Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah pertahan SPRM


KUALA LUMPUR 6 Jan. – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta lebih bertanggungjawab dan memeriksa fakta terlebih dahulu sebelum menuduh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengambil tindakan berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR),

Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR),

Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, kenyataan Guan Eng disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan cuba mengheret SPRM ke dalam isu politik.

“Sewajarnya Guan Eng merujuk kepada Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw berhubung tindakan yang telah diambil SPRM ke atas isu-isu berkaitan Laporan Audit Negara kerana beliau yang juga ahli JKMR telah dilantik untuk mewakili DAP.

“Sekiranya Guan Eng seorang pemimpin yang berprinsip, beliau sepatutnya meminta pandangan dan penjelasan Seng Giaw sebelum membuat sebarang kenyataan yang tidak benar dan tidak berasas,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan SPRM membidas kenyataan Guan Eng yang mendakwa suruhanjaya itu tidak mengambil tindakan berhubung Laporan Audit Negara.

SPRM yang menyifatkan dakwaan itu tidak benar dan tidak berasas sama sekali, telah membuat satu kenyataan semalam, meminta Guan Eng meneliti laporan tahunan suruhanjaya itu serta JKMR yang dikeluarkan sebelum ini.

Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor menyelar tindakan Guan Eng yang cuba mengheret SPRM dalam isu peribadinya dan meminta beliau berhenti menuding jari kepada pihak lain untuk mengalihkan isu.

Menurutnya, bukan semua tindakan yang diambil SPRM boleh didedahkan untuk pengetahuan umum kerana boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.

Katanya, JKMR sentiasa memeriksa laporan tahunan SPRM selain mendapatkan penjelasan daripada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah supaya setiap laporan yang diterima berakhir dengan tindakan.

Sementara itu, Seng Giaw berkata, SPRM sudah menjalankan siasatan terhadap kes-kes berprofil tinggi seperti yang terdapat dalam Laporan Audit Negara.

“Misalnya, dalam kes Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), SPRM sudah membawa pihak terlibat ke muka pengadilan. Manakala, kes melibatkan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pula tidak berjaya kerana kekurangan bukti yang kukuh.

“Selain itu, sudah ada beberapa jabatan dan kementerian yang telah dipanggil SPRM untuk disiasat berhubung Laporan Audit Negara,” katanya.

Menurutnya, sudah menjadi lumrah, orang ramai tertarik dengan kes-kes berprofil tinggi sahaja.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140107/dn_16/Ahli-Jawatankuasa-Khas-Mengenai-Rasuah-pertahan-SPRM#ixzz2pjqOgSNm

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , ,

  1. No comments yet.
(will not be published)