Archive for category Arrest

BANGKIT SPRM-KU ! BANGKIT !!

oleh : Blog http://sprums-ums.blogspot.com/2015/08/bangkit-sprm-ku-bangkit.html 

6 Ogos 2015, SPRUMS – “bangkit SPRM-ku ! Bangkit” laungan kata-kata menyokong SPRM. setelah pelbagai rintangan dihadapi Pihak SPRM dalam menjuangkan kebenaran. pelbagai tomahan dikenakan dengan hanya membuat siasatan. sebelum itu, pasti semua tertanya-tanya kenapa? apa terjadi? Jom kita baca fahami dahulu :

baca artikel SPRM pada 3 Ogos 2015, Putrajaya. Hasil Siasatan Berkaitan Dana RM2.6 Bilion
rujuk: http://www.sprm.gov.my/hasil-siasatan-dana.html

hasil daripada itu, masyarakat telah menimbulkan isu ini:
Masyarakat sebenarnya kurang faham, penah dengar “sheikh google” iaitu org yang menuntut ilmunya dengan Google tanpa mendapat maklumat sah dari Orang yang lebih berpengetahuan(guru). Mereka telah menyatakan bahawa “di Akta SPRM 2009 kata derma itu rasuah”. Perkara ini telah menimbulkan anggapan negatif keatas SPRM. Walhal, Perkara tersebut SALAH.

SEBENARNYA perkara suapan ini perlu dibaca bersama seksyen 16 dan 17 akta SPRM 2009, dimana;

– Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]
– Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) ASPRM 2009]
 
Kita kena faham tidak semua derma itu adalah suapan rasuah, di dalam konteks SPRM derma yang menjadi rasuah adalah derma yang  diberi atau diterima atas dorongan melakukan atau tidak melakukan sesuatu yang berkaitan dengann tugas rasmi seseorang dan perkara ini kena jelas.

SEBAGAI CONTOH:
1. kalau saya nak derma awak 20 ribu tanpa ada kepentingan, sapa nak marah?
2. Tapi kalau saya nak mintak awak buat sesuatu contohnya kerja atau tugas itupun bukan rasuah itu adalah upah.
3. Tapi contoh kalau saya pensyarah saya ada buat salah diketahui pelajar. Saya bagi duit pada pelajar untuk tutup mulut atau tidak beri keterangan kepada pihak universiti yang ini mungkin rasuah.

Situasi diluar sekarang ni seolah-olah masyarakat membuat persepsi bahawa derma itu tidak dibolehkan. Tetapi kita kena ingat selagi mana ia berkaitan dengan perkara yang  dinyatakan di atas tadi derma itu akan menjadi suapan di dalam perlakuan rasuah.
sebelum diteruskan ke seterusnya, JOM baca Artikel seterusnya
pada 5 Ogos 2015, Putrajaya, SPRM

“Penjelasan Mengenai Isu Dana RM2.6 Bilion Dan Siasatan SRC International”

Rujuk: http://www.sprm.gov.my/penjelasan-2billion.html

Dalam kes ini, amat dipercayai  dan yakin SPRM telah melaksanakan tugas dengan penuh adil dan professional. Seperti anda sedia MAKLUM Fungsi SPRM adalah hanya Menyiasat dan tugas untuk pendakwaan di buat oleh PEGUAM NEGARA. Sekiranya di dalam kes siasatan ini telah menemui bukti dan saksi yang kuat maka kes ini akan dicadang tuduh kepada Jabatan Peguam Negara.
Mengenai siasatan yang dikenakan kepada pegawai PDRM, Ketua Bahagian Operasi Khas, Pj. Dato’ Hj. Bahrin Bin Mohd Zain

Ia juga merupakan salah satu dugaan yang telah di terima oleh SPRM oleh disebabkan ini, siasatan SPRM terganggu. Kononnya SPRM terlibat dengan konspirasi ingin menjatuhkan Kerajaan. Banyak juga cabaran menjadi SPRM ni. Apabila di siasat Perdana Menteri kata orang konspirasi nak jatuhkan kerajaan, Bila tak siasat kata orang kroni,  Bila ngangkang je katanya makan gaji buta.

