Perutusan Ketua Pesuruhjaya SPRM Sempena Tahun 2011


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 kepada seluruh Warga SPRM di serata tanahair.

Saya amat bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana telah memberikan kekuatan dan semangat perjuangan yang tinggi kepada kita untuk mengharungi segala cabaran dan dugaan sepanjang tahun 2010 yang lalu.

Bagi tahun 2011 ini, kita akan meneruskan kelangsungan usaha untuk meningkatkan keyakinan dan mengubah persepsi masyarakat dalam dan antarabangsa terhadap usaha pencegahan rasuah berlandaskan prinsip kebebasan, ketelusan dan profesional. Untuk itu, saya menyeru seluruh Warga SPRM untuk bersama-sama berganding bahu mengalas cabaran ini demi mencapai aspirasi yang dihasratkan.

Dalam usaha kita untuk memperkasakan organisasi dan proses kerja, beberapa langkah sedang dan akan dilaksanakan menerusi program transformasi yang bakal diperkenalkan dalam tahun 2011 ini. Tiga bidang utama yang menjadi tumpuan termasuk pengurusan siasatan yang efektif (effective management of investigation), pencegahan dan pendidikan masyarakat yang efektif (effective prevention and public education) dan mengekalkan keyakinan (sustained confidence) masyarakat terhadap SPRM.

Izinkan saya menggariskan sembilan cabaran yang harus dipikulkan secara semangat kerja berpasukan kepada seluruh Warga SPRM bagi tahun 2011 seperti berikut:

  • Kejayaan tinggi dalam pelaksanaan tugas siasatan;
  • Meningkatkan kadar pertuduhan dan sabitan kes;
  • Keyakinan masyarakat terhadap siasatan SPRM;
  • SPRM sebagai pemangkin dan pusat rujukan amalan terbaik tadbir urus;
  • Meningkatkan aspek pendidikan kepada masyarakat;
  • Penglibatan aktif masyarakat dalam memerangi rasuah;
  • Penyaluran maklumat yang cepat dan tepat kepada masyarakat;
  • Memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah; dan
  • Memperkasa aspek modal insan.

Bagi mencapai ketetapan yang dihasratkan, seluruh Warga SPRM perlu memperbaiki dan mempertingkatkan tiga aspek penting dalam diri masing-masing iaitu berkaitan sikap (attitude), kemahiran (skill) dan pengetahuan (knowledge) sebagai asas penting untuk kemajuan diri, kerjaya dan organisasi.

Pengurusan Tertinggi SPRM senantiasa terbuka untuk menerima pandangan dan cadangan daripada Warga SPRM demi kemajuan dan pembangunan organisasi secara keseluruhannya.

Sekian. Selamat Tahun Baru 2011

(DATO’ SRI HJI ABU KASSIM BIN MOHAMMED)

Ketua Pesuruhjaya

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

1 Januari 2011

——————————————————————————————————————————————————————————–

Chief Commissioner’s Message To All MACC Officers For Year 2011

Assalamualaikum and Salam 1Malaysia

Firstly, I would like to take this opportunity to wish all MACC Officers a Happy New Year.

I thank Allah Almighty for giving us the strength and courage to overcome all kinds of obstacles and challenges throughout 2010.

For 2011, we will persevere on our struggles to increase public confidence as well as to change peoples’ perception towards the Commission’s efforts in fighting corruption based on the principles of freedom, transparency and professionalism. I urge all MACC Officers to work in unity with each other to shoulder these burdens so that the Commission’s aspirations would come true.

In our efforts to strengthen the organization and its work processes, several resolutions are being introduced and implemented in our transformation program for 2011. Our focal areas include effective management of investigations, effective prevention and public education as well as sustaining the confidence of the public.

Allow me to highlight the nine challenges that all MACC Officers have to overcome through team spirit in 2011:

·                     Higher success rate in investigations;

·                     Increase court cases and  conviction rates;

·                     Increase public confidence towards MACC probes;

·                     Establish MACC as the catalyst and centre of reference for effective management;

·                     Heighten community education;

·                     Active community participation in fighting graft;

·                     Ensure speedy and accurate information to the public;

·                     Improve the Commission’s Corruption Perception Index Score; and

·                     Strengthen the development of role-models.

To ensure success in these aspects, MACC Officers should cultivate and develop better working attitude, skills and knowledge as these are the vital fundamentals in ensuring progress for the organization, career as well as oneself.

The top management of MACC is always open to opinions and suggestions from all MACC Officers to ensure that the Commission progress as a whole.

Thank you.

(DATO’ SRI ABU KASSIM MOHAMMED)

Chief Commissioner

Malaysia Anti-Corruption Commission

1 January 2011

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , ,

  1. #1 by Shahami on January 5, 2011 - 8:55 am

    Salam Alam Sejagat,

    Syabas SPRM dalam mengorak langkah maju ke hadapan bersama lakukan perubahan perangi rasuah.Perubahan ini selaras dengan 9 cabaran yang digariskan dalam perutusan KP bagi tahun 2011.Saya berpendapat bahawa memperkasakan aspek modal insan adalah memainkan peranan penting demi untuk mengecapi 8 cabaran yang lain itu dimana insan itu sendiri mesti pengetahui dan memahami kehendak tersebut.Tahniah sekali lagi kepada SPRM.

(will not be published)