Kunta Kinte original: Penjenayah lepas sebab isu teknikal


Oleh : Kunta Kinte .. 2010/10/01

MINGGU ini Kunta Kinte nak cakap pasal apa yang Kunta Kinte anggap kehakiman lawan pendakwaan. Nampak seakan-akan yang berlawan bukan pendakwa raya dengan tertuduh, tapi antara pendakwa raya dengan hakim.


Minta maaflah Kunta Kinte rasa dan kata macam tu. Bukan pasal apa, tapi pada kebelakangan ni, banyak kes sensasi dan profil tinggi, tak kira kes bunuh, edar dadah atau rasuah, ditolak oleh hakim.


Bukan sikit punya tolak. Tertuduh dibebas dan dilepaskan. Semalam pun satu kes sensasi yang babitkan seorang drebar lori yang dituduh edar dadah dibebas dan dilepas oleh mahkamah.

Bukan alang kepalang punya tuduhan. Lee Yong Toe, 48 tahun dari Taman Iskandar, Johor Bahru, Johor dituduh edar 753,359 gram dadah syabu yang nilainya lebih RM200 juta pada 2 Mei tahun lepas.

Tapi hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Akhtar Tahir, bebas dan lepaskan tertuduh sebab pihak pendakwaan gagal buktikan kes prima facie.

Tak kisahlah kalau Lee ditangkap balik sebaik saja dia keluar mahkamah. Sekarang pendakwa raya dah tak boleh dakwa dia dengan tuduhan sama sebab dah masuk bab double jeopardy.

Yang jadi kerisauan kepada Kunta Kinte dan kepada the people yang faham hal ini adalah pihak pendakwa raya yang duduk di bawah jagaan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, telah gagal buktikan kes.
Sebab itulah Kunta Kinte tak seronok sangat bila seorang yang disyaki dalam kes bunuh, samun, rogol atau rasuah dihadapkan ke mahkamah pasal belum tentu sabit kesalahan.

Dalam kes drebar lori ini, Pesuruhjaya Kehakiman Akhtar buang kes sebab pihak pendakwa gagal buktikan yang dadah RM200 juta itu milik tertuduh. Kepada Kunta Kinte nampak macam satu lagi penghujahan teknikal.

Akhtar kata, pendakwa raya gagal panggil dua saksi penting yang pada pandangan dia adalah penentu kes itu. Kunta Kinte pun hairan pasal apa tak panggil.

Ini bukan kali pertama pendakwa raya dan polis gagal siapkan kes yang kukuh atau gagal kemukakan saksi penting.

Jun lalu seorang penghantar gas dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang daripada tuduhan bunuh tukang urut tradisional, tujuh tahun lalu.

Kes rasuah lagi teruk. Boleh kata semua kes sensasi, profil tinggi dan libatkan orang terkenal dan ternama gagal dibuktikan oleh Pejabat Peguam Negara dengan bantuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Kes macam mendiang Tan Sri Eric Chia pada tahun 2007; bekas Ketua Pengarah FELCRA, Datuk Mustapa Juman, pada 2009; bekas Menteri Tanah dan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam, dan EXCO Kerajaan Selangor, Datuk Saidin Thamby.

Pada 17 Jun lalu, Mahkamah Sesyen Temerloh, Pahang, buang kes rasuah bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamad Norza Zakaria, atas alasan lapan saksi tidak bagi kerjasama.

Jadi Kunta Kinte harap kita janganlah seronok sangat atau rasa selamat bila orang yang disyaki membunuh dihadapkan ke mahkamah, apatah lagilah kes sensasi yang dapat banyak liputan media massa.

Bukan apa, tapi sudah banyak kali kita kena main. Dok tak dok, tertuduh dilepas dan dibebaskan oleh hakim pasal tak cukup bukti atau atas sebab-sebab teknikal.

Maaf cakaplah kalau Kunta Kinte kata nampak-nampaknya kehakiman kita banyak tolak kes sensasi dan profil tinggi semata-mata atas alasan teknikal.

Jadi tak hairanlah kalau dalam beberapa kes sensasi dan profil tinggi yang sedang dibicarakan sekarang, pihak pembela guna macam-macam isu teknikal untuk sekat atau lengah-lengahkan perbicaraan.

Sebagai rakyat biasa, pembayar cukai dan pengundi, kita tentulah sangat terkilan dan amat takut bila pembunuh, perogol, perompak, pemukul pembantu rumah dan pemakan rasuah bebas kerana isu teknikal.

Lagipun, bila kita sebut pasal rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, kita bukan tuju kepada kerajaan saja. PDRM, SPRM dan Pejabat Peguam Negara pun kena buat juga.

Sangatlah menakutkan bila penjenayah dibebas dan dilepas ke dalam masyarakat kerana polis dan SPRM tak siasat rapi dan Pejabat Peguam Negara pula gagal kemukakan pertuduhan yang ketat dan padat.

Sekarang rakyat jelata dalam ketakutan. Tengok sajalah pagar, palang besi, tong minyak dan pengawal keselamatan Nepal di merata taman perumahan. Dah macam zaman darurat dulu.

Rakyat jelata yang dalam ketakutan atau yang sudah jadi mangsa jenayah, bertanya di mana kesejahteraan, keamanan dan keselamatan yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional pada pilihan raya umum lepas?

Wallahualam bissawab.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , ,

  1. #1 by Shahami on October 4, 2010 - 8:12 am

    Mamu sangat setuju dengan Kunta kinte,walaupun begitu,kita berbalik kepada keikhlasan .Apabila benar-benar yang bersalah adalah tetap bersalah.Moga usaha niat dan usaha murni SPRM dalam era ulangtahun ke 43 akan membuka pintu hati kehakiman untuk mensabitkan pesalah.Syabas Kunta Kinte

  2. #2 by Kawi gurl on October 4, 2010 - 1:06 pm

    thanks for keeping me up to date on this subject.

    Sent via Blackberry

  3. #3 by wan on October 27, 2010 - 1:08 pm

    biasalah kes kes profil tinggi mula mula bicara lepas itu buang kes nanti katakan kesilapan teknikal tak nak dakwa nanti kata SPRM tak buat kerja kah kah macam main silapmata pulak

  4. #4 by Raluca Stone on September 13, 2011 - 10:44 am

    Oleh kerana isu-isu teknikal dan kebimbangan, mereka telah menderita dan mereka sedang menjalani pelbagai up dan turun.Tambahan pula, saya tahu mereka masih akan dapat menyelesaikan isu ini jika mereka mahu dan jika mereka benar-benar berminat dengannya.

(will not be published)