Nota Bertulis Pengawal Keselamatan Jadi Isu dalam Prosiding Hari ini


KUALA LUMPUR – Prosiding Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini dikejutkan dengan penemuan satu nota bertulis komputer dalam diari yang dipegang oleh saksi Pengawal Keselamatan di SPRM Selangor, Khairudin Denan sepanjang inkuiri hari ini.


Nota yg bertulis ‘ saya nampak dia macam baik….’, ‘yang arif tanya soalan yang bukan tugas saya sbg pengawal keselamatan…’ ditemui dalam diari bewarna merah hati apabila wakil Majlis Peguam, Cheow Wee bertanya mengenai diari tersebut.
“Apa yg ada dlm diari itu?” tanya Cheow Wee apabila lihat Khairudin sentiasa memerhatikan sesuatu pd diari yg dibawanya.
Suruhanjaya terkejut apabila nota skrip jawapan  bertaip tersebut dikeluarkan oleh Cheow Wee selepas menyelak diari tersebut di hadapan mahkamah.
Khairudin yang pada mulanya menyatakan tidak begitu arif menggunakan komputer, bagaimanapun mengaku dia yang menaip skrip jawapan tersebut.
Cheow Wee: Tadi kamu kata tak begitu pandai gunakan komputer?
Panel: Kamu yang taip sendiri ke?
Khairudin : ya saya. (Mengangguk)
Panel : Tak akan kamu taip tapi tulis nama kamu sendiri? (Merujuk kpd ayat dlm nota “Khairudin jawab….”

Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri James Foong  mengarahkan supaya salinan dibuat bagi rujukan Suruhanjaya bagaimanapun tidak dikemukakan sebagai bahan bukti.
Khairudin yang telah berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di SPRM Selangor sejak 2005 adalah saksi yang mendakwa terlihat kelibat seorang lelaki Cina pada malam tersebut tetapi tidak mengetahui kelibat tersebut adalah Teoh Beng Hock,saksi SPRM.
Dia pada awalnya telah berkali-kali diingatkan oleh Panel Suruhanjaya supaya bercakap benar apabila dia dilihat seolah ketakutan dan menggeletar ketika beri keterangan.
Panel juga bertanya sekiranya Khairudin diajar untuk beri keterangan dan takut sekiranya salah dia akan dipecat.
Khairudin mengaku dia takut kerana ditanya perkara yang diluar tugasnya dan dia sendiri tidak pasti soalan-soalan yang dikemukakan.

Inkuiri bersambung pada hari Isnin jam 9 pagi. Maklumat lanjut prosiding ini boleh diikuti di twitter SPRMMalaysia.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , ,

  1. No comments yet.
(will not be published)