ADUAN SAMPAH DI SPRM: BAGAIMANA IA BERKUALITI


Senario kumpulan kecil individu, organisasi mahupun berkepentingan politik membuat aduan terhadap setiap perkara yang ‘kononnya’ di dakwa mempunyai unsur rasuah seolah-olah sudah menjadi budaya. Taktik yang kadangkala mempunyai unsur kepentingan ‘politik’ dan peribadi ini dilakukan oleh lebih dari dua atau tiga orang dengan membuat aduan yang sama ke atas orang yang sama.



Malah tidak mustahil saya katakan ‘aduan sampah’ yang sedang dilabel sebagai ‘mengganggu’ kerja-kerja penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini mungkin juga termasuk aduan-aduan yang berbentuk surat layang atau tohmahan tanpa dokumen atau bukti yang dibuat hanya untuk mengenakan seseorang.

Ironinya, apabila SPRM mendedahkan bahawa hampir 50% daripada 6,793 jumlah aduan yang diterima adalah ‘sampah’ sememangnya menimbulkan perasaan kurang senang bagi mereka yang pernah cuba tampil dan membuat aduan kepada SPRM mengenai salah laku rasuah.

Namun, penting untuk masyarakat umum mengetahui bahawa aduan atau maklumat yang tidak berasas hanya akan membazirkan masa menyiasat dan mencari elemen-elemen penting khususnya dalam memperincikan aduan dan membuat siasatan, sedangkan ianya tiada asas atau pembuktian pada pihak yang dikatakan melakukan rasuah itu.

Lain pula senarionya bagi pengadu atau pemberi maklumat ini membuat hebahan di media tentang aduan yang bakal dibuat kepada SPRM tanpa memikirkan implikasinya terhadap kerja-kerja siasatan yang belumpun bermula.

Perlu diingat, aduan ini akan dipaparkan di media dalam beberapa minit sahaja. Sekiranya pihak-pihak yang terlibat terlibat mengetahu bahawa kes berkenaan disiasat SPRM, adalah dipercayai kebarangkalian  untuk mereka memusnah atau menghilangkan semua dokumen yang berkaitan transaksi rasuah dalam simpanannya.

Malah, saksi-saksi yang terlibat juga berpeluang mengubah keterangan dan jalan cerita aktiviti rasuah berkenaan, lebih teruk lagi mereka turut berpotensi menghilangkan diri.

Kerahsiaan ini telah dinyatakan secara jelas melalui peruntukan yang terdapat dalam Seksyen 29 (4) Akta 694 (Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009) yang menyatakan bahawa sesuatu aduan yang dibuat dibawah subseksyen (1) hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan oleh mana-mana orang selain pegawai-pegawai Suruhanjaya dan Pendakwa Raya sehinggalah orang yang tertuduh dipertuduh di mahkamah atas suatu kesalahan  dibawah akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain berbangkit daripada aduan itu melainkan dengan persetujuan Pendakwa Raya atau pegawai berpangkat Pesuruhjaya keatas.

Perkara-perkara ini antara risiko yang perlu dihadapi oleh SPRM dan ianya akan melambatkan proses siasatan.

Bagaimanapun, ini bukanlah kekangan kepada mereka yang mahu memberi maklumat mengenai rasuah atau penyelewengan tampil membuat aduan kepada SPRM. Apa yang perlu didedahkan kepada masyarakat ketika ini ialah bentuk dan ciri yang perlu ada pada maklumat atau aduan yang ingin dibuat supaya siasatan dapat dijalankan dengan menyeluruh.

Sekiranya kriteria ini dipenuhi, SPRM akan memperoleh maklumat yang lengkap yang mampu menghasilkan tindakan siasatan yang sempurna sehingga pihak yang bersalah boleh diheret ke mahkamah. Ini dapat mengurangkan pembaziran tenaga dan masa pegawainya apabila terpaksa mencari butiran remeh setiap kali menerima aduan yang sangat ringkas dan tidak lengkap. Ciri-ciri 5 W dan 1 H adalah satu pendekatan yang baik yang boleh digunapakai untuk memperolehi maklumat atau aduan yang berkualiti iaitu:

  1. Bila (When)
  2. Dimana (Where)
  3. Siapa (Who)
  4. Apa (What)
  5. Kenapa (Why)
  6. Bagaimana (How)

Tarikh, masa dan tempat kejadian merupakan elemen terpenting yang perlu diketahui oleh pemberi maklumat ketika membuat aduan. Ini antara faktor yang memperlihatkan bahawa maklumat yang diberi itu mempunyai kualiti pertama yang boleh membantu siasatan dan bukan aduan rasuah yang palsu atau sampah.

