JANGAN KATA SPRM TAK SIASAT


Tohmahan-tohmahan yang dibuat dalam Blog yang mengatakan SPRM tidak menyiasat dan tidak mendakwa suspek-suspek dalam laporan yang dibuat terhadap tiga kes yang didedahkan penulis terbabit adalah tidak berasas sama sekali.

Pengendali blog berkenaan telah mengemukakan tiga dokumen yang dikatakan berkaitan dengan kes-kes terbabit bagi membuktikan tohmahan beliau. Sekali imbas, ia seolah-olah kes panas yang baru didedahkan. Kes pertama melibatkan surat aduan yang ditulis oleh bekas pegawai BPR terhadap bekas Ketua Pengarah BPR ketika itu. Kes kedua pula melibatkan tohmahan ke atas bekas Menteri Besar  sebuah negeri di Utara Tanah Air yang dikatakan cuba menyogok seorang Ahli Parlimen PKR supaya melompat parti dan kes ketiga yang tidak asing lagi iaitu kes melibatkan bekas Menteri Besar Selangor. Secara rumusan, kesemua kes terbabit adalah kes-kes lama dan melibatkan kesemuanya mantan belaka.

Berhubung kes yang melibatkan mantan Ketua Pengarah BPR. Seperti mana yang diketahui menerusi laporan-laporan akhbar ketika itu (tahun 2007) bahawa siasatan kes ini dilakukan oleh pihak Polis. Takkanlah kes yang melibatkan mantan Ketua Pengarah disiasat oleh anak-anak buah sendiri. Bagi memastikan siasatan dijalankan secara adil, telus dan saksama maka Polis diberikan tanggungjawab mengendalikan siasatan. Lagipun, kes-kes yang ditohmah bukanlah kes rasuah. Oleh itu, janganlah cuba mengaitkan SPRM dengan isu ini dan menghentamnya kerana dikatakan tidak diambil tindakan menyiasat dan mendakwa. Adalah tidak adil untuk membelasah SPRM dan mengaitkan isu tercalarnya imej SPRM kerana mendiamkan siasatan kes ini.

Kes kedua berkaitan laporan awal penyiasatan terhadap bekas MB Kedah yang digambarkan seolah-olah telah mempunyai bukti yang cukup untuk mendakwa beliau atas kesalahan menyogok Ahli Parlimen PKR sebanyak RM5juta. Kalau betul-betul diamati dokumen yang dipamerkan tersebut (Laporan Awal Penyiasatan), ia hanya menggambarkan laporan yang dikemukakan oleh pejabat cawangan kepada Ibu Pejabat bagi dimulakan proses siasatan. Dalam kes ini risikan dan siasatan sebenarnya telah pun dimulakan oleh BPR. Yang menjadi masalahnya sikap pemimpin tertinggi PKR yang terlalu awal melatah sehingga menyebabkan kes ini heboh diperkatakan di media massa. Ia jelas memberi kesan kepada proses siasatan BPR. Siasatan terganggu bilamana  tiada lagi elemen kejutan (surprise) dan pelaku-pelaku yang terlibat mengetahui tindakan lanjut pihak berkuasa dan akhirnya kes yang sepatutnya berlaku tidak berlaku. Jadi siapa yang harus dipersalahkan dalam perkara ini?

Oleh sebab itu, SPRM mengetatkan lagi peruntukan undang-undang dengan memperkenalkan seksyen 29(4) Akta SPRM 2009. Ia bertujuan agar pengadu tidak menghebohkan aduan mereka sehingga proses siasatan selesai dan pesalah dihadapkan di mahkamah. Kes-kes rasuah yang dihadapkan di mahkamah melibatkan transaksi rasuah yang telah berlaku. Dalam kes ini transaksi masih belum berlaku dan proses pengumpulan bukti terganggu disebabkan kelatahan pihak lain. Bekas Ketua Pesuruhjaya ketika itu dalam sidang medianya telah memberikan penjelasan lanjut dan membidas sikap pemimpin PKR yang cepat melatah (cuba rujuk balik laporan akhbar pada tarikh 21.2.2009).

Jadi dalam hal ini, jangan pula menyalahkan SPRM. Ini kerana SPRM betul-betul telah mengambil tindakan. Laporan Awal Penyiasatan yang dipaparkan dalam laman Blog berkenaan jelas menunjukkan usaha SPRM untuk mengumpul bukti. Akan tetapi ia digagalkan kerana pihak lain menghebohkannya.

