Hapuskan Rasuah : Tanggungjawab Bersama


Rasuah adalah satu jenayah. Ianya bukan satu penyakit sosial biasa tetapi ianya adalah merupakan satu perbuatan jenayah. Bila kita menyebut tentang Rasuah, isu ikan kecil dan ikan besar sering dimainkan oleh pelbagai pihak namun hakikat sebenar atau implikasi kesengsaraan daripada perbuatan rasuah itu harus lebih diutamakan. Bukan lagi soal siapa ditangkap. Soalan yang sebenar dan sepatutnya adalah apakah kesengsaraan atau kesusahan yang telah timbul disebabkan perlakuan jenayah Rasuah itu.

Statistik demi statistic dikeluarkan namun Masyarakat awam masih lagi berpegang atau percaya bahawa keadaan Rasuah di Malaysia makin parah. Hakikat sebenar jauh menyimpang dari persepsi ini. Kadar jenayah Rasuah di Malaysia kini jauh lebih rendah berbanding suatu ketika dahulu atau jika hendak dibandingkan dengan segelintir Negara lain di dunia. Bagi yang masih inberapa ingat, berapa lamakah masa yang diperlukan bagi kita untuk memperbaharui lesen memandu pada tahun 90-an??.. Berapa lamakah kita perlu menunggu untuk mendapatkan dokumen perjalanan (passport)??.. Cuba bandingkan dua senario ini dengan realiti masa kini. Mengapa dahulu satu proses yang sama memerlukan masa yang jauh lebih lama??.. Jelas sekali terdapat ruang dan peluang untuk jenayah Rasuah, penyalahgunaan kuasa, dan penyelewengan  berlaku pada masa itu tetapi semua itu tidak lagi berlaku kini. Proses yang suatu ketika mengambil masa berhari-hari kini hanya tinggal satu jam sahaja. Namun persepsi bahawa Malaysia makin parah dek Rasuah terus di minda Masyarakat kita.

Kalau kita hendak melihat indicator-indikator yang jelas menunjukkan berlakunya jenayah Rasuah yang tinggi, Di Negara-negara yang kadar rasuahnya tinggi, kita terpaksa membeli perkhidmatan atau hak kita. Apa hak kita?? Iaitu untuk mendapatkan khidmat kesihatan, adakah kita perlu membayar wang Rasuah untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan di Negara ini. Di Negara tertentu, untuk mendapatkan Pendidikan untuk anak mereka juga, mereka terpaksa membayar rasuah tetapi kita cuba Tanya kepada diri kita, perlukah kita membayar Rasuah untuk memasukkan anak kita ke Universiti-Universiti??.. Fikirkanlah.

Bagi menghapuskan jenayah Rasuah, kerjasama semua pihak adalah amat diperlukan. Rasuah bukan hanya tanggungjawab SPRM malahan ianya adalah tanggungjawab kita semua rakyat Malaysia khususnya untuk kita sama-sama hapuskan. Pelbagai inisiatif telah dimainkan kerajaan dalam usaha memerangi jenayah Rasuah ini namun jika Masyarakat masih lagi berfikir yang jenayah Rasuah ini bukan tanggungjawab mereka, maka sia-sialah usaha yang telah dimainkan kerajaan dan juga SPRM. Marilah bersama-sama, kita lakukan perubahan, kita perangi Rasuah.

Tempoh hari, Astro Awani telah membuat temubual ekslusif bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM. Rakaman bagi sesi itu boleh ditonton di dalam 4 bahagian di :

http://www.youtube.com/user/ODVMACC#p/u/4/KnwSof7YQdw

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , ,

  1. #1 by Shahami on December 10, 2010 - 9:21 am

    Salam Alam Sejagat
    Jika dilihat kecenderungan umum pada masa sekarang adalah lebih kepada menuding jari akan kesalahan sebaliknya amat kurang untuk datang membantu bagi memberi maklumat dan aduan serta untuk bersama-sama bekerjasama dalam menghapuskan rasuah di negara ini.Ini yang perlu dimuhasabahh diri dalam perkara ini, demi negara tercinta,MALAYSIA.

  2. #2 by Shahami on December 10, 2010 - 9:22 am

    Salam Alam Sejagat
    Jika dilihat kecenderungan umum pada masa sekarang adalah lebih kepada menuding jari akan kesalahan sebaliknya amat kurang untuk datang membantu bagi memberi maklumat dan aduan serta untuk bersama-sama bekerjasama dalam menghapuskan rasuah di negara ini.Ini yang perlu dimuhasabah diri dalam perkara ini, demi negara tercinta,MALAYSIA.

(will not be published)