KEBANGKITAN SEMANGAT ANTI-RASUAH


Masyarakat dilihat semakin sedar dan sensitif terhadap usaha-usaha yang dijalankan oleh SPRM dalam memerangi rasuah. Walaupun kejadian yang menimpa pegawai kastam dianggap sebagai sejarah hitam kedua buat SPRM, namun di sebalik kejadian ini ada hikmah besar yang terselindung.

SPRM dilihat tidak lagi bersendirian dalam mengharungi detik hitam ini. Kalau dahulunya, sewaktu berhadapan dengan tragedi TBH, SPRM dilihat berseorangan dihentam pelbagai pihak dari segenap penjuru. Kini, telah wujud suatu gerakan atas nama suara rakyat yang bernaung di bawah pelbagai NGO datang ke pejabat SPRM menyatakan sokongan padu mereka kepada SPRM.

“SPRM wajar teruskan siasatan rasuah”, “Siasat hingga ke akar umbi”, “Selamatkan Wang Rakyat”, “Kami Benci Rasuah”, “Hidup SPRM”, “Abu Kassim teruskan perjuangan mu” adalah antara slogan yang dilaung-laungkan ahli-ahli NGO yang datang memberikan sokongan di pejabat-pejabat SPRM di seluruh negara.

Memorandum demi memorandum dikemukakan kepada SPRM sebagai tanda sokongan. Antaranya termasuk:

  • Menggesa SPRM meneruskan siasatan kes 3B walaupun terdapat pelbagai halangan;
  • SPRM tidak tunduk kepada tekanan mana-mana pihak;
  • Menjalankan penyiasatan secara tegas dan profesional;
  • Menggesa parti-parti politik untuk tidak mempolitikkan isu rasuah;
  • Menggesa mana-mana pihak untuk tidak menyalahgunakan SPRM untuk kepentingan politik mereka;
  • Menggesa Kerajaan memberikan peruntukan yang lebih untuk memperkasakan SPRM.
  • Desakan, halangan dan tohmahan yang dilemparkan oleh segelintir pihak terhadap SPRM merupakan suatu usaha untuk menutup dan mengalihkan pandangan masyarakat terhadap isu penyelewengan dan rasuah yang berlaku;
  • Penyelewengan dan rasuah yang berlaku dalam kes ini memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia baik dari segi ekonomi, sosial mahupun politik:

Seluruh Warga SPRM seolah-olah diberikan kekuatan untuk terus berdiri kukuh memerangi jenayah rasuah ini. Sebenarnya, untuk berjaya memerangi rasuah, kita harus mencontohi kejayaan memerangi komunisme di negara ini. Malaysia benar-benar bebas daripada ancaman komunis baik dari segi ketenteraan mahupun ideologinya. Apakah yang membuatkan negara kita berjaya menghapuskan komunisme ini? Kita berjaya bukan kerana kita berjaya menewaskan musuh dengan membunuh kesemua anggotanya, akan tetapi segenap lapisan masyarakat bangkit menentang kekejaman komunis.

Segenap lapisan masyarakat termasuk pimpinan politik, daerah, kampung malahan ibu bapa memainkan peranan masing-masing untuk menanamkan semangat kebencian terhadap fahaman komunisme ini. Kerajaan, ahli-ahli politik, guru-guru, tokoh-tokoh agama, pemimpin masyarakat, pegawai-pegawai Kerajaan memainkan peranan masing-masing untuk menyedarkan keburukan komunisme terhadap bangsa, agama mahupun negara.

Kenapa kita jadikan usaha segenap lapisan masyarakat dengan kesepaduan dan kejituan semangat seumpama ini untuk memerangi rasuah? Tidak mustahil suatu hari nanti, jika gerakan yang dibangkitkan oleh masyarakat pada hari ini dapat diperkembangkan dan dijelmakan dalam bentuk tindakan mampu menghapuskan rasuah di muka bumi Malaysia tercinta.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , , , , , ,

  1. #1 by fatimah on April 19, 2011 - 11:04 am

    Harap SPRM terus tegas dan tak ragu2 ambil sebarang tindakan pada perasuah ni. Lagi SPRM tegas lagi berjaya tarik minta masyaraat bersama-sama SPRM….jangan pandang belakang…jangan kompromi dengan perasuah….teruskan….tunjukkan taring anda

  2. #2 by macai on April 20, 2011 - 12:17 pm

    Tahniah SPRM, berjuanglah hingga akhir hayat untuk hapuskan jenayah rasuah. Mereka yg terlibat tidak memikirkanmasa depan negara. Kami rakyat sentiasa menyokong anda dan jangan takut dengan ugutan yang umpama singa yg mengaum tiada giginya lagi. Hidup SPRM.

(will not be published)