PENYERAHAN LAPORAN TAHUNAN SPRM 2011 DI PARLIMEN


KUALA LUMPUR –  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan Laporan Tahunan SPRM 2011 kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) di Parlimen hari ini.

Penyerahan ini selaras dengan Seksyen 14 Akta Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009  di mana Jawatankuasa Khas perlu memeriksa laporan tahunan Suruhanjaya dan ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah.

Sepertimana yang termaktub dalam  Akta SPRM 2009, Jawatankuasa  ini hendaklah menyediakan dan mengemukakan laporan mengenai penunaian fungsinya kepada Perdana Menteri yang hendaklah membentangkan satu salinan laporan itu di Parlimen.

Hadir  menerima Laporan Tahunan 2011 SPRM  adalah Pengerusi JKMR Dato’ Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad  Dr Tan Seng Giaw, Dato Hj. Abdul Rahman Dahlan, Dato’ Hj. Ismail bin Hj. Abd Mutalib, dan Yusmadi Yusof

(TAMAT)

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , , , , ,

  1. #1 by tebing tinggi on June 30, 2012 - 10:28 pm

    Sebagai rakyat biasa tidak nampak banyak perubahan dari segi tindakan walaupon sudah disurohanjayakan.

(will not be published)