SPRM Tutup 3 Kertas Siasatan Kes Berprofil Tinggi.


Oleh : MalaysiaKini

Panel Penilaian Operasi SPRM bersetuju dengan cadangan SPRM untuk menutup tiga kertas siasatan kes berprofil tinggi dan tidak mengambil tindakan lanjut.

Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Hadenan Jalil, berkata kes berkenaan adalah membabitkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Panel bersetuju kertas siasatan berkenaan ditutup kerana faktor-faktor tertentu, antaranya tiada saksi.

Dalam kes Ong, bekas presiden MCA itu didakwa menerima derma RM10 juta daripada Tiong King Sing dari Kuala Dimensi.

Kes kedua pula membabitkan kereta jenis Alphard yang diberikan kepada isteri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Manakala kes ketiga, membabitkan jamuan Aidilfitri rumah terbuka Menteri Besar Selangor di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 2008.

Pada sidang media hari ini, panel itu bersetuju untuk menutup dua kes pertama kerana kekurangan bukti.

Bagi kes yang membabitkan Khalid pula, panel beranggapan tiada amalan rasuah kerana ia adalah majlis orang ramai.

www.pdf24.org    Send article as PDF   

, , , , , , , ,

  1. No comments yet.
(will not be published)