Bekas Hakim Syariah kena 19 tahun


Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Hassan Basri Shapie, 56, dijatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 atas tujuh tuduhan Rasuah. Bagaimanapun, dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana beberapa hukuman berjalan serentak.

Hakim Mahkamah Sesyen, Tan Hooi Leng, berkata pihak pendakwaan melakukan tuduhan secara teliti dan berjaya berhujah hingga kes itu dibuktikan tanpa keraguan munasabah. “Tertuduh didapati bersalah di atas semua tuduhan. Saya membenarkan hukuman penjara ditangguhkan sehingga keputusan rayuan,” katanya di sini, semalam.

Pendakwaan dilakukan Pengarah Bahagian Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa. T Shan yang mewakili Hassan berkata, beliau akan memfailkan rayuan hari ini. Hassan Basri yang memakai sut kelabu kelihatan tenang ketika hakim menjatuhkan hukuman tetapi isterinya, Maznah Idris, 49, yang berada di galeri awam menangis teresak-esak.

Hassan Basri didakwa melakukan tujuh kesalahan berkaitan suapan bagi melepaskan wang ikat jamin lima pelayan pelanggan (GRO) dan perbicaraan kes poligami. Dia dituduh melakukan kesalahan itu antara Ogos 2006 hingga September 2007 dan didakwa mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997. Bagi pertuduhan pertama, Hassan Basri dituduh meminta suapan RM3,000 daripada Mohamad Imran Abdullah di Restoran Wawa, Tambun kirakira jam 8.15 malam pada 15 Ogos 2007 bagi melepaskan wang ikat jamin untuk lima GRO.

Tuduhan kedua, dia didakwa memperoleh suapan RM3,000 daripada Mohammad Imran di tempat meletak kereta Taman DR Seenivasagam, Ipoh kirakira jam 3.25 petang pada 6 September 2007.

Untuk pertuduhan ketiga, Hassan Basri didakwa meminta suapan RM20,000 daripada Yoong Hor Kit melalui Mohd Sharif Abdul Ghani di Ban-Haan Basil Shawl* gunan Persatuan Menembak Perak, Ipoh kira-kira jam 8.30 malam pada 7 Ogos 2007 untuk mengurangkan hukuman dan memulangkan wang ikat jamin lima GRO.

Tuduhan keempat, dia didakwa menerima RM10,000 dari Hor Kit pada 9 Ogos 2006 kirakira jam 11 malam di tempat yang sama bagi mengurangkan hukuman dan memulangkan wang ikat jamin lima GRO.

Tuduhan kelima, Hassan didakwa meminta suapan RM1,100 daripada Mohamad Imran kira-kira jam 8.30 malam pada 15 Ogos 2007 bagi mempercepat perbicaraan poligami antara Mohammad Asri Abu Bakar dengan Nor Farihan Hassan. Untuk tuduhan keenam, dia didakwa menerima RM1,100 dari Mohamad Imran di tepi Hotel Hill City, Ipoh kira-kira jam 6 petang 17 Ogos 2007 bagi kes perkahwinan tanpa melalui prosedur itu.

Bagi tuduhan ketujuh, Hassan Basri didakwa menerima suapan RM1,100 daripada Mohamad Imran kira-kira jam 3.20 petang 6 September 2007 di tempat meletak kereta Taman DR Seenivasagam untuk mengeluarkan surat kebenaran berkahwin kepada Mohd Jefri Afandi Admad dengan Nur Liza Musa. Hooi Leng menjatuhi hukuman penjara masing-masing tiga tahun dan denda RM15,000 untuk kesalahan pertama serta kedua tetapi hukuman penjara berjalan serentak.

UTUSAN ONLINE

Beliau menjatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM100,000 untuk kesalahan ketiga dan hukuman penjara berjalan berasingan dengan tuduhan pertama dan kedua. Hakim itu juga menjatuhi huktunan penjara lima tahun dan denda RM50,000 untuk kesalahan keempat dan hukuman penjara serentak dengan kesalahan ketiga. Bagi kesalahan kelima dan keenam, Hassan Basri dikenakan setahun penjara dan denda RM10,000 bagi setiap satu tetapi hukuman penjara berjalan serentak.

Untuk kesalahan ketujuh, dia dipenjara setahun dan denda RM10,000 serta hukuman penjara berjalan berasingan daripada kesalahan kelima dan keenam.

www.pdf24.org    Send article as PDF   
  1. No comments yet.
(will not be published)