Pandangan Seberang-Rasuah Suatu Penyakit


Allah berfiraman yang bermaksud:

“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambah penyakitnya; dan mereka mendapat azab yang pedih, kerana mereka berdusta.

Dan apabila dikatakan kepada mereka ‘janganlah berbuat kerosakan di Bumi’, mareka menjawab, ‘sesungguhnya kami orang-orang yang berbuat kebaikan’,

Ingatlah, sesungguhnya merekalah yang berbuat kerosakkan, tetapi mereka tidak menyedari”.

Surah Al Baqarah, ayat 10,11 d1n 12.

Hati yang berpenyakit bukan bererti  hanya hati orang MUNAFIK seperti permulaan maksud topik ayat-ayat tersebut. Penyakit mencakupi semua jenis penyakit termasuk pelanggaran nilai-nilai yang ditetapkan oleh agama Islam. Kerana hasratnya bermula dari hati. Ia mengakibatkan alam ini boleh rosak dan sesuatu negara boleh porak peranda.

Pada 11 Julai baru-baru ini saya nampak ‘bill board’ seperti di atas yang saya rakamkan dengan camera telefon saya. Ia terletak di tempat kami ‘Check-in’ di kaunter Air Asia, di Jakarta.  Saya tersenyum dan agak kagum Indonesia mahu terang-terangan menerima kelemahan dan cuba membenteraskannya dengan cara yang agak telus. Ini membuat saya berfikir-fikir dengan kedudukan di negara kita Malaysia. Kepimpinan kita telah berulang-ulang kali mengingatkan bahaya jenayah Rasuah. Maka ditubuhkan ajensi-ajensi seperti Badan Pencegah Rasuah (dahulu, sekarang mungkin atas nama lain dan banyak lagi ajensi yang berkaitan dengannya)) dalam usaha membenteras rasuah. Saya mengakui ada keberkesanan, tetapi hanya pada yang kecil kecilan. Itu yang disuarakan oleh rakyat di media massa jika berpeluang atau dalam seminar-seminar atau dalam ceramah-ceramah politik. Parti pemerintah pun mengakuinya dan menyarankan supaya ini diberhentikan serta merta. Tetapi saya secara peribadi belum nampak hasilnya. Mungkin tidak diceritakan atau mungkin diceritakan tetapi saya kurang membaca dan kurang bergaul dengan kumpulan-kumpulan yang tahu mengenai masaalah ini.Jangan nanti kita dikatakan seperti ketam yang menyuruh anaknya berjalan lurus. WaAllahua’lam.

Saya berdoa semoga ada sesaorang yang berpengaruh yang membaca blog saya ini, Saya ingin mencadangkan ‘bill board’ seperti di atas diletakan di tempat-tempat strategik, terutamanya di pejabat-pejabat mereka yang kebarangkalian  potensi Rasuahnya tinggi. Saya percaya mereka dapat mengambil peringatan. Pilih kata-kata yang dapat menyedarkan diri akan bahaya rasuah. Mana tahu akan berkuranganlah kerugian kerajaan yang disebabkan fenomena ini. Maklumat mengenai rasuah di negara ini ada dalam pengetahuan pelabur-pelabur luar negara. Kalau kita tidak buat ‘bill board’ seperti di atas, mereka pun akan tahu. Ada badan-badan yang mengawasi perilaku budaya sesebuah negara.

Rakyat ada yang bertanya dan saya sendiri pun tertanya-tanya kemanakah pendapatan hasil mahsul kita disalurkan dan dibelanjakan. Negara  ini Allah swt anugerah kekayan bumi  yang amat lumayan, alhamdulilah. Tidak ada pula ribut taufan dan banjir besar-besaran. Tidak ada gunung berapi, tidak ada tumpahan minyak, tidak ada kebakaran hutan dan sebagainya. Negara kita Allah amat pelihara. Tetapi kenapa kita masih merasakan ketidak kecukupan kewangan dalam mengurus dan mentadbir negara. Walaupun demikian rakyat hidup seperti tidak merasakan kekurangan ini.  Takut-takut ini istidraj kerana kadar kemungkaran agak tinggi tapi negara kita aman damai. Cuma saya perhatikan yang miskin masih miskin dan aktiviti penyelidikan dalam berbagai bidang belum ke tahap yang membanggakan. Mungkin saya tidak tahu. Tolonglah sesiapa beritahu saya bahawa saya tidak perlu bimbang dengan masaalah rasuah di Malaysia.

Rasuah sama dengan perbuatan Mencuri. Perasuah mencuri dari mereka yang lemah. Jika perasuah itu Isalm, tidak takutkah pada pembicaraan dihadapan Allah nanti di akhirat. Dosa rasuah tidak boleh hapus dengan hanya mohon ampun pada Allah. Perasuah semestinya mengembalikan apa yang di curinya. Jika orang Islam senang dengan budaya rasuah, orang bukan Islam pasti tidak akan segan silu. Maka apa akan jadi pada negara kita ini. Sesuatu perbuatan mungkar akan ditutup dengan satu perbuatan mungkar yang lain, seperti orang berbohong. Maka perbuatan rasuah ini akan bertali-tali. Siapa yang akan memberhentikannya? Siapa yang akan mengawalnya?

Doa saya semoga Allah mengganti perasuah-perasuah ini dengan orang-orang yang benar-benar berakhlak mulia dan berintergriti tinggi.Tidak kira di mana mereka berada, dalam kerajaan atau swasta. Semoga Malaysia selamat dan sejahtera hingga ke anak cucu turun temurun.
AllahumaAmin.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , , ,

  1. No comments yet.
(will not be published)