Cabaran 2011 – Jangan Peduli Apa Orang Nak Kata!


Tahun 2010 sudah ke penghujungnya. Pelbagai pendekatan dan strategi telahpun digunakan oleh SPRM bertujuan untuk memulihkan persepsi negatif segelintir masyarakat terhadap suruhanjaya ini. Namun, sejauhmanakah SPRM dapat mencapai aspirasinya untuk memulihkan persepsi, imej dan keyakinan masyarakat? Memerangi rasuah menjadi lebih sukar sepanjang tahun ini kerana tumpuan yang besar diberikan kepada usaha memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap SPRM.

Amat menyedihkan lagi memeritkan untuk melihat sebuah suruhanjaya yang ditubuhkan untuk memerangi rasuah terpaksa berjuang untuk memulihkan semula imej dan keyakinan masyarakat terhadapnya. Fokus meningkatkan semula keyakinan dan memperbaiki persepsi menjadi keutamaan. Kesannya, adakala tindakan yang dilaksanakan, dibuat dengan terlalu berhati-hati takut dijadikan modal segelintir pihak untuk menaburkan fitnah, memutarbelitkan fakta bagi kepentingan politik mereka. Dalam erti kata lain, mempolitikan isu rasuah dan tindakan SPRM, sebagai modal menghentam pihak yang lain serta merai sokongan politik.

Kenapa persepsi ini menjadi begitu penting kepada SPRM?

Persepsi yang mengatakan SPRM tidak bebas, menjadi alat Kerajaan, menjalankan siasatan dan pendakwaan terpilih dilihat sebagai penghalang besar untuk SPRM meneruskan kelangsungan usahanya untuk memerangi rasuah. Persepsi negatif ini sengaja digembar gemburkan sehingga menjadikan masyarakat melihat SPRM sebagai musuh.

Sebenarnya terdapat beberapa pandangan berhubung isu persepsi ini. Ada yang berpendapat persepsi ini penting dan perlu ditanggani sewajarnya. Bagi mereka yang berkongsi pendapat sebegini, persepsi iaitu pandangan baik atau buruk terhadap SPRM, menentukan dan mempengaruhi tahap keyakinan, kepercayaan dan kerjasama masyarakat terhadap SPRM. Jika persepsi negatif, masyarakat tidak akan menyokong dan memberikan kerjasama kepada SPRM untuk memerangi rasuah. SPRM perlukan sokongan dan kerjasama masyarakat untuk memerangi rasuah. Apakah benar pendapat sebegini?

Terdapat juga pandangan bahawa persepsi ini tidak perlu difikirkan sangat. Kenapa SPRM  harus menumpukan kepada isu persepsi ini? Pedulilah apa orang nak kata! Apa yang penting SPRM laksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha memperkuatkan jentera siasatan dan perisikan. Kalau kita mampu menyiasat kes-kes berprofil tinggi, berkepentingan awam dan jenayah bersindiket dengan cepat, cekap dan berkesan, maka persepsi itu sendiri akan berubah tanpa perlu diberikan fokus.

Tahun 2010 banyak memberikan pengajaran kepada kita. Kita banyak menfokuskan isu persepsi dan imej. Sehinggakan aspirasi 2010 kita juga menetapkan sasaran memperbaiki perspesi dan keyakinan masyarakat. Kesannya, kekalahan beberapa kes berprofil tinggi dan beberapa siasatan yang tiada keputusannya membuatkan semua usaha kita untuk memulihkan persepsi dan keyakinan masyarakat tidak begitu menyakinkan. Renungkanlah.

Apakata, dalam tahun 2011 kita jangan peduli apa orang nak kata? Sebaliknya kita, seluruh warga SPRM bersatu hati bertekad untuk memperkasakan aspek siasatan, perisikan dan pendakwaan kes sebagai fokus utama 100 peratus. Saya percaya hasilnya bila kes-kes berprofil tinggi cepat diambil tindakan, berhasil dalam pendakwaannya maka secara tidak langsung dapat mengubah persepsi yang ada. Pada masa itu, SPRM bukan sahaja mempunyai persepsi positif malahan digeruni sebagaimana era 70-an. Tepuk dada tanyalah selera. Ini suatu cabaran buat kalian semua.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , , ,

  1. #1 by JimBeam on December 3, 2010 - 4:39 pm

    SPRM boleh cuba menggunakan cara-cara lain untuk mengatasi masalah persepsi.