Seterusnya, si pemberi maklumat perlu menerangkan atau menceritakan tentang apa yang berlaku dan siapa yang terlibat didalam kejadian yang didakwa mempunyai unsur bagi tindakan seterusnya oleh SPRM.

Bilangan dan saksi-saksi yang  mengetahui atau melihat kejadian itu antara elemen penting yang perlu dipastikan oleh si pemberi maklumat. Ini antara cara yang boleh memperlihatkan bahawa aduan yang dibuat bukanlah aduan palsu atau sampah.

Si pemberi maklumat tidak perlu takut atau bimbang untuk  memberikan nama saksi kejadian kerana seperti yang diketahui nama dan identiti pemberi maklumat termasuk kandungan maklumat adalah dirahsiakan.  Ini dinyatakan dalam Seksyen 65 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 mengenai Perlindungan Pemberi Maklumat.

Rujukan dan dokumen-dokumen berkaitan antara bahan sokongan yang boleh dibawa bagi memperkukuhkan aduan yang dibuat selain dapat membantu mempercepatkan proses tindakan selanjutkan oleh SPRM.

Pemberi maklumat perlu menyatakan jumlah wang/barangan/perkhidmatan atau perkara-perkara lain yang terlibat dalam aduannya. Maklumat ini adalah elemen penting dalam memperkukuhkan aduan yang dibuat kerana ia memperlihatkan berlakunya transaksi rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa telah berlaku.

Sekiranya diketahui, pemberi maklumat juga boleh memberikan butiran lain seperti nombor akaun, resit, nombor kad pengenalan, kenderaan, alamat rumah, pejabat atau identiti perwatakan orang itu.

Kriteria maklumat yang lengkap dan berkualiti amat penting bagi mengelakkan berlakunya lambakan aduan palsu dan tidak berasas yang adakalanya dibayangi tujuan tertentu seperti dendam, cemburu, dan berkepentingan peribadi atau politik.

Perlu adanya kesedaran dan rasa tangungjawab dalam diri setiap individu setiap kali melaporkan kesalahan rasuah kepada SPRM. Kesedaran itu pula perlulah  beradasrkan niat untuk membantu siasatan bukan sekadar menghantar surat layang kononnya berlaku rasuah, tetapi tidak meletakkan penama, mahupun data mengenai mereka yang terlibat, sebaliknya hanya tuduhan semata dan persepsi semata-mata.

Zatul Yahaya – Putrajaya

Create PDF    Send article as PDF   

, , , , , ,

  1. #1 by mad_ee on August 25, 2010 - 6:07 pm

    Kebanyakan aduan2 “sampah” ini adalah aduan rasuah terhadap sang pemerintah (baca UMNO!) manakala aduan berkualiti adalah aduan rasuah terhadap pihak pembangkang. Inilah hakikatnya, walaupun aduan ‘sampah’ ini disertakan dgn bukti2 yang kukuh, manakala aduan berkualiti tak memerlukan bukti2 physical ttp cukup hanya dgn usikan pihak pemerintah (baca UMNO!). Ini memperlihatkan “kemandulan” pihak SPRM apabila berhdpn dgn kes2 rasuah pihak pemerintah (baca UMNO!). Terlalu banyak contoh jika mahu disenaraikan, cuma orang seperti macai pencacai saja yang pekak telinga dan buta hati tidak melihat perkara ini…

  2. #2 by macai on August 26, 2010 - 8:53 am

    Bro..
    Jangan lah menyesatkan diri sendiri dengan teori yang bukan-bukan. setiap aduan yg lengkap diperlukan bagi memudah dan mempercepatkan siasatan oleh SPRM disamping mengelakkan pembaziran masa. Rasanya macai pncacai yg dimaksudkan lebih baik pada diri mad_ee sendiri, tahu realiti sebenar tapi buat tak tahu. Terimalah hakikatnya diri tuan dah diracuni dengan fikiran yang negative tidak terima pandangan orang lain kononnya diri sendiri yg betul sebenarnya tidak…… Insaflah bro.. berpijak dibumi nyata. Moga-moga Allah buka pintu keinsafan dan kesedaran pada diri bro terutama dalam bulan Ramdhan yg mulia ini.

