TIDAK ADIL HENTAM SPRM DALAM KES MAS


Tohmahan mengatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya ‘cuci-tangan’ serta tidak ambil tindakan terhadap aduan oleh Malaysia Airlines System (MAS) yang dibuat terhadap Tan Sri Tajuddin Ramli dll. terlalu dipolemikkan oleh beberapa pihak. Kenyataan Raja Petra Kamarudin (RPK) melalui Malaysia Today bertarikh 18 Ogos 2010 yang bertajuk “The MACC Says Thanks but No Thanks” adalah sangat melulu dan tidak berasas sama-sekali. Entah apa agenda RPK kali ini, masyarakat pun tidak tahu.

Jika tidak silap, laporan polis telah dibuat berhubung perkara ini pada tahun 2002 dan 2004. Aduan hanya dibuat kepada SPRM pada tahun 2009 sahaja. Secara dasarnya, SPRM tidak akan campur-tangan dalam perkara atau kes yang di bawah siasatan pihak polis. Memang tidak sepatutnya pun SPRM campur-tangan kerja polis. SPRM bukannya Master of Kepochi seperti RPK.  Justeru, dakwaan yang mengatakan SPRM sebagai cuci-tangan adalah tidak benar. RPK boleh melemparkan apa sahaja tohmahan terhadap sesiapa sahaja, yang pasti SPRM telah menjalankan tugas seperti yang sepatutnya. Rakyat kini telah tahu menilai mana yang benar dan mana yang dusta..

Tindakan beberapa pihak menghentam SPRM kerana tidak menyiasat kes penyelewengan Tan Sri Tajuddin Ramli amatlah disesalkan. Pihak-pihak terbabit seharusnya faham dan mengerti bahawa siasatan yang dimulakan sejak tahun 2002 dan 2004 telah pun dijalankan oleh Polis Di Raja Malaysia.

Kenapa tidak ditanya kepada PDRM akan hasil siasatan mereka dan mengapa pula SPRM dikaitkan dengan siasatan kes ini? Bukankah telah dijelaskan bahawa surat yang dikemukakan oleh SPRM bertarikh 22 Julai 2010 (sebagaimana yang dikeluarkan dalam Blog Malaysia Today) memberi penjelasan secara terang-terangan bahawa siasatan kes ke atas Tan Sri Tajuddin Ramli dikendalikan oleh Polis.

Kesemua dokumen-dokumen dan keterangan-keterangan berhubung kes telah diperoleh pihak Polis. SPRM tidak boleh mencampuri siasatan yang dijalankan oleh pihak polis. Lagipun telah menjadi amalan antara kedua-dua agensi penguat kuasa ini untuk tidak menyiasat kes yang sama dalam satu masa yang sama. Kalau wujud laporan kes rasuah yang dibuat oleh pengadu kepada Polis, maka Polis akan mengemukakan aduan tersebut untuk tindakan SPRM. Polis tidak akan menyiasat kes yang sama disiasat oleh SPRM. Ini bukan sahaja menyebabkan pembaziran tetapi menyukarkan serta menyulitkan proses penyiasatan yang melibatkan dokumen dan saksi-saksi yang sama. Begitu juga jika terdapat aduan berhubung kes-kes melibatkan penipuan dan pecah amanah sebagaimana kes MAS ini maka SPRM akan menyerahkannya kepada pihak Polis untuk tindakan.

Contoh terbaik hasil kerjasama dan persefahaman antara kedua-dua agensi ini khususnya dalam bidang penyiasatan adalah berkaitan kes PKFZ di mana sebarang aduan atau maklumat yang diperoleh SPRM yang dapat membantu siasatan kes penipuan dalam PKFZ dikemukakan kepada Polis untuk tujuan siasatan mereka.

Merujuk kepada kes ini, adalah wajar sekiranya laporan yang dibuat oleh MAS rujukan SPRM IPJ ADUAN NO 119/2009 dikemukakan kepada Polis untuk rujukan mereka bagi dibuka semula kertas siasatan atau diteruskan siasatan jika terdapat bukti-bukti serta keterangan baru yang membantu siasatan.

Beberapa perkara cukup disesalkan di mana, YB Sallehudin Ayub selaku Ahli Jawatankuasa Mencegah Rasuah sendiri yang menggunakan media massa untuk menghentam SPRM. Apakah tiada saluran lain yang boleh digunakan oleh YB untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu ini? Cukup menyedihkan bila berhadapan dengan ahli-ahli politik yang sentiasa kehausan isu-isu untuk dipolitikkan. Untuk makluman YB, dokumen yang YB terima dikemukakan oleh SPRM untuk rujukan 42 ahli panel / jawatankuasa SPRM. Kenapa YB Tan Seng Giaw dan lain-lain YB tidak melatah dan melompat tak tentu arah dalam isu ini? Masih terlalu banyak sebenarnya yang perlu YB pelajari untuk menjadi seorang pemimpin yang dihormati dan disegani.

