PEGAWAI PERUBATAN DITANGKAP KERANA TERIMA RASUAH


Seorang Pegawai Perubatan berumur 49 tahun yang berkhidmat di Hospital Selayang telah ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 2 Jun 2010 jam 5.55 petang kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM10,000.00.

Pegawai tersebut ditangkap kerana menerima rasuah dengan membuat pembelian terus peralatan ortopedik yang berjumlah RM59,025.00 pada bulan Disember 2005 daripada sebuah syarikat yang membekalkan alatan perubatan.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 11(a) Akta Pecegahan Rasuah 1997 dan boleh dijatuhkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih daripada 20 tahun, dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, atau sepuluh ribu ringgit mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Beliau kini dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Click to download

www.pdf24.org    Send article as PDF   

  1. No comments yet.
(will not be published)