INTEGRITI BUKAN RETORIK KOSONG


Oleh: Mejar (B) Ramli Abdul Rahim

Takut kepada tuhan itu menjadi titik tolak sikap akauntabiliti sebagai manusia yang dipertanggungjawabkan dengan amanah tidak kira di mana baik di hadapan manusia atau ketika bersendirian.

Kisah bagaimana seorang kanak-kanak gembala kambing yang didekati Khalifah Umar ibnu Al-Khatab adalah anekdot yang masyhur bagaimana dia diuji dengan bujukan untuk menjualkan haiwan peliharannnya.

Budak gembala itu berkata kambing yang di dalam jagaannya bukan miliknya tetapi milik tuannya, itulah jawapan lurus yang diberikan dengan sikap bertanggungjawab dan dia menyedari walaupun masih anak-anak sifat amanahnya perlu dipertahankan.

Lantas Khalifah menguji lagi; “Juallah kambing itu kepada saya, tuan kanu tidak akan tahu”, maka kanak-kanak itu menjawab,’ betul tuan saya tidak akan tahu, tetapi tuan kepada tuan saya akan tau, Allah Maha Mengetahui”.

Terduduk khalifah dengan jawapan gembala kambing dan sungguh terharu dengan pendirian anak yang masih kecil memahami akan kebesaran Allah yang melihat setiap detik perlakuan manusia.

Itulah manifestasi integiriti gembala kambing yang mempunyai prinsip dan dia tidak menggadai prinsip untuk habuan dunia justeru dia dididik untuk berlaku amanah di mana sahaja dan tidak tergiur dengan tawaran materi.

Apabila menyebut akauntabiliti dan integriti maka sudah itu ia adalah antara prinsip yang perlu ada dalam setiap penjawat awam dan perlaksanaan tanggungjawab yang diamanahkan yang disertakan dengan amalan prinsip-prinsip akan dapat memastikan
kelicinan jentera kerajaan.

Prinsip akauntabiliti dan integriti dapat diserapkan dalam diri penjawat awam melalui dua kaedah iaitu usaha
berterusan penjawat awam itu sendiri seperti penghayatan nilai-nilai murni dan juga penguatkuasaan
daripada Kerajaan seperti penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP).

Kewujudan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun di Agensi Kerajaan Persekutuan, penubuhan Pemudah
Cara Perniagaan (PEMUDAH), Pelan Integriti Nasional (PIN), bengkel, program kesedaran dan kursus-kursus berkaitan akauntabiliti dan integriti umpamanya diadakan untuk melicinkan jentera organisasi kewangan.

Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),
penubuhan Biro Pengaduan Awam (BPA) serta pembentukan Unit Audit Dalam adalah langkah yang positif bagi menentukan tanggungjawab menjaga amanah rakyat dilaksanakan bagi maslahat semua.

Perluasan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) melalui Sistem e-Perolehan Sistem Perancangan dan Kawalan
Belanjawan Elektronik (eSPKB) dan Sistem Pemantauan Projek (SPP II) dan penyediaan Manual Prosedur Kerja, Piagam Pelanggan dan Kod Etika Kerja juga dapat membantu ke arah meningkatkan akauntabiliti dan integriti.

Amanah dan integriti merupakan dua perkataan yang saling beriringan dan memerlukan antara satu sama lain justeru dengan amanah itulah lahirnya kepercayaan atau integriti.

Anekdot bagaimana budak gembala kambing yang istiqamah dengan pendiriannya untuk tidak menjual kambing walaupun hanya seekor kepada khalifah mencerminkan sifat amanah yang dijiwai oleh anak kecil tersebut.

Dalam kamus Dewan Edisi Keempat, amanah ditakrifkan n sebagai sesuatu yang dipercayakan kepada seseorang dan maksud ini boleh digunakan untuk barangan atau sesuatu yang dipercayakan untuk disimpan.

Maksud kedua ialah kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang dan amanah membawa erti keamanan dan ketenteraman dan seperti bahasa Melayu, amanah dalam bahasa Arab juga bermaksud ketenteraman hati.

Syeikh Muhammad Abduh menafsirkan amanah sebagai menyampaikan hak kepada pemiliknya, tidak mengambil sesuatu yang melebihi haknya dan tidak mengurangi hak orang lain sama ada dalam bentuk harga atau pun jasa.

Syekh Muhammad Al-Ghazali pula menafsirkan amanah dengan makna yang pelbagai, namun matlamatnya ialah menjaga hak-hak Allah dan mana-mana hamba yang tidak mampu menunaikan amanah maka dia bukanlah seorang yang beriman dan seseorang yang tidak menunaikan janjinya maka sebenarnya dia seorang yang tidak beragama.

Hari ini bukan lagi rahsia kita mendengar ketirisan berlaku di mana-mana walaupun mungkin dianggap kes terpencil tetapi ia melibatkan ikin bils dan juga ikan jerung yang menjadi berita utama media.

Apabila keteresan berlaku maka ia menjadi perhatian rakyat justeru ia melibatkan wang rakyat dan mereka perlu diyakinkan dengan sistem mekanimse yang diaplikasikan untuk membendung segala salah guna kuasa yang mencemar imej penjawat awam.

Sistem tadbir urus yang cemerlang adalah aspirasi kerajaan untuk melahirkan natijah kerja yang berkualiti dan berpresati tinggi di kalangan penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab dalam apa bidang yang dilaksanakan.

Justeru itu keperluan untuk setiap jentera kerajaan memunyai Unit Integriti dalam sektor awam direalisasikan dengan penubuhan unit yang diharap akan menjadi “kepolisan dalaman” bagi memeriksa prestasi kerja yang menjadi “check and balance” dalam organisasi .

Sistem integriti boleh menangani konflik dalam sektor awam, mengagihkan kuasa secara berkesan dan ia juga boleh mengekang situasi yang berpotensi mencetuskan konflik kepentingan yang melibatkan akauntabiliti, ketelusan, pencegahan dan hukuman.
Integriti mencetuskan pelbagai pendapat dan persepsi namun apa yang jelas titik tolak kepada rasa keprihatinan terhadap tanggungjawab itu adalah keutuhan akhlak, kewibawaan, ketakwaan makhluk di sisi Allah.

Nilai-nilai murni sama saja pada pandangan semua agama umpamanya jika mencuri itu salah daripada pandangan kacamata Islam maka agama lain baik Kristian, Hindu dan Budha juga menaggapi mencuri bukan perlakuan yang baik.

Robin Hood mungkin berpandangan merompak harta orang kaya untuk diagihkan kepada orang miskin adalah satu perbuatan yang mulia, namun agama tidak berpandangan demikian justeru dalam usul Fiqh; “Matlamat tidak menghalalkan cara”.

Manusia bukan sahaja bertanggungjawab ke aats setiap perbuatannya di hadapan manusia, tetapi sebagai Muslim kita mengimani bahawa setiap yang kita lakukan akan juga dipertanggungjawabkan di hadapan Allah semasa hari penghisaban.

www.pdf24.org    Send article as PDF   
  1. No comments yet.
(will not be published)