Bekas Setiausaha Palsukan Invois Didenda RM2.2 Juta


oleh : –Berita Harian

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Persatuan Rifel Kebangsaan Malaysia, Ismail Zainuddin dihukum penjara tiga bulan dan denda RM2.2 juta oleh Mahkamah Sesyen Semalam, selepas didapati bersalah mengemukakan dua dokumen palsu berbentuk invois berjumlah RM441,000 kepada Majlis Sukan Negara (MSN), lima tahun lalu.

Hakim Rosbiahanin Ariffin memerintahkan hukuman penjara itu berjalan bermula semalam dan tambahan penjara enam bulan jika Ismail, 46, gagal membayar denda itu.

Rosbiahanin menolak permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman, tetapi membenarkan pihak pembelaan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Tinggi.

Dalam penghakirnannya, Rosbiahanin berkata, beliau membuat keputusan itu Selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.

Pada 11 Ogos 2008, Ismail mengaku tidak bersalah memberikan dua invois Vision Arms Sports Centre Sdn Bhd palsu kepada Pengarah Bahagian Persediaan Antarabangsa, MSN, Ahmad Shapawi Ismail di pejabat MSN di Bukit Jalil di sini, antara 7 clan 15 September 2005.

Dokumen itu mengandungi butiran mengenai pembelian dan pembekalan peluru syarikat itu untuk Persatuan Rifel Kebangsaan Malaysia di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi.

Ismail yang bertongkat dan kelihatan lemah, didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama,

“Hukuman penjara berjalan bermula semalam dan tambahan penjara enam bulan jika beliau gagal membayar denda itu”

Rosbiahanin Ariffin Hakim

yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM1O,000, mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Terdahulu. peguam Ismail, Md Ridzuan Othman, memohon hukuman ringan terhadap anak guamnya dengan mengambil kira faktor kesihatan tertuduh yang menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung, selain penn mengambil ubat yang banyak.

Timbalan Pendakwa Raya Roziza Sidek dan Snrnhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata alasan itu tidak cukup kukuh untuk mendapatkan hukuman ringan kerana kerajaan terpaksa menanggung kerngian akibat perbuatan tertuduh.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, ,

  1. #1 by ps3 jailbreaking on October 29, 2010 - 12:40 am

    Hey this post is very interesting. I’ll use it for my project :). Can you tell me some related articles that I can read too?

  2. #2 by admin on October 29, 2010 - 8:40 am

    This Article in posted on yesterday Berita Harian Newspaper. page 32.

  3. #3 by memey on October 29, 2010 - 9:31 am

    banyak kesalahan ejaan..pls check first before published

(will not be published)