Ikrar Integriti Bukti PKNNS Komited Sokong Usaha Cegah Rasuah.


SEREMBAN –  Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan ( PKNNS)  hari ini menandatangi Ikrar Integriti Korporat bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membuktikan agensi itu komited dalam menyokong usaha kerajaan membasmi rasuah.

 

Menteri Besarnya, Dato’ Seri Utama Mohamad Hassan berkata usaha menandatangani ikrar itu dianggap sebagai satu langkah yang tepat memandangkan PKNNS adalah sebuah agensi yang menjalankan perniagaan.

Katanya ikrar integriti tersebut perlu ada bagi mengelak kakitangan agensi dan anak syarikat terjebak dengan rasuah.

“PKNNS adalah yang  pertama di Negeri Sembilan   mengambil inisiatif ini dalam usaha memperkukuhkan agensi dan anak-anak syarikat untuk memastikan usaha membenteras rasuah dikalangan agensi kerajaan disini dapat dilaksanakan.

“Ini adalah satu perkara yang boleh disebarluas dan patut diikuti oleh agensi kerajaan lain yang menjalankan perniagaan dan dijadikan sebagai satu budaya dalam urusan perniagaan yg dijalankan,” katanya.

Pada majlis tersebut Mohamad turut menjadi saksi bagi Ikrar Integriti Korporat yang ditandatangi antara Ketua Pegawai Eksekutif PKNNS, Dato’ Mohd Yusof Yunus dengan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Dato’ Sutinah Sutan di Royale Bintang, Seremban.

Mohamad pada masa sama turut menyatakan bahawa pihaknya akan mendapatkan khidmat nasihat SPRM dari masa ke semasa.

“Kita akan buat langkah susulan dari segi khidmat nasihat kawalan dalaman daripada SPRM dan jika perlu kita akan ambil kakitangan untuk pastikan kawalan dalaman yang kukuh dan lengkap,” katanya ketika sidang media disini semalam.

TAMAT.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , ,

  1. No comments yet.
(will not be published)