikian.

Kenyataan media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 22 April 2016 membuktikan dapatan kajian di atas. Menurut SPRM, dalam tempoh tiga tahun (2013-2015), 55% atau 1,045 daripada 1,902 individu yang terlibat dalam kegiatan rasuah merupakan mereka yang berusia di bawah 40 tahun (Utusan Malaysia, 2016).

youth

 

SPR, usaha tingkatkan integriti pelajar

Pelajar merupakan golongan penting yang mesti diberi tumpuan penting. Mereka adalah ‘profesional dalam pembikinan’ (professional in the making) yang mampu mencorak lanskap ekonomi, politik dan pembangunan negara.

Pelajar di institut pengajian tinggi awam dan swasta mempunyai platform untuk meningkatkan pemahaman mereka mengenai jenayah rasuah. Antara inisiatif SPRM untuk mendidik golongan pelajar adalah melalui penubuhan Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR).

Sehingga 31 Julai 2016, sebanyak 20 SPR di universiti awam, 27 SPR di Institut Pendidikan Guru dan 59 SPR di institut pendidikan MARA. Inisiatif ini bukan sahaja mensasarkan golongan pelajar, malah seluruh komuniti institut dan kolej.

Ayuh, pelajar! Jadilah belia berintegriti. Hindari rasuah dan bersama membangunkan negara.

  • Tamat –
www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , ,

No Comments

Insan Yang Akauntabilitinya Tinggi

Daripada blog : Kekanda Satria http://kekandasatria.blogspot.my/2016/06/insan-yang-akauntabilitinya-tinggi.html 

Hari ini banyak diperkatakan mengenai isu yang melibatkan integriti terutamanya dalam kalangan penjawat awam. Isu penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah, penyelewengan walaupun dilakukan oleh segelintir individu penjawat awam namun tempiasnya tetap terkena kepada keseluruhan penjawat awam yang berada di negara ini.

Apa yang kita faham dengan integriti? Adakah Integriti secara umumnya adalah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan sesebuah organisasi. Isu integriti berkait rapat dengan isu etika dan nilai-nilai murni dalam diri seseorang dan sesebuah organisasi.

Masih ingat dengan Setiausaha bahagian kewangan Kementerian Belia dan Sukan, Otman Arsahd yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 32 pertuduhan salah guna kuasa dan pemalsuan dokumen membabitkan kerugian dana kerajaan hampir RM40 juta???

Dimana sikap integriti serta akauntabiliti yang perlu ada dalam setiap penjawat awam dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka??? Dimana??

Nilai-nilai integriti yang telah lama disuruh dalam Islam juga perlu dihayati serta diamalkan oleh semua penjawat awam khususnya buat penjawat awam yang beragama Islam. Adakah masih wujud semangat  integriti dalam diri kita sekarang? Atau telah pupus dek masa berlalu?

Ya bagi KS masih ada individu yg dilahirkan untuk menentang jenayah rasuah dan penyelewengan ini.

KS dikhabarkan integriti beliau mula terselah selepas beliau  dilantik sebagai pegawai siasatan, Cawangan Tatatertib, ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR), Kuala Lumpur. Beliau juga pernah bertugas sebagai Ketua Cawangan di BPR Cawangan Sibu.

KS juga difahamkan beliau telah dilantik menjadi timbalan ketua pengarah (Operasi) BPR pada 1 Jun 2007. Kemudian dilantik sebagai pengarah perancangan dan koordinasi dasar, Ibu Pejabat BPR.

Si Polan ini juga dengarnya pernah menjadi pengarah BPR Perak dan Pulau Pinang, Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan kerana sikap integriti serta akauntabilitinya, beliau dipinjamkan sebagai ketua pegawai integriti, Amanah Raya Berhad.

Abu Kassim

Abu Kassim

Pada 4 November 2009 , Ketua Setiausaha Negara pada ketika itu, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan supaya beliau dilantik sebagai ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan. Perlantikan itu berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].

Pada tahun 2015, ketokohan beliau terbukti dengan sumbangan beliau dalam bidang pencegahan rasuah khususnya dalam aspek pembaharuan perundangan dan penambahbaikan yang dilakukan. Kejayaaan beliau membentuk plan transformasi SPRM juga membuahkan hasil positif terutama pengukuhan strategi operasi, pengurusan modal insan dan pencegahan rasuah secara agresif di bawah langkah pembaharuan berjaya mengukuhkan kapasiti pencegahan rasuah dan melonjakkan lagi impaknya.02

Beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang sempena Istiadat Konvokesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ke-82. Ijazah Doktor Kehormat tersebut merupakan anugerah kepada seorang tokoh Bumiputera yang strategis dan berintegriti tinggi dalam menerajui organisasi SPRM. Anugerah itu membolehkan beliau muncul ketua agensi pencegahan rasuah pertama menerima pengiktirafan itu.