Bagi kes ketiga pula yang melibatkan bekas Menteri Besar Selangor. Paparan yang dibuat oleh pengendali laman blog ini terhadap kes terbabit sebenarnya banyak membantu SPRM dalam usaha menerangkan kepada masyarakat bahawa SPRM sebenarnya telah melaksanakan tanggungjawabnya iaitu MENYIASAT.

Proses siasatan bukanlah proses mencari salah seseorang. Sebaliknya ia merupakan proses mencari kebenaran. Amat berbahaya jika SPRM berpegang kepada prinsip mencari salah orang. Dalam kes ini, jelas membuktikan SPRM sebenarnya telah melaksanakan tanggungjawabnya untuk menyiasat. Siasatan SPRM berpaksikan kepada dua prinsip utama iaitu mendapatkan keterangan (saksi-saksi) dan mendapatkan bukti (dokumen-dokumen). Kedua-dua prinsip ini penting dan saling lengkap melengkapi untuk memastikan kes berjaya di mahkamah.

Ada kala dalam proses siasatan, kita berjaya mendapatkan keterangan tetapi tiada dokumen yang menyokong keterangan terbabit. Maka itu, kes tidak dapat dibawa ke mahkamah. Ada kala pula, kita menjumpai dokumen, tetapi tiada keterangan atau saksi yang boleh mengesahkan dokumen terbabit (saksi mungkin mati atau menghilangkan diri). Ini juga melemahkan kes SPRM. Kita harus memahami bahawa dokumen tidak boleh berkata-kata secara sendiri. Ia memerlukan pembuat dokumen tersebuat untuk memberi keterangan dalam sesuaru perbicaraan supaya dokumen tersebut boleh diterima sebagai keterangan.

Dalam kes mantan Menteri Besar Selangor ini, jelas menunjukkan bahawa kedua-dua elemen iaitu keterangan dan bukti (dokumen) menyebelahi pihak yang dituduh. Oleh itu, apakah asas yang boleh digunakan oleh SPRM untuk mendakwa beliau? SPRM tidak boleh menuduh seseorang berasaskan kepada sentimen semata-mata. SPRM telah menyiasat dan hasil siasatan menunjukkan bahawa tiada kesalahan yang dilakukan oleh beliau dalam lawatan ke Disneyland dan Morocco ini.

Menerusi pendedahan ini masyarakat diharap berfikiran terbuka dan analitis serta tidak terburu-buru termasuk hasutan dan dakwaan yang sengaja di gembar gemburkan oleh pengendali laman blog berkenaan. Seperkara lagi, masyarakat harus faham bahawa SPRM hanya menyiasat kes dan tidak ada kuasa untuk membuat keputusan sama ada menuduh seseorang atau sebaliknya.

Malaysia Insider telah membuat artikel mengenai perkara di atas. Link adalah seperti berikut :

MACC slams RPK’s allegations as baseless

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , ,

  1. #1 by Balik Kampong on October 4, 2010 - 2:10 pm

    Tak ada kuasa. Makan Suap Pandai. Tangkap Mahathir, Najib, Ling, Pak Lah, Musa, baru bolih hidup-semula

  2. #2 by Wilson on October 4, 2010 - 3:41 pm

    “Secara rumusan, kesemua kes terbabit adalah kes-kes lama dan melibatkan kesemuanya mantan belaka.”

    Jadi maknanya, kes-kes rasuah yang sudah lama tidak perlu disiasat dan mereka yang bersalah boleh dilepaskan begitu sahaja?

    “iasatan kes ini dilakukan oleh pihak Polis. Takkanlah kes yang melibatkan mantan Ketua Pengarah disiasat oleh anak-anak buah sendiri”

    Betul. Bagi memastikan kes dikendalikan dengan adil, pihak luar perlu siasat. Adakah SPRM mengambil inisiatif untuk bertanya pihak polis mengenai perkembangan siasatan berkenaan?

    “Siasatan terganggu bilamana tiada lagi elemen kejutan (surprise) dan pelaku-pelaku yang terlibat mengetahui tindakan lanjut pihak berkuasa dan akhirnya kes yang sepatutnya berlaku tidak berlaku. Jadi siapa yang harus dipersalahkan dalam perkara ini?”

