Archive for category Events

GEJALA RASUAH DAN KESANNYA

Oleh: Norhafifi Yahya (http://www.islam.gov.my/en/gejala-rasuah-dan-kesannya-cahaya-oktober)

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.

rasuah = jenayah

rasuah = jenayah

                Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.

 

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”.                                                                                                                                                                                                 (al-Baqarah : 188)

PANDANGAN ISLAM MENGENAI RASUAH

Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :

“ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah  SWT  sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

PUNCA BERLAKUNYA RASUAH

Antara punca berlakunya rasuah ialah :

  1. a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.
  2. b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.
  3. c) Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di <?xml:namespace prefix = st1 ns = “urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags” />Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.
  4. d) Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.
  5. e) Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

KESAN-KESAN RASUAH

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan  wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh  menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH

Antara langkah  mencegah rasuah adalah seperti berikut :

1.Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri

Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

  1. Mamasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan

-Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik  benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

  1. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman

Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

4.Memudahkan urusan menggunakan ICT

-Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan  supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan  proses.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , ,

1 Comment

Lidah bekas majistret kelu baca al-Quran kerana rasuah

oleh : Malaysiagazette

Tuhan punya kuasa, Mohd. Firdaus Ramlan, 34, ditahan penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 Oktober 2009 di kediamannya dan ketika itu beliau adalah seorang magistret.

(Gambar) Firdaus Ramlan

(Gambar) Firdaus Ramlan

Pada 3 Oktober 2010, Mahkamah Sesyen Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM15,000 bagi pertuduhan pertama serta penjara tiga tahun dan denda RM25,000 bagi tuduhan kedua dan dia membuat rayuan.

Pada tahun 2012, Mohd. Firdaus kekal menjalani hukuman penjara tiga tahun dan denda berjumlah RM40,000 atas dua kesalahan rasuah selepas rayuannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya. Demikian keputusan sebulat suara panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha yang bersidang bersama Datuk Abdul Wahab Patail dan Mah Weng Kwai.

“Saya ditahan atas dua kesalahan meminta dan menerima rasuah. Kedua-duannya melibatkan RM5,000 dan RM3,000..nilainya kecil tetapi bahananya besar,” ujarnya. Sebelum ditahan, katanya, Allah sudah memberi peringatan namun dia alpa.

“Tuhan hendak zahirkan ketika itu, keempat-empat tayar kereta yang dibeli dengan duit panadol (terminologinya bagi rasuah dan kononnya untuk menghalalkan cara) dan telefon bimbit hilang. Hubungan suami isteri selalu bergaduh, kita sendiri cari masalah hendak bergaduh,” ujarnya. Semasa ditahan, keadaannya semakin teruk kerana merasakan dirinya terlalu hina menyebabkan kaum keluarganya trauma.

“Kalau buka hijab mata manusia tengok kahak atas kepala ini.. kahak hijau, kuning pekat dan cair semua ada..orang hina kita,” katanya bagi menggambarkan betapa jijiknya pandangan masyarakat kepadanya. Malah kes itu menyebabkan bukan sahaja dirinya dan keluarga terpalit sama namun tempatnya bekerja dan universitinya belajar juga dikutuk orang kerana mendakwa ia juga punca melahirkan pesalah rasuah.

“Selepas ditangkap dan didakwa ke mahkamah ada satu tahap saya bangun jual nasi lemak demi mencari sesuap nasi..orang tidak peduli dan tanya ada duit hendak beli lampin dan susu anak pun,” katanya.

Malah rakan yang dahulu baik pun mula menjauhkan diri. Selepas itu, satu demi satu dugaan menimpa Mohd. Firdaus apabila dua minggu sebelum keputusan kes rasuahnya, ibu dan adiknya terbunuh dalam satu kemalangan.

“Semasa berdiri dalam liang lahad angkat jenazah ibu dan adik saya..saya cukup sedih kerana tidak sempat betul-betul minta maaf kepada ibu saya..saya bimbang dia ‘termakan’ sekali duit rasuah,” katanya.

