Wakil UNODC Puji Inisiatif SPRM


NAY PYI TAW, Myanmar – Kerajaan Myanmar telah memuji langkah yang diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kerajaan Malaysia dalam usaha pencegahan rasuah serta penglibatan dalam inisiatif penubuhan Pasukan ‘Task Force United Nations Covention against Corruption’ (UNCAC) sehingga berjaya menyelesaikan proses penilaian dalam tempoh setahun.

SPRM diberikan pengiktirafan semasa 'National Seminar on Implementation of UNCAC' di Myanmar pada 20 dan 21 Januari 2014 anjuran Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) dan Pejabat Pendakwa Raya Myanmar.

SPRM diberikan pengiktirafan semasa ‘National Seminar on Implementation of UNCAC’ di Myanmar pada 20 dan 21 Januari 2014 anjuran Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) dan Pejabat Pendakwa Raya Myanmar.

Banyak soalan telah ditujukan kepada wakil-wakil Malaysia sepanjang seminar dua hari itu berlangsung bagi mendapatkan penjelasan mengenai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Malaysia.

Dalam pembentangannya, Pesuruhjaya Komisi Anti-Rasuah Bhutan En. Kezang Jamtsho memuji usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia dan SPRM dalam membanteras rasuah serta bantuan pembangunan kapasiti yang disediakan oleh pihak Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).

Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk membantu Myanmar dalam memberikan penerangan lanjut mengenai peruntukan UNCAC khususnya Artikel 5 dan 6 UNCAC serta peranan yang boleh dimainkan oleh kumpulan sivil dan sektor swasta berdasarkan Artikel 12 dan 13 UNCAC.

Selain itu, seminar ini bertujuan untuk membantu Myanmar mengatur strategi membanteras rasuah dan memastikan Myanmar mematuhi semua peruntukkan dalam UNCAC.

Peserta juga diberikan penerangan mengenai penyediaan untuk menghadapi proses penilaian Bab III dan IV UNCAC oleh Myanmar pada pusingan ini.

SPRM diwakili oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat Tuan Hj. Nor Azmi Karim dan Ketua Cawangan Perhubungan Antarabangsa SPRM Tuan Karunanithy a/l Y. Subbiah.

Semasa seminar itu, Nor Azmi telah membentangkan kertas kerja bertajuk ‘UNCAC Institutional Requirements’ berdasarkan kehendak Artikel 6 dan 36 dengan menerangkan bagaimana SPRM telah melakukan transformasi dari BPR kepada SPRM yang jelas telah mematuhi keperluan Artikel-artikel tersebut.

Di samping itu, Nor Azmi telah dijemput untuk menjadi pemudahcara bagi Sesi Ke-4 Seminar tersebut yang melibatkan peranan sektor swasta dan kumpulan sivil dalam membanteras rasuah.

Manakala, Tuan Karunanithy telah membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Review of Implementation of UNCAC: Malaysia’s Experiences on the Review Process’.

Beliau telah menerangkan pengalaman SPRM selaku ‘focal point’ dalam membuat persediaan untuk menghadapi proses penilaian sehingga dapat melengkapkan proses penilaian dalam tempoh masa setahun.

Beliau turut memaklumkan 23 amalan baik yang telah dikenal pasti oleh pihak penilai yang wajar dicontohi negara-negara lain.

Seminar ini turut disertai oleh wakil PEMANDU, Lokman Yahya, yang telah membentangkan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 serta usaha-usaha NKRA Memerangi Rasuah.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , ,

  1. No comments yet.
(will not be published)