    Jadi, kes-kes yang sudah digembar-gemburkan oleh media massa tidak boleh disiasat lagi or difail sebagai NFA?

    “Bagi kes ketiga pula yang melibatkan bekas Menteri Besar Selangor”

    Menurut conclusion pada laporan SPRM berhubung kes ini, salah seorang saksi tidak sihat, jadi kes ini tidak perlu diteruskan lagi. Adakah ini bermakna, dalam semua kes rasuah yang disiasat, jika saksi-saksinya “tidak sihat” kes-kes tersebut tidak perlu diteruskan/ NFA?

  3. #3 by La on October 4, 2010 - 4:01 pm

    I thought in the Kulim case, you have enough evidence to show that the assy’man was offerred Rm5million to jump ship. What more evidences you want? ACA/Macc has been prosecuting more useless cases devoid of sufficient evidences before this like the Tourism DG medical treatment case, Ramli Yusoff use of helicopeter and his alleged business involvement cases and not to mention the Rosli Dahalan case. All these are useless cases, yet these people were prosecuted. In Kulim it involved Umno personalities and you guys chicken out which is the norm in ACA/Macc culture..

    It just shows that Macc are covering up Umno’s politician arses or they are just plain incompetent.

    In the Toyo’s case, did the S’gor company pays for Toyo’s family expenses? if they do, didn’t Toyo commit an offence under s.165 Penal Code.

    Malay proverb says: ‘if you want to do something, you can make unlimited effort, but if you don’t want to do something, then you make a lot of excuses and noises.

    Macc should ask this quiestions? How come RPK got hold of documents pertaining to the Kulim and Toyo’s case. It shows deep dissensions withing the ACA/Macc ranks who are not happy that in both cases, it was closed without any action. TH’s case which involve Rm2500, you people locked him up until he is found dead. Learn a bit about economics and go for the big cases wlike scorperne and Sukhoi RM1 billion corruption so that the corrupt monies could be recovered.

  4. #4 by nor on October 4, 2010 - 5:48 pm

    jangan reply apa rpk cakakp lagi baik, buat malu aje dgn alasan2 yg baseless. lagi buat rakyat marah. diam2 ajelah MACC alat BN

  5. #5 by rari on October 4, 2010 - 5:54 pm

    kes-kes lama tak perlu siasat, alamat inilah alasan yang diberi…

  6. #6 by ALIBABAMAHATHIR on October 4, 2010 - 6:48 pm

    WRITER OF THIS WEBSITE NEED TO ATTEND ENGLISH LESSON.

    MACC WORK FOR UMNO, PAID BY RAKYAT.

    ENTIRE BILL FOR DISNEY WORLD AND MORROCO TRIP RM900K.

    I PAID RM20K FOR A TICKET TO USA. DISNEY ENTERANCE TICKET USD89/DAY = RM300/DAY X 5 DAY = RM1,500/PERSON. FOOD, HOTEL ROOM, ONE PERSON COST RM40K. SIX PERSON RM240K.

    KHIR TOYO PAID RM6K TO COVER COST OF HIS WIFE, CHILDREN AND MAID = 2.5% OF RM240K

    MACC NEED TO ATTEND CLASS ON MATHEMATICS 1+1 = 2

  7. #7 by Gyp on October 4, 2010 - 6:57 pm

    Wilson :
    “Secara rumusan, kesemua kes terbabit adalah kes-kes lama dan melibatkan kesemuanya mantan belaka.”
    Jadi maknanya, kes-kes rasuah yang sudah lama tidak perlu disiasat dan mereka yang bersalah boleh dilepaskan begitu sahaja?
    “iasatan kes ini dilakukan oleh pihak Polis. Takkanlah kes yang melibatkan mantan Ketua Pengarah disiasat oleh anak-anak buah sendiri”
    Betul. Bagi memastikan kes dikendalikan dengan adil, pihak luar perlu siasat. Adakah SPRM mengambil inisiatif untuk bertanya pihak polis mengenai perkembangan siasatan berkenaan?
    “Siasatan terganggu bilamana tiada lagi elemen kejutan (surprise) dan pelaku-pelaku yang terlibat mengetahui tindakan lanjut pihak berkuasa dan akhirnya kes yang sepatutnya berlaku tidak berlaku. Jadi siapa yang harus dipersalahkan dalam perkara ini?”
    Jadi, kes-kes yang sudah digembar-gemburkan oleh media massa tidak boleh disiasat lagi or difail sebagai NFA?
    “Bagi kes ketiga pula yang melibatkan bekas Menteri Besar Selangor”
    Menurut conclusion pada laporan SPRM berhubung kes ini, salah seorang saksi tidak sihat, jadi kes ini tidak perlu diteruskan lagi. Adakah ini bermakna, dalam semua kes rasuah yang disiasat, jika saksi-saksinya “tidak sihat” kes-kes tersebut tidak perlu diteruskan/ NFA?