Walaupun ketika cuba mengasingkan wang rasuah dengan wang hasil titik peluh sendiri untuk diberinya kepada ibunya namun siapa tahu kemungkinan ia bercampur dengan wang haram.

Lebih parah, Tuhan sekali lagi membuktikan kuasanya apabila lidah Mohd. Firdaus ‘keras’ ketika mahu membaca al-Quran sedangkan mengaji merupakan amalannya sebelum itu kerana beliau merupakan bekas pelajar sekolah agama sebelum itu. “Saya baca al Fatihah okay tetapi bila baca ayat awal surah Al Baqarah iaitu Alif Lam Mim lidah saya tidak boleh sebut, jadi keras.

Lidah saya jadi kaku, keras. Bayangkanlah betapa hinanya pandangan Tuhan kepada saya..benda semudah A, B, C pun tidak boleh sebut. “Berpuluh-puluh air kolah masjid saya minum dan beratus kali sujud (solat taubat) di Masjid Muhammadi (di Kota Bharu). Seminggu selepas itu baru Allah beri semula saya kemampuan membaca al Quran,” jelasnya.

Tidak cukup dengan itu, Tuhan, katanya sekali lagi menunjukkan kuasanya pada harta yang dibeli daripada wang rasuah.

“Allah hendak tunjuk kepada saya lagi selepas itu. Saya ada 50 pasang kasut dan saya balut dan isi dalam bekas plastik dan yang kata rasuah dicemuh isi bumi apabila anai-anai memakan 48 pasang kasut saya. Hanya tinggal dua pasang kasut yang tinggal dan saya ingat satu pasang saya beli semasa gaji pertama saya dan kasut kedua ialah barang hantaran perkahwinan. Dua sahaja yang ‘tidak disentuh’ anai-anai,” jelasnya.

Seterusnya beliau mengakui fasa di tirai besi juga menjadi pemangkin kepada dirinya untuk bangkit semula mengubah nasib.

“Mula-mula masuk penjara memang buntu kerana tengok tembok tetapi saya kena sendiri kena cari ubatnya,” katanya yang menganggap penjara merupakan azab dunia kerana penghuninya menjalani kehidupan dalam keadaan tidak selesa.

“Apabila menyedari ada banduan lain yang dipenjara selama 47 tahun dan tiga tahun kerana kesalahan rasuah membuatkannya bersyukur kerana hanya dipenjara selama dua tahun. Seksa saya lebih ringan berbanding mereka,” ujarnya.

Dalam tirai besi juga Mohd. Firdaus belajar sesuatu iaitu bekas banduan yang keluar dari penjara tidak akan disambut dengan karpet merah tetapi cop banduan akan kekal sebagai stigma. Kehidupan di Penjara Kajang juga memberinya idea menulis buku bertajuk Tersugung Dek Rasuah apabila dibebaskan dan mula berjinak-jinak menjadi penceramah anti rasuah kepada masyarakat.

Sebagai penceramah motivasi bebas mengenai bahaya rasuah kepada masyarakat sejak tahun lepas atas bantuan rakannya daripada SPRM sendiri beliau kini semakin dikenali malah diiktiraf oleh pemimpin kerajaan.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim sendiri menganggap pengalaman Mohd. Firdaus wajar dijadikan teladan kerana beliau mengalami sendiri kesan bahaya rasuah dan bukan sekadar bercakap sahaja mengenainya.

