Global Corruption Barometer 2010 – Tahap Keyakinan Rakyat Berganda


Pengumuman Transparency International Malaysia berhubung hasil kajian Global Corruption Barometer (GCB) bagi tahun 2010 menunjukkan perkembangan yang amat positif mengenai tahap keyakinan masyarakat terhadap usaha-usaha pencegahan rasuah yang dilaksanakan Kerajaan  sepanjang tahun ini.

Persepsi positif dan keyakinan masyarakat Malaysia melonjak sebanyak 48% berbanding hanya 28% dalam 2009. Peningkatan berganda ini menjelaskan bahawa dasar, program dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh SPRM khasnya dan Kerajaan amnya mendapat sokongan serta telah mengembalikan keyakinan masyarakat. Ini sekaligus melebihi sasaran yang ditetapkan dalam KPI iaitu hanya sekitar 38% berbanding pencapaian sebanyak 48%.

Berbanding 2009, hampir 67 peratus masyarakat menganggap usaha-usaha pencegahan rasuah yang dilaksanakan Kerajaan tidak efektif dan tidak berkesan. Bagi tahun 2010 ini, terdapat penurunan yang amat jelas dengan hanya 20% yang masih beranggapan sedemikian.

Menurut Dato’ Paul Low, President Transperency International, perkembangan positif ini amat memberangsangkan. Baginya, “the positive perception of the government’s actions in fighting corruption has jumped. This is a drastic turnabout from the previous years.”

Antara dasar dan program yang berjaya meningkatkan keyakinan dan persepsi positif masyarakat terhadap usaha pencegahan rasuah di negara ini termasuklah:

  • Pengenalan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berhubung rasuah;
  • Penaiktarafan BPR kepada Suruhanjaya dengan kuasa yang lebih menyeluruh;
  • Akta Perlindungan Saksi yang akan berkuatkuasa pada 15 Disember 2010;
  • Integrity Pact dalam Sistem Perolehan Kerajaan;
  • Garispanduan berhubung surat sokongan;
  • Myprocurement website;
  • Kewujudan 18 mahkamah khas membicarakan kes-kes rasuah;
  • Name & Shame dalam laman portal SPRM;
  • Kewujudan Unit Pematuhan di beberapa agensi penguatkuasaan.

Global Corruption Barometer (GCB) merupakan salah satu kajian yang dijalankan serentak oleh Transperency International di 86 buah negara dan melibatkan 91,781 responden. Berbanding kajian Corruption Perception Index (CPI), GCB lebih kepada kajian mengenai pengalaman, pandangan dan persepsi masyarakat tempatan berhubung tahap rasuah di negara masing-masing. Manakala CPI menjurus kepada pengalaman, pandangan dan persepsi masyarakat pelabur luar negara terhadap sesebuah negara.

Dalam konteks Malaysia, seramai 1,000 responden terlibat dalam kajian ini iaitu 57 peratus penduduk bandar dan 44 peratus penduduk luar bandar. Secara keseluruhannya, tahap rasuah di Malaysia masih di peringkat terkawal dan tidak membimbangkan iaitu dengan skor 5/10.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , ,

  1. #1 by noname on December 13, 2010 - 6:59 pm

    Rakyat malaysia da semakin matang dan tahu yang mana satu politiking dan kebenaran. perkara yang baik selalunya pembangkang yang selalu buruk-burukkan. Semuanya untuk memutarbelitkan fakta demi kepentingan politik mereka. nama pun pembangkang, mana ada yang baik buat mereka. kita lihatlah apa yang berlaku kat selangor bila dapat kuasa untuk memerintah. Buat polisi dan keputusan ikut suka diaorang je. Media portal pembangkang macam malaysiakini cukup negatif. semua perkara baik atau diputarbelitkan, seolah-olah takde satu pun yang kerajaan buat baik. aku cadangkan media portal ini ditutup kerana banyak sangat kebencian dalam diri pengarang dan reporter dia.
    tahniah kepada sprm dan kerajaan dan teruskan usaha murni ini demi rakyat keseluruhannya termasuk yang suka membantah dan hanya pandai mengkritik je.

(will not be published)