Jauhi rasuah, sayangkan kerjaya


NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
7 Januari 2014

 Itu peringatan Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Hairuddin Omar, menjelang saingan liga Malaysia 2014 yang akan membuka tirai pada 17 Januari ini.

Hairuddin atau lebih dikenali sebagai Hai 0 berkata, beliau berharap saingan musim ini tidak lagi dicemari insiden rasuah sebaliknya berusaha sedaya upaya memelihara nama baik dan imej pasukan serta menjadi contoh kepada pasukan lain dengan menunjukkan nilai moral yang tinggi.

 

Jauhi rasuah, sayangkan kerjaya Itu peringatan Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Hairuddin Omar, menjelang saingan liga Malaysia 2014 yang akan membuka tirai pada 17 Januari ini.

Jauhi rasuah, sayangkan kerjaya
Itu peringatan Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Hairuddin Omar, menjelang saingan liga Malaysia 2014 yang akan membuka tirai pada 17 Januari ini.

“Gejala negatif mestilah dihindari kerana ini akan meranapkan impian pasukan, memusnahkan masa depan pemain dan menjejaskan nama baik sendiri.

“Jadi, buatlah pilihan yang tepat, jangan pandang duit saja. Kita harus ingat jangan kerana duit kita akan hilang semuanya. Jangan biarkan kerjaya kita sebagai pemain bola sepak hilang seumur hidup kerana rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gejala rasuah dalam kalangan pemain musim lepas.

Malah yang paling menyedihkan apabila terdapat beberapa pemain yang terlibat dengan rasuah telah digantung seumur hidup oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bermula dengan penggantungan beberapa pengadil perlawanan, diikuti penggantungan seumur hidup dan didenda beberapa pemain dan jurulatih Kuala Lumpur oleh FAM setelah didakwa mengatur perlawanan, Ketua jurulatih Kuala Lumpur, Stanislav Lieskovsky; penolong pengurus Rosli Omar; pegawai pasukan Saari Jani.

Lima pemain iaitu Jeremy Danker, Khairul Anuar, Hafizi Roslee, Fadhlullah Yunsifar serta Phoo Kai Lun masing-masing digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak seumur hidup dan didenda RM20,000 setiap seorang kerana kesalahan menerima rasuah dan mengatur perlawanan.

Menurut Hai 0, tindakan oleh FAM itu wajar dan seharusnya dipuji kerana ia bukan sahaja memberi pengajaran kepada pemain sebaliknya membuktikan badan induk bola sepak itu serius untuk menangani gelaja rasuah.

Kapten Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu meluahkan kesediaan bekerjasama dengan FAM mengekang gejala rasuah.

“Di saat kemeriahan bola sepak, tiba-tiba muncul kes rasuah yang akan merosakkan imej bola sepak negara. Demi memastikan bola sepak negara bersih dari rasuah, kami sanggup bekerjasama dengan FAM,” katanya.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , ,

  1. No comments yet.
(will not be published)