    WELL SAID! MACC kena upah PR yang lebih handal. Lebih banyak cakap, lebih banyak salah.

    Nak pertahankan sendiri pun tak berkeupayaan. Tangkap penjenayah? Lagi baik tutup blog (dan tutup kedai).

  8. #8 by LOLCATS on October 4, 2010 - 7:08 pm

    Yalah tuh, SPRM memang tak salah. SPRM memang efektif. SPRM memang terbaik mencegah rasuah. Tapi hal Khir Toyo nihhh….pengetahuan am tau? General knowledge. Kalo tiada tindakan diambil terhadap Khir tuh, janganlah nak cakap SPRM efektif ya? Janganlah nak harap kepercayaan rakyat ya? Jangan harap nak membandingkan diri sendiri dengan ICAC ya? Sekian.

  9. #9 by hangtuah on October 5, 2010 - 8:14 am

    MACC should also reveal cases that related to opposition leaders such as Nik Aziz. What actually happend to the case? I thought you have enough evidence cause the corrupt money Rm160K was bank into his account.

  10. #10 by NoLawyer on October 5, 2010 - 8:26 am

    I tend to see the difficulties in bring the culprits to court for offences of corruption. The opposition can say that there are enough evidence in the case of Kulim case but what evidence? who is going to testify and who is going to corroborate the evidence by the complainant. Where is the money paid? Politicians and NGO’s should not jump the gun by making public all complaints prior to investigations. Should make a report to the authorities and give at least a week for the authorities to conduct and gather initial important evidence. Discuss with the enforcement agencies prior to making press statements. Good cooperation may end up with good results. You can’t trow a stone and hide your hand, and expect the authorities to make arrest and charge the culprits. We shall not smear the dignity of individuals but assist in finding the truth. Everyone has a role in eradicating corruption but not politicing it.

  11. #11 by La on October 5, 2010 - 9:15 am

    Ha ha, you are bullshiting the public. RPK’s revelation indeed shows that Toyol’s approval was sought for the ‘lawatan makan angin’ through a letter signed by the Chariman PNSB. If toyo doesn’t approve, then the trip has to be cancelled. They sought approval and the lawatan doesn’t include Toyol.

    It just shows Toyol approved the trip and asked that he be included.

    Who wrote the article above. Next time don’t bullshit the public. This writer obviously doesn’t know the element of corruption/abuse of power.

    The fact is you are all scared and would pissed in yr pants if the subject of investigation are Umno’s warlords.

  12. #12 by Jimmy on October 6, 2010 - 9:06 am

    I think the general public wants Khir Toyo to be brought to justice. Common, jangan menegakkan benang yang basah kuyup.

  13. #13 by Fatimah on October 6, 2010 - 4:42 pm

    Mana-mana kes siasatan perlukan keterangan dan saksi, kalau dua hal ini tak sokong, sia2 tuduh di mahkamah, kalau kalah membazir duit rakyat sekali lagi….walaupun secara sekali pandang wujud kesalahan, tetapi undang-undang memerlukan lebih dari itu…semua orang boleh bercakap semberono tanpa meneliti keseluruhan kes…tapi mungkin bagi SPRM mereka lebih tahu urusan itu…secara lagiknya mereka yg menyiasat lagi ghairah nak dakwa yg disiasat….mereka pun rakyat malaysia yg benci rasuah…

  14. #14 by tutup macc on October 7, 2010 - 9:22 am

    ini berjuta juta anda bilang bukan rasuah, DAP beli bendera RM 2500 anda buang orang keluar tingkap. Anda tunggu kapan tuhan sambar petir pada kantor macc

  15. #15 by 4drrafik on October 7, 2010 - 9:33 am

    October 6, 2010 by drrafick -RPK, MACC & Toyo

    ” Past week, I have been following an interesting revelation about MACC investigations on Khir Toyo trip to Morocco and several other places which were published by Malaysia Today. I wanted to comment earlier but since I have been reading MT, I was convinced that RPK was laying a trap. By the time Part 8 of his article came out, it is clear to me that his bait has been bitten. MACC officers who declared this case as NFA should be taken to task.

