CUEPACS Memperjelaskan Yang SEBENAR..


Cuepacs: 41 peratus penjawat awam terlibat rasuah tahun lepas

TEMERLOH, 2 Jun — Seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah sepanjang tahun lalu, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.

Beliau berkata jumlah tersebut adalah membimbangkan dan harus ditangani segera.

Bagi menangani masalah tersebut, Cuepacs akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mereka yang terbabit dengan aktiviti rasuah diambil tindakan dan diheret kemuka pengadilan, katanya.

“Kita mahu memerangi rasuah di kalangan penjawat awam dan juga  membuat laporan kepada SPRM terhadap pihak yang cuba menyogokkan rasuah  kepada penjawat awam.

“Cuepacs tidak akan berkrompomi atau bertolak ansur dengan  melindungai mana-mana penjawat awam dengan gejala ini  yang boleh menjejaskan pembangunan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung kali ke-8 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Jabatan Kerja Raya dan Air Cawangan Temerloh, di sini hari ini.

Omar berkata selain rasuah, Cuepacs juga tidak akan melindungi penjawat awam yang terbabit dalam masalah disiplin termasuk cubaan memalsukan sijil cuti sakit dan ponteng kerja.

Beliau mengulangi kenyataannya bahawa dianggarkan antara 1,000 hingga 2,000 penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit atau mengubah jumlah asal cuti sakit yang diberikan oleh doktor.

“Mereka mendapatkan sijil cuti sakit palsu daripada klinik yang bukan panel dan ada sesetengahnya klinik berkenaan tidak wujud pun.

“Ada sesetengahnya pula mengubah jumlah cuti sakit yang ditulis oleh doctor misalnya 1 hari kepada 11 hari,” kata Omar. — ihsan Bernama

PEMBETULAN KENYATAAN AKHBAR MENGENAI 41% PENJAWAT AWAM TERLIBAT RASUAH

Sumber : Media Cuepacs

3 Julai 2010

Merujuk pada kenyataan akhbar Bernama pada 2 jun 2010 yang telah diadakan sidang media di Majlis taklimat kepada Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja JKR & Air Semenanjung Malaysia cawangan Temerloh Pahang ingin membetulkan kenyataan tersebut. Penjawat Awam bukan 41% penjawat awam terbabit dengan Rasuah. Berikut ini maklumat yang di terima oleh Tuan Hj Omar Osman Presiden Cuepacs dari SPRM

1 . Tahun 2007 tangkapan SPRM keseluruhan berjumlah 591 orang. Penjawat awam yang terlibat 303 (51%)

2. Tahun 2008 tangkapan SPRM keseluruhan berjumlah 605 orang. Penjawat awam yang terlibat 265 (47%)

3. Tahun 2009 tangkapan SPRM keseluruhan berjumlah 500 orang. Penjawat awam yang terlibat 194 (39%)

Mengikut maklumat yang diterima dari SPRM menunjukan penurunan penjawat awam yang terlibat dengan rasuah. Ini menunjukan kesedaran dari kempen- kempen yang telah dijalankan. Menampakan peratus intgriti penjawat awam bertambah baik.

Click to Download

www.pdf24.org    Send article as PDF   

  1. No comments yet.
(will not be published)