Oleh itu, kami menyuarakan BANGKIT SPRM KU BANGKIT !! jangan takut sekiranya anda dijalan yang benar. Hapuskan Gejala TIPU DAYA RASUAH ini.. ANDA ADALAH HERO KAMI.. ANDA ADALAH ROLE MODEL KAMI UNTUK PERJUANGKAN YANG KAMI “MAHASISWA BENCI RASUAH !!”
mari lah semua Rakyat MALAYSIA Kita bangun.. Bantu Bersama MERAKYATKAN SPRM dan LAPOR GEJALA RASUAH yang tidak memberi kemanusiaan ini.

sekian.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , ,

No Comments

Siasatan SPRM Terhadap 1Azam Dapat Selamat Dana Daripada Terus Diseleweng

Sinar Harian, Selangor
20 Sep 2013, by MOHD FAZU ZAINUL ABIDIN &
ROBIATULADAWiYAH ABD RASHAD

 

PUTRAJAYA – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung program 1Azam diharapkan dapat menyekat lebih banyak penyelewengan wang rakyat. Sepanjang program itu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.2 billion dan 132,511 individu layak menerimanya di seluruh negara sejak projek perintis dijalankan akhir Januari 2010 lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, siasatan menjurus kepada individu yang cuba melakukan salah laku berkaitan program itu.

wang rakyat

“Program yang dilakukan adalah baik untuk rakyat, tetapi ada individu yang cuba mengambil kesempatan terhadap peruntukan yang disediakan ini,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Suhaimi Ibrahim dan beberapa individu bagi tujuan membantu siasatan.

 

Ketika ditanya berhubung status siasatan, Abu Kassim enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang berjalan.

 

Jelasnya,pelaksanaan beberapa program meningkatkan taraf hidup rakyat dan golongan sasaran dilakukan kerajaan sangat baik dan bermanfaat.

 

Namun di sesetengah organisasi terdapat individu mengambil peluang demi kepentingan diri.

 

“Dalam organisasi mereka menjadi titik hitam ini perlu dikeluarkan supaya matlamat dan objektif berjaya,” katanya.

 

Dalam perkembangan lain bagi membendung kegiatan salah laku dalam agensi kerajaan mahupun swasta berlaku, Abu Kassim berkata, SPRM ada menawarkan Khidmat nasihat dan rundingan.

 

“SPRM mengalu-alukan mana-mana kementerian, kerajaan negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mahupun swasta yang mahu khidmat profesional mereka berhubung integriti dan perjalanan prosedur bagi mengurangkan gejala rasuah.

 

Selain menasihatkan, pegawai SPRM juga ditempatkan di organisasi itu,” katanya. Tambahnya, kejayaan pelaksanaan dibuktikan dimana salah satu negeri menggunakan khidmat SPRM, berjaya meningkatkan hasil buminya melalui kutipan cukai yang sebelum ini merosot.

 

 

Sinar Harian, Selangor

20 Sep 2013, by MOHD FAZU ZAINUL ABIDIN &

ROBIATULADAW1YAH ABDRASHAD

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , ,

No Comments

OPS NANO

Kegiatan penyelewengan subsidi diesel untuk nelayan merupakan jenayah yang serius dan wajar diberikan perhatian oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Dianggarkan Kerajaan menanggung kerugian sebanyak RM257 juta bagi tempoh lima tahun atau purata RM50 juta setahun. Perkiraan ini dibuat berasaskan kepada anggaran paling minima iaitu 5 peratus dari jumlah subsidi yang diluluskan Kerajaan untuk golongan nelayan. Bagi tempoh lima tahun iaitu 2006 hingga 2010, Kerajaan telah meluluskan peruntukan subsidi diesel kepada nelayan sebanyak 5.1 billion liter.

Pelbagai pendekatan telah diperkenalkan Kerajaan untuk menyekat ketirisan subsidi diesel antaranya termasuk memperkenalkan sistem fleet kad e-diesel. Namun, penyelewengan tetap berlaku. Diesel bersubsidi khasnya untuk golongan nelayan diberikan bertujuan untuk membantu dan mengalakkan golongan ini bagi mencari pendapatan hasil perikanan.