    People can speculate on the nature of secrecy of the investigations and some groups are demanding that action should be taken against RPK for breaching Official Secret Act. However any half educated person can see that Khir Toyo joined the trip despite not being in the original working group. Without his blessing no one can go for holiday to Morocco. Therefore steps are taken to ensure that he, his maid and family can join this one expensive holiday under the guise of a technical study”.

    Verdict: any idiot/half educated person knows that Toyol had commited an offence under s.15 of the previous ACA97.

  16. #16 by anyname on October 8, 2010 - 12:26 pm

    As more evidences are published by RPK,it strenghtened the public perception that MACC is an incompetent,unreliable,biased and a shameful organisation.It should not operate under rakyat’s money with that kind of performance.It is OK if UMNO bear the expenses as it is an organisation as corrupted as MACC.The statement “betul-betul menyiasat” is very unconvincing and is normally used by kids to defend themselves against their parents for any wrongdoings.The mention of “old cases” implied that for cases that were swept under the carpet should not be mentioned.Come on MACC,please admit that you worked under the directives of UMNO and have the responsibilities to protect their leaders. Wondering why you are so efficient in investigating cases(even though minor) involving PR leaders.I think MACC will continue to be a pariah organization unless UMNO lose its powers. Thanks

  17. #17 by aminyatim on October 9, 2010 - 10:51 am

    7 siri pendedahan oleh RPK ke atas Khir toyo tidak menunjukkan sebarang salah guna kuasa dan kewangan. Adalah jelas Khir Toyo bayar sendiri perbelanjaan anak dan maid beliau.

    Manakala bagi isterinya juga dibayar sendiri kecuali atas kawatan ke paris dan us yang mengikut peraturan am kerajaan, isteri layak mendapat biayai mengikuti suami jika lawatan kerja tersebut melebihi tempoh tertentu.

    apa sebab Khir Toyo tak ada dalam list yang dilampirkan tapi dia pergi maka di kira rasuah? setahu aku semua board PNSB pergi ke lawatan tersebut jadi adakah hanya itu sahaja surat dia? mana lampiran jadual lawatan teknikal yang disediakan? Mengapa RPK pilih dokumen tertentu sahaja untuk dedahkan?

    Jimmy, u are really moron. In malay name we didnt call somebody with his father name. and u call Toyo as toyol? U are really bangsat. Chinnese with english name. hahahaha what a joke

  18. #18 by badakair on October 9, 2010 - 11:11 am

    biasalah..Pakatan Rasuah ni tekena batang hidung mereka la yang paling kuat melatah bila SPRM buat siasatan terhadap mereka padahal PR la yang paling banyak buat rasuah terutama DAP dan PKR

    bila kena kat orang lain..mereka la Hero segalanya.

  19. #19 by bendahara on October 9, 2010 - 11:22 am

    hello Fatimah, which public in term of your reference? Malaysian or just Malaysia Today? Do you want to prosecute somebody just coz you think he guilty? Do you want to see somebody being prosecute just because he not in your side or coz u hate him very much? You a just a sick person in sick society (MT society).

  20. #20 by bendahara on October 9, 2010 - 11:46 am

    Drrafick,

    i’m sure u are really half-educated. you may be a doctor may be not, however ur argument base on a few document from RPK.

    So what if Khir Toyo and some of PNSB’s board director not listed in early list? Khir Toyo can’t make a decission. Do you have any letter show Khir Toyo give a “greenlight” with any condition? That letter just a courtesy. even if Khir Toyo ask to go in his capacity as Chairman of PNSB its nothing wrong. But in this case no document to suggest ur argument.
    If we read the list in RPK portal its clearly different from the list of delegations. Not just Khir Toyo and Family on board. so how can you say that final list or that just the list should go?

    You just want to create doubt to “kill” your enemy in politic. But for MACC they must make a case with prima facie. in this case they haven’t.

    and for commentator “4drraffick”, please go back to school and read sec 15 ACA 1997. Or if you just a layman in law, stop to make stupid conclusion.

