RCI : Tandatangan disahkan pakar oleh individu yang sama


KUALA LUMPUR –  Tandatangan pada ‘nota bunuh diri’  dalam beg milik mendiang Teoh Beng Hock dengan tulisan pada dokumen bertulisan tangan adalah tulisan individu yang sama. Ini disahkan oleh Pemeriksa Dokumen, Jabatan Kimia, Wong Kong Yong berdasarkan dokumen  yang dikemukakan kepadanya.

Pemeriksaan kedua-dua  dokumen itu dibuat selepas penyiasat bebas yang dilantik oleh Suruhanjaya  Diraja, Michael Leslie Squires menyerahkan dokumen tulisan tangan Teoh yang diambil dari pejabat Exco Kerajaan Negeri Selangor, Mac lalu untuk dibuat perbandingan.

“Perbandingan tulisan Cina dibuat dengan menggunakan lima sample karakter  tulisan yang terdapat pada kedua dokumen berkenaan dimana terdapat persamaan yang ditemui pada bahan bukti tersebut.

“Metadologi dan instrument yang sama turut digunakan bagi memeriksa tulisan tangan dalam Bahasa Melayu dan permeriksaan yang dilakukan turut memperlihatkan tiada tampalan atau pertindihan yang dibuat pada dokumen tersebut,” katanya ketika menjawab soalan yang ditanya oleh Peguam BAR Council, Christopher  Leong.

Wong menolak cadangan yang dibuat oleh  Leong bahawa tandatangan Teoh pada salinan kenyataan SPRM menunjukkan terdapat pergerakan pen di mana garisan akhirnya tidak bersambung.

“Ada kemungkinan berlakunya pergerakan pen dimana ia tidak menyentuh kertas,  dan biasanya terdapat pelbagai bentuk tandatangan disebabkan oleh seni kaligrafi seseorang inidividu itu.

“Seseorang individu tidak  boleh menghasilkan bentuk tandatangan yang sama setiap masa kerana faktor dakwat, getaran dan penekanan,”katanya.

Pada masa sama  Wong bersetuju dengan beberapa cadangan yang dikemukakan Leong bahawa tulisan tangan yang terdapat pada buku nota , adalah celaru, ditulis dengan cepat dan ringkas dan tulisan Cina pada nota bunuh diri adalah lebih formal dan lengkap garisannya.

Keterangan Wong bagaimanapun akan disambung kemudian.

Maklumat lanjut perkembangan RCI juga boleh diikuti setiap hari melalui twitter rasmi SPRM di SPRMMalaysia dan ia juga dipaparkan di laman web rasmi SPRM di www.sprm.gov.my.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , ,

  1. No comments yet.
(will not be published)