Salah satu dari punca berlakunya ketirisan ini adalah disebabkan kadar permintaan yang tinggi di kalangan pengusaha industri terhadap minyak diesel bersubsidi. Ini kerana penjualan diesel subsidi nelayan secara haram ini jauh lebih rendah berbanding harga yang dikenakan kepada pihak industri. Harga diesel bersubsidi bagi nelayan ditetapkan pada kadar RM1.25/liter. Manakala bagi pengusaha industri pula pada kadar RM1.90/liter. Iaitu perbezaan sebanyak 65 sen/liter. Manakala harga dipasaran gelap disel bersubsidi adalah disekitar RM1.60 ke RM1.70/liter.  Ini dapat menjimatkan golongan industri sebanyak 20 sen – 30 sen seliter. Bayangkan sekiranya dalam sehari, seorang pekilang sawit memerlukan 20,000 liter diesel sehari untuk mengerakkan mesin-mesin memproses buah sawit, maka kos diesel yang dibeli dengan harga industri (RM1.90) adalah sebanyak RM38,000.00. Sekiranya diesel bersubsidi dibeli di pasaran gelap (RM1.70) kos yang terlibat hanya sekitar RM34,000.00 iaitu penjimatan RM2,000.00 sehari.

Diesel bersubsidi untuk golongan nelayan ini juga bukan sahaja mendapat permintaan yang tinggi dikalangan pengusaha industri tempatan, malahan menarik minat pemborong-pemborong di negara-negara jiran seperti Thailand dan Filipina. Permintaan yang tinggi ini mengakibatkan penyeludupan dan penjualan diesel bersubsidi nelayan secara haram ini menjadi semakin rancak disebabkan keuntungan yang diperolehi.

Di Thailand, harga diesel adalah sebanyak RM3.00/liter. Manakala di Filipina ianya pada sekitar RM2.68 seliter. Harga yang lebih yang tinggi di negara-negara jiran menyebabkan aktiviti penyeludupan rancak dijalankan di sempadan tanahair. Hasil risikan yang dibuat mendapati harga pasaran gelap untuk penyeludupan diesel ke negara-negara jiran dijual pada sekitar RM2.00/liter. Ini memberi keuntungan kepada golongan peniaga haram sebanyak 50 sen hingga 60 sen seliter.

OPS Nano yang dijalankan oleh SPRM dengan kerjasama KPDNKK menjelaskan bahawa aktiviti penyelewengan dan penjualan diesel subsidi nelayan secara haram amat berleluasa. Sepanjang dua hari operasi dibuat bermula pada 22 dan 23 November 2010, seramai 19 orang pengusaha dan konco-konco yang terlibat dalam kegiatan ini berjaya ditahan SPRM. Sebanyak 414,000 liter diesel bernilai RM517,000.00 berjaya disita. Empat negeri menjadi tumpuan operasi iaitu Perlis, Kedah, Perak dan Pahang. Dipercayai kegiatan penjualan diesel bersubsidi ini tersebar luas di seluruh negara.

Antara dalang-dalang sindiket yang dikenalpasti terlibat pengusaha jeti, pemilik bot, pengusaha tangki minyak haram (skid tank), depot individu dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK).

Sementara itu, KPDNKK menerusi kenyataannya juga mengesahkan bahawa kegiatan ini amat berleluasa. Sepanjang tahun ini sahaja sebanyak 98 kes berjaya dikesan dengan membawa penyitaan sebanyak 707 ribu liter dengan anggaran nilai sebanyak RM1.7 juta.

Kesan keuntungan yang tinggi membuatkan golongan peniaga diesel haram ini tidak takut untuk menyogok pegawai-pegawai penguatkuasa bagi menutup dan melindungi kesalahan mereka. Hasilnya sebanyak RM80,000.00 nilai suapan rasuah cuba disogok dalam operasi dua hari ini.

Tindakan penguatkuasaan yang tegas sahaja tidak mampu membendung dan menyekat ketirisan ini dari terus berlaku. Ini kerana permintaan yang tinggi menyebabkan individu tertentu menjadi tamak dan sanggup melakukan apa sahaja demi mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Kesannya, masyarakat nelayan yang ada antaranya golongan miskin tegar dilihat tidak dapat menikmati kemudahan yang disediakan Kerajaan bagi memajukan kehidupan mereka. Persatuan Nelayan Kawasan dan LKIM yang diamanahkan untuk melaksanakan tanggungjawab membantu golongan nelayan menyeleweng dan tersadung dek kemewahan yang dihulurkan golongan peniaga haram.