  21. #21 by NKZ on October 9, 2010 - 1:28 pm

    ALIBABAMAHATHIR. You need to attend Malay language classes since you only know English and Mandarin. Btw, do you realise that Malay is the NATIONAL LANGUAGE of this country.

    Those who failed in their Malay test either written or oral, should be chucked outta Malaysia.

    Since you are so good in Maths, why don’t you open up a Mathematics class?

  22. #22 by Kamal Azlan on October 9, 2010 - 1:33 pm

    Let’s see. Someone like RPK after making up baseless accusations and fictitious stories about Altantuya and the involvement of Datin Sri Rosmah in the murder case, suddenly flees Malaysia in the middle of the trial for defamation.

    Whose is the guilty party here? Looks like the scaddy cat who runs off because they are afraid of being thrown in jail.

    I bet Anwar Ibrahim will do the same soon since he won’t like it to be spending his old dying days infected with HIV because of his countless sodomising activities in jail. He would rather be free to sodomise anyone he likes overseas.

  23. #23 by Siamang Gagap on October 9, 2010 - 2:57 pm

    Masalahnya dengan rakyat yang akan membuat keputusan berdasarkan apa orang kata, apa media tulis. Ditambah pulak melalui ceramah politik maka sudah wujud sipolan mengambil atau memberi rasuah. Cubalah kena batang hidung sendiri bila dituduh pihak lain tanpa bukti atau fakta, maka barulah nak dikatakan undang-undang mesti dipatuhi, seseorang itu benar-benar bersalah bila mahkamah mendapati dia bersalah. Kenapa mesti ada double standard bila melihatkan pihak lain.

    Tugas membuktikan pesalah rasuah bukannya mudah semudah menjaja diatas pentas ceramah. Kalaulah mudah sangat maka habislah siapa sahaja yang kita tidak senangi atau musuh politik dikaitkan dengan rasuah. Menuduh SPRM tak buat kerja, sedangkan pihak yang menuduh terlebih dahulu menghebahkan melalui ceramah, ini satu lagi penyakit dikalangan orang awam terutamanya engikut parti politik, baik pemerintah mahupun pembangkang. Cubalah salurkan maklumat yang ada secara senyap-senyap serta buat laporan serta follow up kes, saya percaya akan ada yang kena dan tak perlulah sesiapa memilih untuk terjuan mana-mana bangunan bila tersepit.

  24. #24 by Siamang Gagap on October 9, 2010 - 3:04 pm

    Kebanyakkan komei hanyalah bersandarkan diberi bersandarkan emosi serta sakit hati kepada individu tertentu. Cuba dengar taklimat dari MACC bagaimana sesuatu kes ini boleh dibuktikan dan disabitkan di mahkamah. MACC bukan boleh bertidak melalui dengar cakap atau tulisan melalui blog. Pastikan saksi yang kuat serta bukti kesalahan benar-benar berlaku maka barulah tindakkan boleh diambil. Keadilan bukan untuk memuaskan hati segelintir pihak dan menginaya pihak lain.

  25. #25 by Tak kena tak tahu on October 9, 2010 - 5:04 pm

    Siap kata SPRM Tidak Siasat..jika orang yang berkata itu ada bukti..boleh tampil..setakat cakap…semua orang boleh

  26. #26 by 4drrafik on October 12, 2010 - 3:16 pm

    bendahara,

    If you want to argue, just present your facts and arguments. No need to belittle others. By belittling others it just shows your immatuture and infantile mentality.

    Go brush up your English first lah. Are you a lawyer, Macc officer or Toyo’s supporter? From your posting I bet you must be a Toyo supporter.

    Hello, how did RPK got all those Macc documents in the first place? It must be from those Macc investigators who investigated Toyo and were aghast at the action of their senior officers who closed the case. These Macc investigators are unhappy that the case against Toyo was closed and he was not prosecuted.

    Why don’t you yourself read s.15 ACA 97. With yr standard of English, I don’t think you would comprehend what that section entails.

  27. #27 by anyname on October 14, 2010 - 12:47 pm

    “Siap kata SPRM Tidak Siasat..jika orang yang berkata itu ada bukti..boleh tampil..setakat cakap…semua orang boleh”

    What are you talking about, what was disclosed by RPK are all evidences,inclusive of evidence that MACC is not doing their work,NOT “setakat cakap”
    Sorry to say,I think the last !0 comments are all comments from MACC internals

(will not be published)