Ketokohan beliau semakin terselah selepas Panel International Review Panel (IRP) Daniel Li Ming Chak, bekas Timbalan Pesuruhjaya Akademi Pencegahan Rasuah Antarabaangsa Hong Kong (IACA), menyatakan SPRM mencatat penambahbaikan dari segi sikap terhadap penyiasatan, pencegahan dan mendidik orang ramai mengenai rasuah selepas dibawah kepimpinan beliau.

Hebat sekali beliau…Itulah Tan Sri Abu Kassim Mohamed, insan yang akauntabilitinya tinggi sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

SPRM telah melakar pelbagai kejayaan yang signifikan. Kejayaan tidak datang dengan mudah. Pada masa sama, kita tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian SPRM.

KS sangat optimis inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan menerusi program transformasi operasi, modal insan dan pencegahan akan membuahkan lebih banyak impak positif dalam organisasi SPRM.

03

Ingatlah, Rakyat meletakkan harapan yang semakin meningkat ke atas SPRM. Jadi wajarlah SPRM akan mengambil pendekatan-pendekatan baharu dan memperkenalkan strategi-strategi berinovatif serta bersatupadu bagi memerangi rasuah habis-habisan.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , ,

No Comments

GEJALA RASUAH DAN KESANNYA

Oleh: Norhafifi Yahya (http://www.islam.gov.my/en/gejala-rasuah-dan-kesannya-cahaya-oktober)

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.

rasuah = jenayah

rasuah = jenayah

                Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.

 

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”.                                                                                                                                                                                                 (al-Baqarah : 188)

PANDANGAN ISLAM MENGENAI RASUAH

Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :

“ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah  SWT  sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

PUNCA BERLAKUNYA RASUAH

Antara punca berlakunya rasuah ialah :

  1. a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.
  2. b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.
  3. c) Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di <?xml:namespace prefix = st1 ns = “urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags” />Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.
  4. d) Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.
  5. e) Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

KESAN-KESAN RASUAH

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan  wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh  menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH

Antara langkah  mencegah rasuah adalah seperti berikut :

1.Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri

Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

  1. Mamasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan

-Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik  benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

  1. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman

Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

4.Memudahkan urusan menggunakan ICT

-Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan  supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan  proses.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , ,

1 Comment

Existence of 5 Independent Panels, MACC Shows Its Independence

MACC SPECIAL REPORT SERIES : #5

TODAY’s Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is monitored by five independent oversight committees, comprising more than 40 members, representing all levels of society. The members include Members of Parliament from both the ruling party and the opposition. This is a clear indication that the anti-corruption agency is more transparent compared to its predecessor, the Anti-Corruption Agency (ACA).

special report series

special report series

Since its establishment in 2009, the MACC has been steadily discharging its duties and responsibilities as the primary agency tasked with weeding out corruption in Malaysia. In order to ensure MACC’s independence, transparency and professionalism, five separate and independent oversight bodies were formed to monitor the functions of the MACC an act as a check-and-balance. Members of these panels represent the general public and include senior former government officials, politicians (both from the government and the opposition), professionals, academicians, lawyers and individuals of high standing in society.

The existence of these independent oversight committees is a strong reflection of the MACC’s impartiality and independence, compared with the ACA. In 2009, the then-ACA forwarded a proposed new legislation to transform it into an independent anti-graft agency known as the MACC. The new entity took the bold move of having five independent oversight bodies to monitor, peruse and advise on the different functions of the organisation and to provide a check-and-balance mechanism in helping the MACC perform its function and role.

The legislation not only gave more power to MACC in its fight against corruption but the structural change also ensured that it was an independent anti-graft entity. Three independent oversight bodies were formed by virtue of provisions in the Act, while the other two were formed administratively. The five oversight

Five independent oversight bodies prove that MACC is truly an independent anti-graft entitybodies are the Parliamentary Special Committee on Corruption, the Anti-Corruption Advisory Board, the Complaints Committee, the Operations Review Panel and the Consultation and Corruption Prevention Panel.

The MACC presents its annual report to the Special Committee on Corruption, which comprises of members from both the government and the opposition. The Special Committee on Corruption peruses, scrutinises and gets the MACC to explain at length, every investigation that had been carried out in the previous year.

Apart from the approaches and strategies adopted by the MACC management itself, the setting up of these oversight committees contribute directly to the increase in public confidence in the MACC. The roles of these five independent oversight bodies have, to a certain extent, helped generate public awareness on the importance of fighting corruption as a collective. The MACC, to date, has benefitted from the advice and input given by these five external oversight bodies.

“A new chapter in the fight against corruption began when the MACC Act, 2009 came into force on the 1st of January 2009 and the MACC was established as a successor to the Anti-Corruption Agency (ACA). The new anti-corruption agency is more transparent, more independent and has added powers of prevention. In addition, five external oversight bodies were formed, making the MACC one of the most scrutinised anti-corruption institutions in the world,” said the Anti-Corruption Advisory Board in its first report – 2009 Annual Review.