Ditanya bagaimana mahu memastikan masyarakat dapat mengurangkan amalan rasuah yang bukan sahaja merosakkan individu, masyarakat dan peradaban, Mohd. Firdaus berkata: “Kalau ada kesedaran agama dan sedar adanya kehidupan selepas mati (akhirat) baru saya rasa rasuah ini dapat dibendung dan dibasmikan sepenuhnya,” ujarnya jujur.–MalaysiaGazette

http://www.malaysiagazette.com/ms/nasional/lidah-bekas-majistret-kelu-baca-al-quran-kerana-rasuah?utm_campaign=shareaholic&utm_medium=facebook&utm_source=socialnetwork

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , ,

1 Comment

JKMR: Syor SIAP selia SPRM tidak wajar

SUKACITA saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah ingin memberi respons kepada Kenyataan Media bertarikh 28 November 2015 bertajuk, “EAIC Mahu SPRM di bawah seliaannya,” yang dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP), Datuk Yaacob Md. Sam.

sprm_11062013_tminazirsufari_001

Setelah membuat kajian teliti dan terperinci, berkenaan kedua-dua Akta iaitu: (i) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) (Akta 694); yang diwartakan pada 8 Januari 2009 dan (ii) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (SIAP) (Akta 700) yang diwartakan pada 3 September 2009, saya dengan sesungguhnya berpendapat bahawa cadangan Pengerusi SIAP adalah tidak wajar dan tidak perlu dipertimbangkan, dengan sebab-sebab seperti berikut:

(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694)

Mengikut Seksyen 1 Akta SPRM permulaan kuat kuasa pada 1 Januari 2009. Bagi keseluruhannya Akta ini menumpukan kepada fungsi-fungsi dan kebertanggungjawaban lebih fokus dan spesifik kepada gejala-gejala Jenayah Rasuah. Setelah 1 Januari 2009 SPRM adalah sebuah Suruhanjaya bebas, yang betul-betul bebas dan tidak terikat kepada mana-mana agensi lain. Ini adalah selaras dengan kehendak Artikel 36, United Nations Convention Against Corruption (UNCAC), yang mana menghendaki suatu entiti pencegahan rasuah bebas dilaksanakan selaras dengan Seksyen 14(5) Akta SPRM 2009; saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, dianggotai oleh tujuh orang yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, yang terdiri dari kalangan Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat termasuk wakil-wakil Ahli Parti Pembangkang..

(i) Mengikut Akta SPRM 2009 juga, pada masa ini, selain JKMR, SPRM juga dipantau oleh empat lagi Panel Bebas, yang terdiri daripada tokoh-tokoh profesional seperti bekas-bekas Hakim, Peguam Akauntan, Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan, tokoh akademik, dan NGO-NGO.

(ii) Akta SIAP 2009 (Akta 700) diwartakan pada 3 September 2009. Ini bermakna Akta SIAP (Akta 700) diluluskan oleh Parlimen selepas Akta SPRM 2009 (Akta 694). Dengan jelas didapati bahawa mengikut Seksyen 1(4) Akta SIAP (Akta 700) ini menyatakan bahawa “Akta ini hendaklah terpakai bagi Agensi Penguatkuasaan yang ditetapkan oleh Perdana Menteri dalam Jadual”. Seterusnya, dengan jelas juga Seksyen 1(5), menyatakan “walau apa pun subseksyen (4), Akta ini TIDAK TERPAKAI bagi SPRM (Akta 694).

Saya berpendapat bahawa dengan jelas bahawa Akta SIAP (Akta 700) ini mempunyai TUJUAN dan fungsi-fungsinya bertumpu khas kepada peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Akta tersebut sahaja dan tidak sekali-sekali patut dikaitkan dengan Akta SPRM 2009 (Akta 694).

Justeru, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah berpendapat tidak perlu meletakkan SPRM di bawah seliaan SIAP.

Saya selaku Pengerusi JKMR, dan juga Pengerusi keempat-empat Panel Bebas yang ditubuhkan di bawah peruntukan Akta SPRM 2009 ini, tentu sekali sedia mendengar pandangan untuk tujuan memperbaiki lagi perjalanan SPRM, tetapi bukannya bertujuan meletakkan SPRM di bawah SIAP. Malah saya sendiri bersama-sama Ahli Jawatankuasa JKMR dan lain-lain pemimpin-pemimpin, jika perlu bersedia untuk memberi penjelasan atau taklimat kepada pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai SIAP mengenai perjalanan dan kedudukan SPRM sejak tujuh tahun yang lalu.

