Panel Cadang Konsep Jabatan Angkat Pada SPRM


Oleh : Ps Yip Ai Tsin dan PPs Maizatul

KUALA LUMPUR – Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (PPPR) akan mencadangkan supaya diwujudkan konsep

”Jabatan Angkat SPRM” dalam usaha mendekati dan membantu agensi yang mempunyai masalah berkaitan prosedur.

Pengerusi PPPR, Datuk Johan Jaafar berkata, bagi melaksanakan tujuan itu PPPR bercadang untuk mengadakan beberapa sesi dialog dengan agensi atau jabatan kerajaan untuk mendapatkan maklumat secara komprehensif tentang realiti yang dihadapi pihak tersebut.

Katanya, PPPR mahu berlaku adil  pada agensi dan jabatan kerajaan supaya perspektif mereka turut di ambil kira dalam melihat isu membabitkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa ini.

” Kita rasakan bahawa Untuk menangani korupsi, kita harus pastikan semua tindakan dan  semua operasi yang dijalankan itu bukan sahaja pada peringkat pendakwaan tetapi juga pada peringkat kesedaran  perlu dipastikan berjalan pd semua peringkat.”

”Kita putuskan utk cadangkan kepada SPRM supaya mengambil mana-mana agensi yang dilihat bermasalah sebagai ‘jabatan angkat” dan ini tidak semestinya jabatan kerajaan,  mungkin bahagian tertentu atau unit tertentu dalam organisasi.”

Turut dibincangkan dalam mesyuarat bulanan PPPR kali kelima itu ialah masalah berkaitan amalan rasuah oleh kakitangan barisan hadapan (Frontline Corruption Practices) yang diutarakan oleh ahli panel, Syed Akhbar Ali.

Johan memaklumkan bahawa pemantauan kemungkinan wujudnya  amalan rasuah pada kakitangan barisan hadapan adalah perlu bagi melihat gambaran di peringkat masyarakat.

”Ia bertujuan untuk  melihat gambaran dan pandangan menyeluruh mengenai rasuah yang kita lihat berlaku diperingkat bawahan yang mebabitkan peniaga kecil, penjual dan sebagainya kerana golongan ini yang berhadapan dengan masalah salahlaku dan  salah guna kuasa pada peringkat pegawai yang babitkan agensi-agensi atau pihak berkuasa tempatan.

”Walaupun ia dilihat sbg perkara kecil ,tetapi apabila berlaku dlm jangka masa panjang, ianya menjejaskan kerajaan.Lebih penting lagi ia  melibatkan rakyat jelata.

” Jadi PPPPR beranggapan bahawa isu rasuah ini harus dilihat  sama rata walaupun babitkan peniaga kecil /kumpulan kecil mahupun peringkat tinggi iaitu pada tahap pimpinan politik,” katanya.

PPPR  dianggotai  oleh Dato’ Sri Azman Ujang, Prof Dr Engr Chin Yew Sin, Datuk Prof Dr Ishak Tambi Kechik,   Prof Emeritus Dato’ Dr. Abdul Rahman Hj. Embong, Datuk David Chua, dan Dr.Zainal Abidin Abdul Majid.

Mesyuarat yang dihadiri Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri Abu Kassim Mohammed itu diadakan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA)

Johan turut menyatakan bahawa konsep ini juga relevan untuk digunapakai dalam memberikan maklumat sebenar kepada parti politik dengan mengambil contoh isu dana yang disalurkan pada parti-parti politik.

Katanya maklumat sebenar harus diberikan kepada parti politik bahawa bukan sokongan kewangan kepada parti yang ditentang tetapi kaedah atau cara yang perlu dipantau supaya transparents dan tidak disalahgunakan.

”Ini adalah sesuatu yang merugikan parti politik sendiri kalau peruntukan atau sumbangan kepada parti politik itu yang bernilai tidak sampai.

“ Untuk tujuan ini parti tidak perlu khuatir kalau prosedurnya betul dan tindakan yang kita akan cadangkan ini adalah supaya parti politik itu akan dapat manfaat dan orang yang mengamalkan slhguna kuasa dan kedudukan serta menyeleweng sumbangan itu akan terima kesan, bukan parti itu ,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , , , , ,

  1. No comments yet.
(will not be published)