    Masyarakat tidak yakin, sebab mereka tidak faham bagaimana SPRM berfungsi. Mungking terikut-ikut rentak drama bersiri yang terlalu banyak dari US atau Hong Kong, sebagaimana yang kes-kes boleh diselesaikan kurang daripada 1 jam penyiaran itu. Tetapi seakan pemahaman saya, bermula dari siasatan sehingga ke pendakwaan di makhamah walaupun kes kecil, ia mengambil masa yang panjang. Ya, tidak mungkin SPRM mendedahkan langkah-langkah dan cara-cara siasatan.

    Fikirkan, jikalau ikan itu tahu di mana nelayan akan menyebarkan jalanya, adakah ikan itu akan berenang di bawah bahaya yang menunggu? Ini bersamaan dengan pendedahan langkah and cara siasatan mereka: pesalah sudah tahu cara-cara SPRM beroperasi, tentu sudah berenang jauh-jauh!

    Pada pendapat saya, “nobody will care for the process, people will only look at the result”. Adakah boss anda bertanya samada anda menghadapi cabaran dalam kerja dan berikan bantuan, seolah-olah “spoon-feed”, selesaikan kerja anda? Anda diupah kerana buat kerja untuk dia! Tak jadi masalah kalau dia hanya tengok pada keputusan. “Apply” konsep ini terhadap SPRM. Bukan katanya kita yang mengupah mereka, tetapi tengok pada kejayaan mereka. Di sana kita akan nampak yang SPRM betul-betul buat kerja. Usah kita tanyakan “Mengapa, kenapa, bagaimana, bila, siapa, mana”, tanyakan “Apa” sahaja. Kita tahu “Apa” itulah yang paling penting, “apa” yang terjadi, “apa” keputusan.

    Pendek kata, jangan pedulikan apa yang mereka buat, tumpukan pada keputusan sahaja, dan jangan asyik terikut-ikut dengan drama bersiri tu.

  2. #2 by iman on December 5, 2010 - 3:50 pm

    saya percaya, tunggak sprm adalah siasatan. Kalau siasatan telus, profesional dan pendekatan tip top masyarakat tidak akan mempunyai persepsi negatif lagi.

    Teruskan usaha, perkasakan siasatan dan gunakanlah oanel yang ada sebgaimana selayaknya. Mereka perlu digerakkan dan bersuara suapaya masyarakat percaya bahawa sprm benar-benar bebas!

  3. #3 by antusiang on December 6, 2010 - 8:22 am

    Dalam era ICT dan globalisasi ni, masyarakat semakin kritis dan terbuka. Tambahan pula suara parti-parti politik pembangkang menjadi semakin kuat. Sudah pasti persepsi dijadikan senjata untuk memusnahkan kredibiliti Kerajaan dan agensi-agensi penting dalam Kerajaan.

    SPRM dah buat banyak perubahan dan kemajuan sepanjang 2010 ini. Namun, kejayaan-kejayaan ini ditenggelamkan oleh kekalahan kes-kes besar dan tiadanya keputusan pendakwaan terhadap kes-kes tertentu.

    Apa pun SPRM perlukan masa untuk melakukan perubahan. Perubahan tidak boleh berlaku dalam sekelip mata atau tempoh 1 jam sebagaimana dalam drama bersiri sebagaimana kenyataan JinBeam. Teruskan usaha.

    Biar apa pun persepsi yang dibuat pembangkang, realitinya, rakyat termasuk penyokong pembangkang akan tetap merujuk permasalahan mereka kepada sprm juga.

  4. #4 by Shahami on December 6, 2010 - 9:57 am

    Salam Alam Sejagat.
    ” Bercakap Senang, Menyatakan adalah Susah” itulah ungkapan yang dapat saya katakan mengenai perkara ini. Pelbagai strategi,pelan tindakan,langkah-langkah dan berbagai lagi usaha telah digerakkan oleh SPRM.Namun masih terdengar keriuhan dari setiap sudut dari dalam negara, mau pun di luar negara tentang SPRM
    ( MACC ) memerangi rasuah. Jesteru itu, saya berpendapat SPRM patut teruskan hasrat murni ini dengan acuannya sendiri secara positif ke arah keharmonian negara dengan kesedaran terhadap jati diri kita sendiri sebagai rakyat Malaysia.Cabaran yang sedang berubah perlulah SPRM menangani sebagai kewajaran kewujudan SPRM itu sendiri.Selamat Tahun Baru 2011.

(will not be published)