JAHATNYA MEDIA PEMBANGKANG MERACUNI PEMIKIRAN RAKYAT


Oleh : Tv.Selangor

Americk: SPRM Acuh Tak Acuh

Americk Sidhu, peguam kepada bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam menyifatkan sikap acuh tak acuh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam merakam kenyataan beliau, sebagai mengecewakan.

“Pada pendapat saya, sikap itu(SPRM) amat kecewalah, dia ada satu peluang untuk menyiasat keseluruhan laporan dibuat Encik Shamsul, ini peluang yang ambil berapa lama untuk diuruskan kita semua, rasa kecewalah,” katanya.

Americk berada di Malaysia untuk menyerahkan afidavit Balasubramaniam kepada SPRM bersama seorang lagi peguam Manjit Singh Dillan.

SPRM sebelum ini membatal pemergian ke London untuk mengambil keterangan Bala berhubung skandal pembelian Kapal Selam Scorpene  yang turut dikaitkan dengan pembunuhan warga Mongolia, Altanthuya Shaaribu.

Kata Americk, cara pengendalian siasatan SPRM berbeza dengan Perancis yang lebih menyeluruh termasuk memperoleh kerjasama Balasubramaniam.

“Kedua-dua sikap ini berbeza, Perancis mengambil serius siasatan perkara ini, rasuah dalam pembelian kapal selam ini, itu adalah isu lain tapi ada kaitan dengan isu yang melibatkan Bala, saya rasa peluang untuk SPRM menyiasat berapa dalam perkara ini telah dibuang kerana terima nasihat peguam negara bahawa apa-apa siasatan yang didapati dari Bala tak boleh dibawa ke mahkamah, ini bagi saya tidak ada asas,” katanya.

Dalam temu ramah khas bersama TV Selangor, Americk menegaskan anak guammnya sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mencari kebenaran.

Bagaimanapun, Bala terpaksa meninggalkan Malaysia  kerana ada pihak termasuk individu berprofil tinggi yang mahu beliau mendiamkan perkara ini.

“Adalah senang untuk Bala duduk di Chennai? Atau beritahu kepada media mana lebih senang? Duduk tunggu 5 juta? Atau buat rakaman audio visual semua. Kenapa Bala beritahu dan hendak bekerjasama kepada semua? Kerana Bala, yang saya tahu sekaranglah adalah orang yang rasa apa yang benar perlu dikejar, yang tak betul dapatkan di  dunia lain akibat,” katanya.

Americk juga mendakwa proses perundangan Malaysia pelik dengan mengambil contoh  kes Altantuya yang menyaksikan kegagalan mahkamah dan pendakwaraya membentang motif pembunuhan walaupun dua tertuduh dijatuhi hukuman mati.

“Semua saksi yang terlibat terpaksa dipanggil, yang penting sekali ialah motif, kita mesti mengekalkan motif kepada dua orang ini hendak membuat pembunuhan ini, tapi di mahkamah Shah Alam, tidak ada motif dikemukakan ke mahkamah,” katanya.

Americk menegaskan anak guamnya  sedaya upaya membantu siasatan SPRM dan berharap suruhanjaya ini benar-benar menjalankan tanggungjawabnya.

“Kita telah buat apa yang kita boleh buat untuk bantu SPRM dalam siasatannya. Saya berharap SPRM akan menjalankan tugas dia saja, itu cukup, tugas yang betul-betul,” katanya.

Hal sebenarnya Sebenarnya :

JAHATNYA MEDIA PEMBANGKANG

MERACUNI PEMIKIRAN RAKYAT

Dasar Kerajaan membenarkan kewujudan media alternatif termasuk akhbar-akhbar picisan yang berlatar belakang kepartian amatlah dihargai. Ini termasuk juga tindakan Kerajaan yang tidak menyekat kebebasan bersuara serta kebebasan mendapat maklumat menerusi laman-laman web dan blog. parti politik serta individu-individu tertentu, menjelaskan bahawa Kerajaan sebenarnya mengamalkan prinsip kebebasan media di negara ini.

Corak pelaporan antara media arus perdana dan media alternatif ternyata bertentangan sama sekali. Tiada unsur-unsur hasutan, benci, caci mencaci dipamerkan dalam media-media arus perdana ini. Manakala media alternatif pula, merupakan saluran kepada pembaca-pembaca yang berminat dengan isu-isu sensasi khasnya kepada berita-berita yang secara terang-terangan menghentam dan memburuk-burukkan dasar dan tindakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan.

Langkah kerajaan mengharamkan salah satu akhbar alternatif baru-baru ini amatlah wajar. Ini kerana kebanyakan berita yang dipaparkan adalah pembohongan dan ditulis berasaskan perasaan benci serta niat jahat.

Bagi media alternatif ini, skop yang ditulis atau dipaparkan lebih menjurus kepada elemen negatif bertujuan memburuk-burukkan agensi atau kerajaan yang memerintah. Fitnah menjadi mainan mereka. Contoh terbaik yang boleh dilihat adalah seperti berikut:

Lihat laporan akhbar The Sun bertarikh 23 Julai 2010 berikut:

Kenyataan Peguam PI Bala (Americk Singh Sidhu):

We had pleasant meeting. We gave all documents. They acknowledge receipt. They seemed quite keen to ensure investigation is completed as soon as possible,” he told reporters after the meeting..

Laporan New Straits Times bertarikh 23 Julai 2010:

Kenyataan Peguam PI Bala (Americk Singh Sidhu):

We had a very pleasant meeting inside.. We gave them all the documents and they acknowledged receipt. It seemed that they were quite keen to ensure that the investigations could be completed as soon as possible..

Laporan TV Selangor bertarikh 22 Julai 2010 (Baca dan nilai sendiri bagaimana busuknya media alternatif dalam meracuni pemikiran rakyat)

Americk: SPRM Acuh Tak Acuh

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , , ,

  1. No comments yet.
(will not be published)