CAKAP MEMANG SENANG – Isu Ikan Bilis Ikan Jerung – Komen Tan Sri Datuk Seri Megat Najmuddin


Temubual bersama Tan Sri Dato Megat Najmuddin Bin Datuk Seri Megat Khas

Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM (LPPR)

8 September 2014 di Akademi Pencegahan Rasuah (MACA)

Itu cakap senang, ikan bilis, jerung, itu semua cakap dan omong-omong kosong pada saya lah. Meraka tahu tidak siapa jerung? Siapa yang dikatakan jerung itu, orang politik ke, pegawai tinggi kerajaan ke, siapa? Jadi adakah ini bermakna lepaskan ikan bilis dan tangkapkan saja yang kita tumpukan masa kita kepada jerung sahaja. Tak betul juga kan? Sama ada RM 50.00 atau RM 500,000 atau RM 5, 000,000, undang-undang itu telahpun dilanggar.

Tan Sri Datuk Seri Megat Najmuddin menjawab kepada pertanyaan wartawan mengenai kes ikan bilis dan ikan jerun g SPRM

Tan Sri Datuk Seri Megat Najmuddin menjawab kepada pertanyaan wartawan mengenai kes ikan bilis dan ikan jerung SPRM

Dan sebagai suatu bahan anti rasuah, kita harus melaksanakan tugas kita apabila undang-undang itu dilanggar sama ada kecil, pertengahan, besar atau “super” besar, tetapi yang penting ialah bukti, yang penting ialah saksi, mana nak cari. Kalau jerung dia lebih pandai kan, dia ada “lawyer” terpandai, akauntan yang terpandai, “adviser” atau penasihat yang terpandai mungkin “international” yang bertaraf antarabangsa, kita tak ada.

Kita tiada “expertice”  dalam perkara ini apabila kita terpaksa pergi keluar negeri. Kalu saya jerung saya akan ambil duit saya di luar negeri , “ I wouldn’t doing it here”  dan tak akan saya nak buat dan ambil duit itu depan orang ramai, kita akan selindung kekuatan saya. Apabila jerung dia lebih cerdik, itulah masalah dia.

Kita memerlukan kerjasama,laporan, bukti, saksi daripada orang ramai yang tahu dalam perkara ini. Cakap memang senang, “talk cheap” maaflah saya rasa emosi sedikit kerana benda ini tak betul, senang nak cakap lah, saya pun boleh cakap macam itu, budak kecil pun boleh cakap macam itu. Tapi kita lihat dari segi hakikatnya, realitinya “behind this is not easy” bukan benda mudah, cakap senang.

Tonton Video Beliau di http://youtu.be/Wfinw5ZyP_o Cakap memang senang – Isu ikan bilis ikan jerung – komen Tokoh Korporat Negara

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , ,

  1. No comments yet.
(will not be published)