  3. #3 by Bro Ngok on August 27, 2010 - 8:38 am

    Skit2 gunakan prkataan insaf…skit2 brsandarkan bulan Ramadan…

    Saper yg racun?

    Saper yg nak insaf?

    Camne la macai…tak payah gi jauh2 la…ko sndiri tgk dlm Malaysia Today…Raja Petra bukan ckp kosong macai..siap ngan strong supporting document…tapi ko punye SRPM macai snyap jer..

    Tapi ko tgk je la…biler aduan pakatan rakyat…tak payah dokumen..cukup jer khabar angin..usah kate khabar angin..if monyet pun skali buat aduan…terus jer siasat…

    Ko hari2 surf internet…ari2 ko nampak blog yg dedahkan ksalahan pmerintah siap skali strong prove and evidence…camne laie nak tunjukkan SRPM tu buat kerja bodoh tak tentu pasal…

    Ayat “moga2 Allah buka pintu keinsafan dan ksedaran”?..aku suke ko guna ayat ne…tapi elok gak ko fwdkan dlm blog Tun Dr Mahathir, Pak Lah, Najib malah elok gak ko fwd skali dlm blog2 pakatan…

    Berpijak d bumi yg nyata?

    Maner ader bunyi yg nyata…smua telah dputar alamkan oleh pemerintah jahat laie zalim…

    Start drp merdeka sampai ler skrng…tak abis2 ngan kes rasuah…dah brtimbun2 report kasi, siap skali strong prove and evidence smua sampah yg myebelahi krajaan…yg kualiti myelebahi pmbangkang…

    Ko tak pernah blaja dr sjarah dunia..ko tak pernah tgk situasi politik dunia…tiber2 ko brkokok suruh org insaf…org lain sedar?…

    Apsal susah sgt nak myatakan benar tu benar..yg salah tu salah..?(ko cari sndiri maksud dlm quran ayat ne)..aku ler..if dah pmbangkang salah…aku hentam cukup2..yg if krajaan salah..aku hentam cukup..ko lak?

    Elok la ko edit dulu, sblm nak publish dlm blog ko ne…ye la…takut2 nanti isu snsitif..ye la snsitif la sgt…huhu…

  4. #4 by alday insurance agency on September 24, 2010 - 5:10 am

    Great post! You should definitely follow up to this topic!?!

  5. #5 by Jeffrey Lee on November 29, 2010 - 3:39 pm

    Sampahx3 Dari Kedai Makan (Rambo Selera No 10, Tmn Marin Sg Abong 84000 Muar Johor.)

    Sampah Yang Menyebabkan Bau Busuk ½ Kampong / Taman.!!!!!!!!!!. Ia pun menyebabkan tikusx2 semakin banyak sekali.

    Anakx2 tikus, bapak / ibu tikus boleh dilihat berpusux2 keluar malamx2 dan atuk / nenek tikus yang sebesar kucing pun banyak dapat dilihat!!!!!!!!!!

    Telah berkalix2 masuk surat aduan kepada Majlis Perbandaran Muar tetapi tiada perubahan

  6. #6 by okata on June 30, 2011 - 10:51 am

    hpa gaji x masuk 2 bulan,aduan telah di buat di pejabat buruh kangar tapi tiada tindak kan!!,sprm siasat pejabat buruh kangar!

  7. #7 by Jason P. on September 6, 2011 - 5:43 pm

    Proper waste management is one key to assure a better environment

  8. #8 by othman halim on April 28, 2012 - 11:34 pm

    assalamualaikum
    saya seperti nama diatas menjadi hairan kenapa pub ini tidak dapat disitar oleh mpsj ternyata anggotanya menerima rasuah yang besar sebab 27.042012 sudah di lekatkan yellow tag dan diarahkan tutup tetapi besoknya 28.04.2012 sudah beroperasi kembali.sudah banyak kali di arah tutup sehinggakan sudah masuk dalam 999.anggota mpsj menerima rasuah bahagian seri kembangan

(will not be published)