YB SENATOR TAN SRI ABU ZAHAR UJANG
PENGERUSI
JAWATANKUASA KHAS MENGENAI RASUAH

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , , , ,

No Comments

SJK (T) Ladang Rinching Perintis Program Wira Anti-Rasuah Sekolah Tamil Negeri Selangor

SEMENYIH, 30 September 2015 – SJK (T) Ladang Rinching telah terpilih sebagai sekolah Tamil pertama di Negeri Selangor bagi pelancaran program WAR ini.

WIRA ANTI RASUAH TAMIL

Wira Anti Rasuah merupakan satu program khas bagi golongan pelajar sekolah yang dirangka khusus untuk memberi kesedaran awal mengenai pencegahan rasuah dan kepentingan integriti di kalangan generasi muda.

Guru Besar SJK(T) Ladang Rinching, Semenyih Thanaseelan a/l N. Seethapathy mengalu-alukan pemilihan sekolah berkenaan sebagai perintis awal program WAR.

Katanya, memandangkan rasuah merupakan faktor pemangkin kepada jenayah, pendedahan awal pencegahan rasuah kepada murid sekolah rendah amat penting dan berguna.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata program WAR yang diadakan kali ini merupakan yang pertama di Negeri Selangor dan yang kedua di Malaysia selepas di Pulau Pinang 25 Sept lalu.

Menurutnya usaha pencegahan rasuah melalui pendidikan ini perlu dilakukan di peringkat awal lagi.

Katanya berdasarkan kajian yang lalu didapati perlunya program kesedaran di peringkat awal pembelajaran supaya apabila tiba di peringkat Universiti lebih faham.

Bagi program WAR di peringkat sekolah rendah, murid-murid akan ditekankan kepada nilai-nilai murni .

“Kita tidak mahu apabila besar remaja terbabit dengan jenayah rasuah kerana ia merupakan satu fenomena yang membabitkan sosial masyarakat.

“Jika kita soroti sejarah, kebanyakkan kerajaan terdahulu jatuh akibat rasuah, oleh itu perlukan kesedaran dan pendidikan nilai-nilai murni disemai di kalangan murid sekolah hari ini,” katanya.

Menurutnya, usaha pendedahan awal kepada murid sekolah ini diharap dapat membentuk para pelajar dalam membudayakan nilai-nilai murni dan integriti selain meningkatkan kefahaman mereka terhadap rasuah dan fungsi SPRM.

“Kita berharap melalui program sebegini dapat membantu kita menyebarluaskan maklumat mengenai pencegahan rasuah.

“Ini kerana berdasarkan statistik, sejak tahun 2010, SPRM menerima sebanyak 51 maklumat berkaitan rasuah yang berlaku di sekolah dan daripada jumlah tersebut, lima maklumat membabitkan sekolah Tamil.

Seramai 170 murid dan tenaga pengajar daripada sekolah ini terlibat pada program satu hari ini yang turut dihadiri oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah dan Pegawai Kanan SPRM.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , ,

No Comments

MACC’S OVERSIGHT PANEL CHAIRMAN: MALAYSIA IS NOT FACING A CORRUPTION CRISIS

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim today said it was unfair and ridiculous for Transparency International President Jose Ugaz to say that Malaysia was facing a corruption crisis and a failed state.

“It is an unfair comment to make. Transparency International has been ill-advised,” said the Anti-Corruption Advisory Board Chariman.

Tunku Aziz Furious of TI Chairman Opening Speech for the 16th IACC (watch video here)

He refuted Ugaz’s statement, saying one unsolved case that had been “haunting Malaysia” does not prove that the country is in a crisis.

Ugaz, in his speech at the 16th International Anti-Corruption Conference (IACC) said Malaysia is facing a corruption crisis following the unanswered allegations of the RM2.6 billion “donation” which was allegedly transferred into Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s personal bank account.

