SIASATAN SPRM BEBAS DARIPADA CAMPURTANGAN MANA-MANA PIHAK


KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) — Semua penyiasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah bebas daripada campur tangan mana-mana pihak, kata Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM Tan Sri Dr Hadenan Abdul Abdul Jalil.

Sehubungan itu, beliau bekata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pun tidak boleh campur tangan dalam urusan siasatan SPRM memandangkan semua hasil siasatan oleh SPRM akan dibentang kepada PPO untuk pandangan ahli-ahli panel.

“Hubungan SPRM dengan Menteri adalah beliau hanya bertanggungjawab untuk menjawab soalan berkaitan isu rasuah atau mengenai SPRM yang dikemukakan di Parlimen berdasarkan maklumat oleh SPRM,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau menjelaskan PPO adalah satu daripada lima panel bebas yang ditubuh oleh SPRM tiga tahun lepas ekoran banyak tohmahan dan tuduhan ketika itu kononnya agensi itu tidak mempunyai kebebasan dan banyak kes ditutup sewenang-wenangnya.

Dr Hadenan berkata PPO yang dianggotai oleh kalangan profesional yang mempunyai integriti berkuasa untuk memberi keputusan muktamad sama ada sesuatu kes itu boleh ditutup atau tidak.

“Kami tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Saya selalu menyatakan bahawa panel ini bebas.

“Selama tiga tahun ini, kami telah membuat keputusan adakalanya tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh SPRM dan juga Peguam Negara untuk kita menutup sesuatu kes. Tidak ada orang yang mengarahkan sama ada ia seorang menteri atau perdana menteri supaya pihak panel dalam menentukan sama ada kes itu hendak ditutup ataupun tidak,” katanya.

Beliau berkata hakikatnya ialah sejak tiga tahun beroperasi, PPO tidak pernah menghadapi isu campur tangan daripada pihak luar.

Dr Hadenan berkata menangani pencegahan rasuah di Malaysia banyak melibatkan pembetulan persepsi campur tangan pihak luar.

“Jadi saya berharaplah pada mereka yang mempunyai persepsi salah mengenai peranan ini, saya memperbetulkan bahawa kami bebas,” katanya.

Merujuk kepada kecenderungan pihak pembangkang untuk mempolitikkan isu rasuah, beliau menggesa semua pihak supaya menghentikan perbuatan itu memandangkan usaha pencegahan rasuah bukan sahaja menghendaki kerja kuat oleh SPRM tetapi komitmen daripada semua pihak rakyat, ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan.

“Suatu pihak sahaja tidak boleh dipertanggungjawab sepenuhnya dalam pencegahan rasuah.

“Ahli politik mempunyai peranan untuk dimainkan, begitu juga rakyat.

“Kalau kita hendak mengatasi isu-isu berkaitan rasuah…kalaulah semua orang berpandangan lurus, tidak mempunyai niat-niat terselindung dan tidak mempunyai tanggapan yang salah, saya rasa SPRM lebih mudah menjalankan kerjanya,” katanya.

— BERNAMA

MACC Investigations Free Of Interference – PPO

KUALA LUMPUR, Nov 9 (Bernama) — All investigations by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) are free of interference, said its Operation Evaluation Panel (PPO) chairman Tan Sri Dr Hadenan Abdul Abdul Jalil.

He said even Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Abdul Aziz could not interfere in investigations by the MACC as the results were submitted to the PPO for its views.

“The minister only answers questions on corruption or MACC submitted in parliament based on information furnished by MACC,” he told Bernama today.

He said the PPO was one of five independent panels set up by MACC three years ago after allegations were hurled that the MACC was not independent and cases were arbitarily closed.

The PPO, which comprises professionals with integrity, was empowered to decide whether a case could be closed or otherwise, he said.

— BERNAMA
www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , ,

  1. #1 by sindoweekly-magz.com on May 10, 2013 - 6:21 pm

    Great web site. A lot of helpful information here. I am sending it to a few friends ans also sharing in delicious. And naturally, thank you to your sweat!

(will not be published)