The current structure of the MACC, according to the Chairman of the Parliamentary Special Committee on Corruption, Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, was aimed at making the Commission truly independent, neutral, open, and transparent in investigating corruption. Abu Zahar, who is Dewan Negara Speaker, also stressed that, “We have representatives from the opposition and the government. They are all appointed by the Yang di-Pertuan Agong. We are above politics, meaning our main mission is to carry out our duties as stated in the MACC Act.”

“The MACC is also the only anti-corruption commission in the world which is monitored by five different independent panels,” he said.

Among the suggestions were for the formation of an Anti-Corruption Service Commission, matters relating to the appointment of the MACC chief commissioner under the Federal Constitution, changes to strengthen Section 23 and 36 of the MACC Act, provisions for corporate liability and public officer misconduct and political funding. He added that they wanted to see the changes made to ensure that the commission was able to function in freely and unhindered.

The Anti-Corruption Advisory Board, which meets every month, has played an equally important role in advising the MACC. Some of the new approaches adopted by the MACC in its efforts to combat corruption were conveyed during its sitting. For example, in its 2013 annual report, the Anti-Corruption Advisory Board urged the MACC to initiate investigations on large projects with potential improprieties, as tabled in the Auditor General’s Report.

Another important body is the Operations Review Panel. It functions as a check-and-balance for the operational activities carried out by the MACC. Acting as a public watchdog, the panel plays an important role in ensuring that the MACC takes into account the views and opinions of the public when it carries out its duties and responsibilities in enforcing the law when it comes to corruption. The Operations Review Panel ensures that allegations against the MACC or the Deputy Public Prosecutor of closing an investigation without supervision or a directive from an independent mechanism do not arise.

The independence of the supervisory mechanism is provided under the terms of reference of the Operations Review Panel where the MACC management is required to present to the Operations Review Panel all cases under investigation. In turn, the panel has the right to request for an explanation and a review of the cases referred to it. Since 2009, the Operations Review Panel had recommended that 60 cases, initially considered by the Public Prosecutor to have no merit for prosecution, be reviewed. Eight of these were eventually brought to court. This development is concrete proof that the MACC Act, 2009 has enhanced the effectiveness of the Commission.

The establishment of the Operations Review Panel has also been recognised by international bodies such as the United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC).

“The establishment of an independent Operations Review Panel that does not influence the independence and discretion of the public prosecution, but which has the possibility to scrutinise the measures taken and to make recommendations, is a noteworthy support mechanism,” the UNODC report said.

“The recognition of this particular panel by the UNODC is a significant achievement,” said Tan Sri Abu Zahar.

The fifth body, the 14-member Consultation and Corruption Prevention Panel, has been instrumental in advising the MACC on the implementation of community education programmes and corruption awareness campaigns, as well as building public support towards a corruption-free society. In carrying out its functions, the Consultation and Corruption Prevention Panel holds monthly meetings to come up with proposals and recommendations for the MACC.

“I greatly appreciate the work, dedication and commitment of the Special Committee on Corruption, Anti-Corruption Advisory Board, Complaints Committee, the Operations Review Panel and the Consultation and Corruption Prevention Panel in continuously providing sound advice to the MACC management in fulfilling its functions effectively. MACC’s top management are always in receipt of constructive and insightful views from all the 460 members of the five independent bodies,” said MACC Chief Commissioner, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

———————————————————————–

MACC INDEPENDENT OVERSIGHT PANELS: AT A GLANCE

Special Committee on Corruption:

The Special Committee on Corruption was set up by the provision of law under Section 14 of the Malaysian Anti-Corruption Act, 2009. The members of the SCC are appointed by the Yang di-Pertuan Agong, and are drawn from both the Senate and the House of Representatives, and none of whom are members of the administration.

Anti-Corruption Advisory Board:

The Anti-Corruption Advisory Board is set up by the provision of law under Section 13 of the Malaysian Anti-Corruption Commission Act, 2009. The members of ACAB are appointed by the Yang di-Pertuan Agong from among individuals who have rendered distinguished public service or have achieved distinction in their professions.

Complaints Committee:

The Complaints Committee was formed by the provision of law under Section 15 of the Malaysian Anti-Corruption Commission Act, 2009 with the members duly appointed by the Minister.

Operations Review Panel:

The Operations Review Panel is appointed by the Prime Minister from among experts in the relevant professions and who embody the integrity and independence of the Commission. The Panel acts as a check-and-balance for ongoing cases handled by the MACC. The ORP may also present its views to the MACC on cases, should clarification be required.

Consultation and Corruption Prevention Panel:

The Consultation and Corruption Prevention Panel is appointed by the Prime Minister from among individuals who represent various organisations, including academicians, businessmen, religious figures, media experts and social activists who can help the MACC achieve its objective of nurturing a society that does not tolerate corruption.

For more details, please visit www.sprm.gov.my/lembaga-penasihat-panel.html

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , ,

No Comments