Seperkara yang lain di mana SPRM wajar mengambil tindakan ke atas peguam MAS iaitu Tetuan Lee Hishamuddin Allen & Gledhill kerana begitu mudah mengeluarkan surat-surat berkelas dipaparkan untuk tatapan umum. Apakah motif dan tujuan sebenar perilaku peguam-peguam yang menganggap diri mereka profesional ini. Atau adakah ada tangan-tangan yang menghasut dengan niat membalas dendam ke atas SPRM.

Sampai bila harus kita menyemarakkan rasa benci kepada agensi yang diwujudkan untuk membantu kita memerangi rasuah. Sampai bila kita harus melihat pegawai-pegawai SPRM dimaki dan dicerca bertujuan menjatuhkan maruah dan moral mereka. Apakah sekiranya SPRM menjadi lemah, pegawainya tidak lagi bersemangat maka ia suatu kejayaan kepada anda semua? Jika Ya, maka itulah dikatakan sebagai suatu reformasi yang dicanangkan oleh segelintir pakatan pembangkang yang mahu melihat institusi-institusi penting seperti SPRM, Polis, Tentera dan Peguam Negara runtuh agar mudah untuk mereka merampas tampuk pemerintahan negara ini. Akibatnya, yang pasti mangsanya adalah rakyat jelata. Sedarlah wahai orang-orang Melayu!!!

PESARA SPRM.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , ,

  1. #1 by macai on August 18, 2010 - 4:25 pm

    Tq pesara SPRM, apa yg dikatakan itu benar dan betul. Kadang-kadang manuasia ini tahu perkara yg sebenar berlaku tetapi buat tak tahu aje macam YB tu. Semua hendak cari popularity dan timbulkan isu-isu dari semasa kesemasa sehingga PR ke 13 nanti. Ingatlah Tuhan tahu apa yg diniatkan dalam hati kita samaada jujur atau niat yg tidak baik….. Bagi warga SPRM jangan gentar teruskan perjuanganmu dalam membasmi rasuah dan kami rakyat Malaysia sentiasa menyokong kamu. Memang ada segelintir masyarakat Malaysia yg berfikiran sebegini, lupa kepada tanggungjawab sebenar. Hidup SPRM.

  2. #2 by fatimah on August 18, 2010 - 4:33 pm

    Diorang semua ni ada agenda politik….bagi mereka yang cerdik dan berfikir, rentak dan sepak terajang mereka telah diketahui….

  3. #3 by rahmatullah madehi on August 18, 2010 - 6:16 pm

    SYABAS SPRM!!!WE DID PRIDE WITH YOUR RESPONSED….

  4. #4 by Marco Hiirata on August 23, 2010 - 5:19 pm

    Well, who wants to take the heat, right?

  5. #5 by mad_ee on August 23, 2010 - 11:56 pm

    Apa guna ditubuhkan SPRM kalau hanya utk menyiasat kes2 ikan bilis. Setakat nak kendalikan kes rasuah RM2k dan siasat sampai mati..? Kenapa perlu diserahkan kpd pihak PDRM utk jlnkan siasatan sedangkan SPRM tahu bhw terdptnya individu2 tertentu dlm polis sendiri terlibat dlm kes ni? Inilah kerja SPRM hanya makan gaji buta, membazirkan duit rakyat dan rela menjadi anjing suruhan UMNO!! Jangan nafikan perkara ini, rakyat dpt menilai segala tindak-tanduk SPRM, pendakwaan terpilih, dan pejam sblh mata jika melibatkan kes2 rasuah sang pemerintah..Ingatlah warga2 MACC yang corrupt dan zalim, setiap kejahatan akan dibls dgn kejahatan…

  6. #6 by macai on August 24, 2010 - 4:02 pm

    Hello Bro.
    Pesara SPRM dah kata kes itu kes penipuan, SPRM tidak siasat sebab itu serah pada polis. kalau kes rasuah lain le. Kita diluar kena faham betul-betul prosedur siasatan sesuatu agensi jangan main tibai aje. Kita diluar cakap senanglah. Kalau betul terdapat individu tertentu dalam polis terlibat dalam kes ini jangan cakap kosong aje, pi ke mana-mana pejabat SPRM bro buat repot baru anak jantan. Jangan tuduh sebarangan. Ingat bulan mulia.

  7. #7 by mad_ee on August 25, 2010 - 6:41 pm

    Ini bukan cakap kosong..Segala bukti ada pada pihak SPRM sendiri, tak perlu bagi bukti baru.. sila baca ini aduan dr MAS ini.. http://www.4shared.com/file/oL7nuOZ_/Lee.html
    Aduan yang dibuat oleh MAS adalah aduan terhdp TR, PDRM dan rakan subahat yang lain… Apa beza penipuan, pecah amanah dan rasuah?? Kesemua ini berkait antara satu sama lain..

(will not be published)