Satu kajian menyeluruh sedang dijalankan oleh SPRM bagi mengenalpasti kelemahan dalam sistem dan prosedur sehingga menyebabkan perkara ini terus berlaku. Bagi pihak-pihak bertanggungjawab laksanakan lah amanah yang diberikan dengan jujur dan ikhlas demi membangunkan bangsa sendiri. Janganlah terlalu bergantung harap kepada SPRM untuk memulakan tindakan tetapi tidak disahut sebagai cabaran kepada mereka yang bertanggungjawab.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , , , , ,

7 Comments

PEGAWAI PERUBATAN DITANGKAP KERANA TERIMA RASUAH

Seorang Pegawai Perubatan berumur 49 tahun yang berkhidmat di Hospital Selayang telah ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 2 Jun 2010 jam 5.55 petang kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM10,000.00.

Pegawai tersebut ditangkap kerana menerima rasuah dengan membuat pembelian terus peralatan ortopedik yang berjumlah RM59,025.00 pada bulan Disember 2005 daripada sebuah syarikat yang membekalkan alatan perubatan.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 11(a) Akta Pecegahan Rasuah 1997 dan boleh dijatuhkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih daripada 20 tahun, dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, atau sepuluh ribu ringgit mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Beliau kini dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Click to download

www.pdf24.org    Send article as PDF   

No Comments

3 Ditangkap Tuntutan Palsu 2 juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) Negeri Kelantan telah menahan tiga individu semalamRM2 juta, yang melibatkan projek-projek di bawah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) . (17 Mei 2010) berkaitan tuntutan palsu bernilai RM2 juta, yang melibatkan projek-projek di bawah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA)

Seorang Jurutera telah ditahan dibawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 kerana telah menggunakan jawatannya untuk meluluskan kerja-kerja Inden di bawah IADA kepada syarikat dimana dia mempunyai kepentingan. Manakala seorang Juruteknik dan seorang kontraktor  turut ditahan di bawah Seksyen 18 ASPRM 2009.  Juruteknik dan kontraktor berkenaan ditahan atas dakwaan telah mengesahkan kerja-kerja yang dilakukan dibawah projek-projek di kawasan berkenaan siap, sedangkan tiada sebarang kerja dibuat. Kesemua OKT ditahan pada hari yang sama dan masih berada dalam tahanan SPRM bagi membantu siasatan.

DownloadKenyataan Media SPRM 18 MEI

www.pdf24.org    Send article as PDF   

No Comments

Lets Make A Difference,Fight Corruption!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
telah melakukan tangkapan ke atas lima ( 5 ) individu kerana memberi rasuah
kepada anggota keselamatan dalam tiga kes berlainan.
Bagi kes pertama, OKT merupakan seorang penganggur yang ditangkap pada 20 April
2010 kerana memberi rasuah kepada anggota keselamatan supaya tidak mengeluarkan
saman keatasnya.OKT telah dilepaskan pada 21 April 2010 dengan jaminan sebanyak
RM500 dan seorang penjamin.
Kes kedua, membabitkan seorang kakitangan awam yang ditangkap dalam satu operasi
oleh pihak keselamatan pada 22 April 2010. OKT ditangkap kerana memberi rasuah
kepada anggota keselamatan supaya tidak mengambil tindakan keatasnya yang disyaki
penagih dadah.
OKT telah dilepaskan pada 23 April 2010 dengan jaminan sebanyak RM5000 dan
seorang penjamin.
Manakala bagi kes ketiga, membabitkan tiga (3) individu warga asing yang ditangkap
pada 23 April 2010. Ketiga-tiga OKT ditangkap dalam satu sekatan jalan raya yang
dijalankan oleh pihak keselamatan. OKT ditangkap kerana memberi rasuah kepada
anggota keselamatan supaya tidak mengeluarkan saman keatasnya, kerana tidak
mempunyai lesen memandu.
Ketiga-tiga OKT telah dilepaskan pada hari yang sama, dengan jaminan sebanyak
RM2,000 seorang dan seorang penjamin.
Kesemua OKT ditangkap diatas kesalahan memberi rasuah di bawah Seksyen 17 (b)
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Mana-mana orang yang
melakukan kesalahan dibawah seksyen ini, apabila disabit kesalahannya boleh
dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua puluh tahun dan denda tidak kurang
daripada lima kali ganda nilai suapan.
Tangkapan-tangkapan berkenaan adalah selaras dengan Kempen Bersama Lakukan
Perubahan; Perangi Rasuah yang telah dilancarkan pada 26 April 2010. Ini jelas
menunjukkan tahap integriti penjawat awam terutamanya pegawai penguatkuasaan
adalah tinggi.

KENYATAAN MEDIA SPRM

www.pdf24.org    Send article as PDF   

No Comments