“The speech made by the President of Transparency International (yesterday), where he repeated the charge that Malaysia is in a corruption crisis; I think that this statement is ill-advised; it was an ill-informed statement,” he said.

Tunku Aziz stressed that the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) was, and is still investigating the case, adding that it was important to let the authorities complete their investigations, according to the law.

“I understand the case involves a huge amount but a proper and thorough investigation needs to be done before action can be taken. Why can’t they wait until the investigation is completed?” he asked.

Tunku Aziz said Ugaz’s sweeping statement was totally unacceptable and demanded an explanantion.

“If (the Prime Minister Datuk Seri) Najib (Tun Razak) is guilty and if the law says he should be hanged, then go ahead and do that, but I want to emphasise here that we are governed by the rule of law in this country. That is the basis of our legal system and civilisation,” said Tunku Aziz, adding that we should not allow emotions to get into the way of justice.

Over the years, Tunku said MACC, under the Government Transformation Programme, had undergone tremendous changes.

This can be seen from the conviction rates of cases, as well as the resources that have been made available to MACC to bolster the commission’s performance.

“MACC in the current situation, is as independent as you can get. There are independent oversight panels that look into its performance.

“I hope this incident will not be repeated,” he added.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , , ,

No Comments

Non-Violent Measures More Effective In Combating Corruption – NGO

PUTRAJAYA, Sept 2 (Bernama) -- Non-violent action is the most effective in combating corruption although it might take a longer time, 
said Vijay Anand, president of 5th Pillar, a non-governmental organisation (NGO) against corruption in India.
 
 He said any measure to prevent corruption by means of violence such as street protests would only bring harm to any country.
 
 "Whatever weapons we use, they (enemy) will use the same weapons. If you throw stones, you will get stones back, if you throw flowers, 
you will receive the same."
 
 Anand said this to reporters after presenting a paper titled, 'What is People Power and How Does it Impact Corruption and Impunity?' in 
conjunction with the 16th International Anti-Corruption Conference (IACC), here, today.
 
 Sharing the 5th Pillar experience during the presentation, Anand said it had introduced the 'Zero Rupee' note, a 'handy weapon' to 
fight corruption in India, especially among the authorities.
 
 The 'special' notes were printed with a message, "If Anyone Demands BRIBE, Give This NOTE and REPORT THE CASE."
 
 "Citizens need to be educated on the law, and procedures. By giving this note to any officer that wants a bribe, you don't even have 
to say a word," he said.
 
 Anand also said that some NGOs from countries such as Nepal and Macedonia, had voiced their interest in adopting a similar approach.
 
 -- BERNAMA

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , , , ,

No Comments

Journalists Should Play Important Role In Uncovering Corruption Cases

PUTRAJAYA, Sept 2 (Bernama) -- Journalists should play an important role in uncovering corruption cases, said Transparency and Anti-Corruption Officer of Egyptian Initiative for Personal Rights, Osama Diab.
 
 "Although journalists do not have executive power, their involvement can help raise public awareness on corruption,
 
 "Most of the revelation come in informal ways, led by researchers or investigative journalists," he told reporters when met at the 16th International Anti-Corruption Conference (IACC), here, today.
 
 He was earlier sharing his expertise during an IACC workshop session on 'Breaking Cycle of Impunity: Why Truth Telling and Accountability for Past Economic Crimes Matters'.
 
 Also present at the session were the chair of Transparency International (TI), Jose Ugaz and executive director of the African Centre for Open Governance (Kenya), Gladwell Otieno.
 
 Diab pointed out that in many prosecution cases, the work of a journalist was often used as a reference, and in Peru, media involvement was described as crucial in revealing the truth.
 
 The three-day biennial conference with some 1,000 participants from 130 countries started today at the Putrajaya International Convention Centre, here.
 
 -- BERNAMA
www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , , ,

No Comments

MACC Members Must Act Without Fear Or Favour – Abu Kassim

KUALA LUMPUR, Sept 2 (Bernama) - The people have been urged to protect the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) from meddling by other quarters which can affect its independence.
 
