Lets Make A Difference,Fight Corruption!


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
telah melakukan tangkapan ke atas lima ( 5 ) individu kerana memberi rasuah
kepada anggota keselamatan dalam tiga kes berlainan.
Bagi kes pertama, OKT merupakan seorang penganggur yang ditangkap pada 20 April
2010 kerana memberi rasuah kepada anggota keselamatan supaya tidak mengeluarkan
saman keatasnya.OKT telah dilepaskan pada 21 April 2010 dengan jaminan sebanyak
RM500 dan seorang penjamin.
Kes kedua, membabitkan seorang kakitangan awam yang ditangkap dalam satu operasi
oleh pihak keselamatan pada 22 April 2010. OKT ditangkap kerana memberi rasuah
kepada anggota keselamatan supaya tidak mengambil tindakan keatasnya yang disyaki
penagih dadah.
OKT telah dilepaskan pada 23 April 2010 dengan jaminan sebanyak RM5000 dan
seorang penjamin.
Manakala bagi kes ketiga, membabitkan tiga (3) individu warga asing yang ditangkap
pada 23 April 2010. Ketiga-tiga OKT ditangkap dalam satu sekatan jalan raya yang
dijalankan oleh pihak keselamatan. OKT ditangkap kerana memberi rasuah kepada
anggota keselamatan supaya tidak mengeluarkan saman keatasnya, kerana tidak
mempunyai lesen memandu.
Ketiga-tiga OKT telah dilepaskan pada hari yang sama, dengan jaminan sebanyak
RM2,000 seorang dan seorang penjamin.
Kesemua OKT ditangkap diatas kesalahan memberi rasuah di bawah Seksyen 17 (b)
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Mana-mana orang yang
melakukan kesalahan dibawah seksyen ini, apabila disabit kesalahannya boleh
dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua puluh tahun dan denda tidak kurang
daripada lima kali ganda nilai suapan.
Tangkapan-tangkapan berkenaan adalah selaras dengan Kempen Bersama Lakukan
Perubahan; Perangi Rasuah yang telah dilancarkan pada 26 April 2010. Ini jelas
menunjukkan tahap integriti penjawat awam terutamanya pegawai penguatkuasaan
adalah tinggi.

KENYATAAN MEDIA SPRM

www.pdf24.org    Send article as PDF   

  1. No comments yet.
(will not be published)