Insan Yang Akauntabilitinya Tinggi


Daripada blog : Kekanda Satria http://kekandasatria.blogspot.my/2016/06/insan-yang-akauntabilitinya-tinggi.html 

Hari ini banyak diperkatakan mengenai isu yang melibatkan integriti terutamanya dalam kalangan penjawat awam. Isu penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah, penyelewengan walaupun dilakukan oleh segelintir individu penjawat awam namun tempiasnya tetap terkena kepada keseluruhan penjawat awam yang berada di negara ini.

Apa yang kita faham dengan integriti? Adakah Integriti secara umumnya adalah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan sesebuah organisasi. Isu integriti berkait rapat dengan isu etika dan nilai-nilai murni dalam diri seseorang dan sesebuah organisasi.

Masih ingat dengan Setiausaha bahagian kewangan Kementerian Belia dan Sukan, Otman Arsahd yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 32 pertuduhan salah guna kuasa dan pemalsuan dokumen membabitkan kerugian dana kerajaan hampir RM40 juta???

Dimana sikap integriti serta akauntabiliti yang perlu ada dalam setiap penjawat awam dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka??? Dimana??

Nilai-nilai integriti yang telah lama disuruh dalam Islam juga perlu dihayati serta diamalkan oleh semua penjawat awam khususnya buat penjawat awam yang beragama Islam. Adakah masih wujud semangat  integriti dalam diri kita sekarang? Atau telah pupus dek masa berlalu?

Ya bagi KS masih ada individu yg dilahirkan untuk menentang jenayah rasuah dan penyelewengan ini.

KS dikhabarkan integriti beliau mula terselah selepas beliau  dilantik sebagai pegawai siasatan, Cawangan Tatatertib, ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR), Kuala Lumpur. Beliau juga pernah bertugas sebagai Ketua Cawangan di BPR Cawangan Sibu.

KS juga difahamkan beliau telah dilantik menjadi timbalan ketua pengarah (Operasi) BPR pada 1 Jun 2007. Kemudian dilantik sebagai pengarah perancangan dan koordinasi dasar, Ibu Pejabat BPR.

Si Polan ini juga dengarnya pernah menjadi pengarah BPR Perak dan Pulau Pinang, Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan kerana sikap integriti serta akauntabilitinya, beliau dipinjamkan sebagai ketua pegawai integriti, Amanah Raya Berhad.

Abu Kassim

Abu Kassim

Pada 4 November 2009 , Ketua Setiausaha Negara pada ketika itu, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan supaya beliau dilantik sebagai ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan. Perlantikan itu berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].

Pada tahun 2015, ketokohan beliau terbukti dengan sumbangan beliau dalam bidang pencegahan rasuah khususnya dalam aspek pembaharuan perundangan dan penambahbaikan yang dilakukan. Kejayaaan beliau membentuk plan transformasi SPRM juga membuahkan hasil positif terutama pengukuhan strategi operasi, pengurusan modal insan dan pencegahan rasuah secara agresif di bawah langkah pembaharuan berjaya mengukuhkan kapasiti pencegahan rasuah dan melonjakkan lagi impaknya.02

Beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang sempena Istiadat Konvokesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ke-82. Ijazah Doktor Kehormat tersebut merupakan anugerah kepada seorang tokoh Bumiputera yang strategis dan berintegriti tinggi dalam menerajui organisasi SPRM. Anugerah itu membolehkan beliau muncul ketua agensi pencegahan rasuah pertama menerima pengiktirafan itu.

Ketokohan beliau semakin terselah selepas Panel International Review Panel (IRP) Daniel Li Ming Chak, bekas Timbalan Pesuruhjaya Akademi Pencegahan Rasuah Antarabaangsa Hong Kong (IACA), menyatakan SPRM mencatat penambahbaikan dari segi sikap terhadap penyiasatan, pencegahan dan mendidik orang ramai mengenai rasuah selepas dibawah kepimpinan beliau.

Hebat sekali beliau…Itulah Tan Sri Abu Kassim Mohamed, insan yang akauntabilitinya tinggi sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

SPRM telah melakar pelbagai kejayaan yang signifikan. Kejayaan tidak datang dengan mudah. Pada masa sama, kita tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian SPRM.

KS sangat optimis inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan menerusi program transformasi operasi, modal insan dan pencegahan akan membuahkan lebih banyak impak positif dalam organisasi SPRM.

03

Ingatlah, Rakyat meletakkan harapan yang semakin meningkat ke atas SPRM. Jadi wajarlah SPRM akan mengambil pendekatan-pendekatan baharu dan memperkenalkan strategi-strategi berinovatif serta bersatupadu bagi memerangi rasuah habis-habisan.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , ,

  1. No comments yet.
(will not be published)