MACC Chief Commissioner Tan Sri Abu Kasim Mohamed said lawmakers regardless of political differences should unite and help to create a totally independent anti-corruption institution.
 
 "Prosecutors in Malaysia who are responsible for initiating prosecution must act without fear or favour in carrying out the task entrusted," he said in a statement issued to mark the 16th International Anti-Corruption Conference (IACC) at Putrajaya International Convention Centre (PICC) today.
 
 Abu Kasim also reminded the MACC members to always act without fear or favour in any given situation.
 
 He said the MACC would not condone any form of immunity in the investigation conducted by its members.
 
 "We believe that in order to avoid being involved in the issue of immunity, all institutions in the criminal justice system must act in accordance with the merits of each case," he added.
 
 --BERNAMA
www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , ,

No Comments

MACC, Police And Bank Negara Can Probe Any Issues Without Cabinet Approval – Paul Low

PUTRAJAYA, Sept 2 (Bernama) – The Malaysian Anti Corruption Commission, the police and Bank Negara may initiate a probe on any issue without the approval of the Cabinet or the Prime Minister, said Minister in the Prime Mninister’s Department Datuk Paul Low.

He said the three bodies are independent as incorporated under their Act of Parliament.

paul low

“It’s within their Act to initiate investigation regardless of whether the Prime Minister agrees or not.

“Their investigation is not instructed by the Prime Minister or Cabinet,” he said to a question from a Kenyan member of Parliament in a session at the 16th International Anti Corruption Conference here today.

The Kenyan MP had asked him about the investigation on 1Malaysia Development Berhad and whether it was ongoing.

Low said that as long as he was minister, he would ensure that the independence of the three bodies was protected.

He earlier delivered a paper on ‘Country Experience in Dealing with Governance and Corruption’ at the IACC’s workshop session.

Asked on the Bersih 4 rally last weekend, Low said the government was open to assemblies, but they have to be “within the right purpose”.

“If you want to have (a rally) against corruption, no problem. If it’s about injustice, again no problem. But the original purpose of Bersih 4 is they want the Prime Minister to resign and they want a caretaker government, and in one year they want a new election. It’s a mini Arab Spring.

“Yes, you may be angry, but if you are calling for dismantling the government in power it’s different. That’s the reason the rally was disallowed,” he said adding that its timing and venue clashed with the the National Day celebrations.

The conference attended by about 1,000 representatives from 130 countries is being held for three days from today at the Putrajaya International Convention Centre here.

–BERNAMA

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , , ,

No Comments

Plans To Take MACC Out Of Civil Service

PUTRAJAYA, Sept 2 (Bernama) — Plans are being considered to take the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) out of the civil service and Prime Minister’s Department, and make it answerable to Parliament.

Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Paul Low Seng Kuan said a special committee had been set up to look into the plans.

“Making the MACC a separate service will require an amendment to the constitution for which two-thirds majority support in Parliament is necessary,” he told reporters after opening the 16th International Anti-Corruption Conference (IACC) 2015, here, today.

Earlier, when addressing the conference, Low said the MACC would be made a separate service commission to allow it to improve the capacity and professionalism of its staff and to have control over its employment terms and conditions.

He said the appointment and tenure of the Chief Commissioner must be made more secure.

He added that what was also being planned was for the Office of the Auditor- General to report to a bi-partisan special committee in Parliament, and the power and scope of audit to be enlarged.

“Malaysia is committed to protecting the sanctity and independence of its public institutions and we are currently in the process of strengthening the MACC and the Auditor-General’s Office,” he said.

Low, formerly president of Transparency International-Malaysia, reaffirmed his commitment to protecting the MACC from any intervention.

“I am not a politician, I will do what I promised,” he said.

The conference attended by about 1,000 representatives from 130 countries is being held for three days from today at the Putrajaya International Convention Centre, here.

— BERNAMA

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , ,

No Comments